Alhamdulillah, malam Selasa aku dan Khayla dah selamat sampai ke KL. Tamatlah cuti-cuti balik kampung kali ni yang penuh dengan agenda makan 😆. Pagi tadi aku dah timbang berat badan - naik sekilo uollssss 😅. Baru seminggu balik dah naik sekilo. Adudu...


TQ mak, hantarkan kiteorang ke airport...

Kita lupakan kejap hal diet yang kelaut tu 🤭.

Ikut plan asal, kiteorang sepatutnya balik hari Ahad tu sekali dengan Suami Terchenta dan Khadeeja. Tapi hari Khamis 4 hari sebelum kiteorang balik kampung, Khayla forward mesej dari cikgu yang dah boleh semak lokasi untuk menduduki ujian PKSK dekat pautan link yang diberikan. Aku pun bukak link tu dan check - tarikh ujian PKSK Khayla ialah pada 23 September (Selasa) di MRSM Bintulu. Khayla memang request nak apply MRSM di Bintulu, sebab tu aku pilih lokasi ujian dekat sini supaya dia boleh tengok sendiri keadaan sekolah yang dia nak apply tu. Jadi aku pun terpaksa ubah tarikh flight kiteorang balik ke KL pada hari Selasa. Nasib baik beli melalui trip.com dan ambik free cancellation fee. Jadi dapat balik refund tiket yang aku cancel tu untuk beli tiket baru.

Walaupun aku sebenarnya tak suruh dia apply sekolah berasrama penuh (SBP), tapi bila Khayla bagitau dia nak cuba, aku pun tak halang dia untuk hantar permohonan. Sebagai parent, kiteorang support je la apa yang anak nak buat selagi benda tu mendatangkan faedah. Kalau ada rezeki masuk SBP alhamdulillah. Kalau takde rezeki pun tak rasa ralat. Dapat tengok dia depan mata hari-hari sampai tamat sekolah menengah. Haha. Dilema mak anak dua ketul je. Kalau salah sorang anak takde depan mata, rasa tak lengkap family kiteorang 🥹. 


Pukul 7.40 pagi kiteorang sampai ke MRSM Bintulu untuk menghantar Khayla ke ujian PKSK

Aku dan mak drop off Khayla di bangunan pentadbiran untuk pendaftaran sebelum kiteorang balik ke rumah. Sempat la pusing sekolah ni masa nak keluar ke pintu utama. Sekolah ni baru dirasmikan 2 tahun lepas, jadi fasiliti dan bangunan semua masih baru. 


Dah macam kolej di universiti bangunan asrama ni

Bangunan surau terletak antara asrama pelajar perempuan dengan pelajar lelaki

Sementara Khayla menduduki ujian tu, aku pulang ke rumah untuk menghantar baju ke dobi. Lepas tu balik ke rumah untuk mengemas rumah sebelum kiteorang balik ke KL petang tu. 

Pukul 10.45 pagi kiteorang datang semula ambik Khayla lepas tamat ujian. Aku tanya dia, ok tak? Dia jawab ok, sempat siapkan semua soalan dalam tempoh yang diberikan. Tapi bila aku tanya dia apa soalan yang keluar, dia jawab tak ingat 😅. Agaknya penat dan malas nak ingat balik kot hihi. Dalam ramai-ramai yang datang ujian PKSK tadi, dia sorang je student dari luar Sarawak. Kecoh la cikgu-cikgu bila tau dia datang dari KL semata-mata nak duduk ujian PKSK di Bintulu 🤭.


Satu je komen Khayla - soalan yang keluar tak macam soalan dalam buku latihan PKSK yang aku belikan untuk dia praktis. Tak tau sama ada itu statement berbaur positif atau negatif 😜

Hmm... takpe. Yang penting Khayla dah buat yang terbaik dan selanjutnya, kita serahkan kepada Allah. Apapun keputusannya, itulah yang terbaik untuk anak dara aku yang seorang ni ✨.

Sebelum balik ke KL petang tu, aku tunaikan permintaan Khayla nak makan souffle pancake lagi sekali di Coffee Code.


Last sebelum balik ke KL

Dengan itu, tamatlah cuti-cuti di Bintulu. Masa untuk pulang ke KL. Kali ni kiteorang pilih untuk naik Batik Air pukul 6 petang sebab tak nak lewat sangat sampai ke rumah di KL. Tiba di rumah pukul 9 malam. Kalau naik MAS, pukul 8.40 malam baru terbang. Sampai rumah pukul 12 malam. Maka baiklah ambik Batik Air aje. Balik pun lenggang-kangkung bawak backpack je. Sukanya balik ke rumah tak payah nak unpack luggage!


Batik Air

Aku tempah nasi briyani kambing ni. Sedap jugak. Best nya dieorang hidang makanan dalam dulang macam MAS dulu-dulu...

