Salam uolls,
Cuti sekolah dah bermula dan minggu ni pulak long weekend. Ramai yang ambik kesempatan bercuti-cuti Malaysia / luar negara. Jalan raya sesak dengan kenderaan yang nak keluar KL untuk bercuti-cuti. Dengar cerita, di KLIA pun sesak jugak dengan orang yang nak keluar KL menaiki kapal terbang.
Tapi di KL pulak keadaan agak tenang. Semalam di Jalan Raja Chulan, jalan raya lengang je. Boleh lenggang-kangkung melintas jalan 😆. Best la siapa yang duduk KL tak kemana-mana cuti ni, tak pening kepala hadap jem kan?
Sebelum balik kampung, sempat la mengisi hujung minggu dengan aktiviti bersama kawan-kawan dan keluarga.
Sabtu - Breakfast Date & Birthday Party.
Pagi Sabtu, aku dan 2 orang kawan baik ada temujanji di Banglo 289. Dah lama tak lepak sama-sama sebab dieorang tengah busy dengan restructuring exercise. Tapi memandangkan minggu ni minggu birthday Nurul, maka wajiblah celebrate dengan keluar makan sama-sama hihi. Aku hadiahkan tudung Fazura dekat Nurul, alhamdulillah dia suka warna dan corak yang aku pilihkan tu 🥰.
![]() |
Happy birthday Nurul! |
Aku decide ke sana naik monorel dan turun di stesen Raja Chulan. Dari situ berjalan kaki ke Banglo 289 sejauh 350 meter je. Tak sampai 2 ribu langkah dah sampai 🤭.
![]() |
Penuh tempat letak kereta depan Banglo 289 ni, nasib baik aku tak drive ke sana |
Dah lama sebenarnya tak singgah makan di Banglo 289. Dekat sini terkenal dengan lauk-pauk Melayu. Dulu aku pernah pergi dengan kakak aku untuk makan tengahari dekat sini, not bad la makanan kat sini. Waktu pagi pulak ada banyak pilihan makanan Melayu - korang pilih je sama ada nak lauk berat macam nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, lontong dan soto; atau sarapan ringan kuih-muih, lempeng dan ubi kayu rebus. Menu Western (big breakfast) pun ada tapi kawan aku kata not recommended. Lebih baik ambik menu tempatan.
![]() |
Lauk-pauk sarapan pagi di Banglo 289 |
![]() |
Ubi rebus dan lempeng kelapa dengan kelapa parut kukus dan sambal ikan bilis hijau ni kiteorang share buat raso-raso. Rasa cili hijau tu kuat sangat, aku lebih suka sambal ikan bilis biasa. |
![]() |
Aku pesan lontong - sedap, cuma kuah cair sikit bagi aku. Tapi overall, ok je. Portion sesuai untuk orang yang kengkonon diet macam aku 🤭 |
Sementara aku lepak dengan BFF, Suami Terchenta pulak jadi supir menghantar anak-anak ke birthday party ex-classmate Khadeeja di Melawati Mall. Balik dari menghantar anak-anak, Suami Terchenta bagitau jalan raya sesak sampai dieorang ambik masa sejam untuk sampai ke Melawati Mall yang biasanya cuma ambik masa 15 minit je dari rumah kiteorang. Penangan cuti sekolah + aktiviti balik kampung.
![]() |
Khadeeja dan kawan-kawan. Birthday girl yang duduk dalam gambar atas sekali |
Ahad - Breakfast Date Dengan Suami Terchenta & Mengemas Rumah
Pagi tadi pulak aku dan Suami Terchenta keluar bersarapan di Restoran Pelita tak jauh dari KLCC. Disebabkan malam tadi kiteorang tak makan, jadi pagi tadi masing-masing tamak haloba order nasi beriyani dengan ayam bawang sepinggan seorang. Sudahnya menyesal sebab nasinya banyak sangat! 😂 Sepatutnya ambik sepinggan je nasi beriyani lepas tu ambik la peha ayam seketul seorang 😆.
![]() |
Sarapan pagi tadi |
![]() |
Nasi beriyani dan ayam bawang di Restoran Nasi Kandar Pelita ni aku kasi 👍🏻 👍🏻 |
Sebelum balik kiteorang tapaukan cheese naan dan air sirap untuk anak-anak. Balik dari sarapan pagi, mulalah aktiviti mengemas rumah / spring-cleaning sebelum balik kampung. Anak-anak pulak aku suruh siapkan kerja rumah sebab malas nak mengangkut buku-buku sekolah naik flight. Lepas siapkan kerja rumah, dieorang kena seterika baju sekolah siap-siap sebab kiteorang akan balik ke KL semula pada malam Ahad. Jadi taknak la kelam-kabut esoknya nak sekolah kan.
Nasib baik tak payah kemas pakaian sebab kat rumah sana kiteorang dah tinggalkan pakaian masa cuti sekolah bulan Jun lepas. Esok ke KLIA kita lenggang-kangkung je macam naik bas 😆.
Tup-tup si Khadeeja bagitau cikgu suruh siapkan projek Reka Bentuk Teknologi untuk hantar bila bukak sekolah! 😭 Dah kena siapkan hari ni jugak sebelum balik kampung. Suami Terchenta check makanan anak-anak bulu pulak dah habis huhu. Terpaksa la pergi ke kedai haiwan belikan stok kibbles untuk bekalan dieorang sepanjang kiteorang balik kampung ni.
Tapi apapun, petang ni kena kasi setel semuanya sebab malam ni kiteorang akan tidur di rumah adik di Putrajaya. Adik aku akan hantar kiteorang ke KLIA awal pagi esok sebelum Subuh lagi sebab kena print boarding pass untuk Khayla. Aku baru tau dia kena pergi ke kaunter untuk ambik boarding pass sebab dia beli tiket bawah akaun MHexplorer (beli tiket harga student, agaknya kena tunjuk IC untuk verify status dia sebagai pelajar kot).
Korang pulak buat apa hujung minggu ni?
Sebab kak Mim dah lama tak BW..Linda angkat barang rumah dari Melaka ke Tronoh bulan 5 ritu..jadi cuti nie, ambik cuti direct untuk mengemas barang pindah hari tu..Hihihi..
ReplyDeleteSelamat bercuti kak Mim sekeluarga..
Nostalgianya makan ubi rebus tu. Cuti ni ke Putrajaya asa majlis kahwin then bercuti di KL sebelum balik Pahang semula.
ReplyDeleteWahhh.. nak balik Sarawak la ni. Bagus jugak dah siap semua kerja sekolah, dah gosok baju sekolah. Lepas tu dah tinggal pulak baju kat kampung, boleh lenggang kangkung naik belon, hihi.
ReplyDelete