Setakat ni puas hati naik Batik Air sebab jarang-jarang delay (flight dari Bintulu ke KL)

22 comments:

  1. Semoga ada rezeki Khayla dapat SBP aamin... sekolah baru best, fasiliti masih baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis, atas doanya. Tengok fasiliti sekolah memang menarik. Tapi kalau tak dapat pun saya ok je, rasa sayang nak berpisah dgn anak dara seorang ni 🥹

      Delete
  2. Bagus Khayla, ada cita² nak duduk asrama. Maknanya dia sendiri ada inisiatif utk tentukan tuju arah dia masa akan datang. Kebanyakan budak² skrg ni parents yg kena plan untuk dorang, dorang malas nak fikir sendiri. Semoga ada rezeki Khayla ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, dia nak cuba kiteorg support je SK, walaupun dalam hati berat jugak nak bagi. Kiteorg ni mak pak jenis 'cengeng' susah nak berpisah dgn anak 😜 Ameen YRA atas doanya.

      Delete
  3. ada anak kwn die dpt mrsm bintulu juga...jauh juga la sbb die bkn kampung di sini...all the best utk khayla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak pengetua sebut kat mrsm bintulu tu ada ramai student dari semenanjung yang datang dari ampang, bangsar, sentul dan negeri-negeri lain. Mungkin anak kawan akak tu salah seorang yg dia maksudkan hihi

      Delete
  4. Saya nih masih trauma naik maskapai under Lion Group. Memang yg buat saya Serik rata2 penerbangan batik, lion dan wings di Indonesia. Paraaaah sangaaat. Delay bisa Berjam2, sampai puncaknya barang saya dibuka dan diberantakin oleh ntah siapa. Baru tahu saat buka box di rumah. Berubah semua posisinya. Sejak itu saya memang tak tertarik naik maskapai under lion group. Apalagi owner lion Group ini , Rusdi Kirana, ntahlah mau dibilang apa. Beda sangat dengan Tony Fernandes. .

    Tapi mungkin batik air yg dihold oleh Malaysia, better. Kalau yg dihold Indonesia Byeee... Saya prefer Air asia atau MAS kalo nak ke Malaysia.

    Semoga dipermudah untuk khayla yaa. Diberikan yg terbaik untuk sekolah nanti. Kalau memang rezeki, bisalah sekolah di Bintulu. Saya pun sama, kalau anak sekolah jauh, macam takut. Padahal dulu saya mulai sekolah jauh dari rumah juga sejak high school 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batik Air di Malaysia rasanya lebih baik lagi. Setakat ni belum pernah mengalami delay (penerbangan KL-BTU-KL la). Kalau ke destinasi lain di Malaysia saya kurang pasti 😅

      Itulah dilema bila anak 2 orang je. Rasa takut nak lepaskan anak pergi sekolah jauh2. Jadi tak terlalu berharap dia dapat. Lagipun persaingan tinggi. Apapun kalau ada rezeki dia, saya sebagai ibu sokong je 😄

      Delete
  5. ikut minat masing2 kan! ur daughter minat nak masuk MRSM tu bagus!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah MZ dia yang nak apply, as parents kiteorang support je la. Rezeki dapat ke tak, tu belakang kira.

      Delete
  6. Semoga Khayla dapat sekolah di MRSM Bintulu...ye setuju..kita ikutkan aje as parent dan bagi nasihat bila perlu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA atas doanya SA. Itulah tugas kita sebagai parents kan.

      Delete
  7. Wah..semangat khayla nak cuba yang dekat Sarawak...
    Moga yang terbaik untuk khayla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Linda. Nak balik kampung dekat dgn nenek katanya 😄

      Delete
  8. Good luck. Semoga berjaya terpilih. MRSM memang cantik2 berbanding SBP. MRSM kan under MARA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA atas doanya Cie. Semoga yg terbaik buat anak2 kita semua 😊

      Delete
  9. Anak kmk yang sulung produk MRSM Betong...hasilnya alhamdulillah jadi pelajar cemerlang PMR dan SPM. Kinek di UTHM tahun akhir dan selalu dpt hadiah dekan.. Masanya sekolah di sia dolok...rasa kesian pun ada sebab berjauhan start umur 13 tahun, di suruh belajar kedak esok sik da gik dan sentiasa ada aktiviti yang luar yang mencabar....mun kmk pun mok surender dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki anak kitak terpilih masuk sekolah cemerlang. Kmk org tok beri sokongan jak dengan anak, mun ikut hati sayang rasa mok berpisah dgn anak hehe

      Delete
  10. Doa yang terbaik buat Khayla. Moga cemerlang dunia akhirat.

    ReplyDelete
  11. hahahaha kelakar pula sy rasa bila baca cikgu2 tu kecoh dpt tahu kayla dtg dr KL nak ambil PKSK...

    hmmm boleh laa try batik air kalau ada plan nak ke bintulu thn depan... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana taknya, orang lain yg datang semua dari sekolah dekat2 paling jauh pun dari Miri/Sibu. Dia seorang je dari luar Sarawak hehe.

      Batik Air so far reliable, jarang2 delay dan yang paling penting fly dari terminal KLIA1 😅 Takde la jauh sangat nak menapak ke pintu perlepasan

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .