Hari Khamis lepas aku dan Khayla ke Medan MARA untuk melawat adik sepupu aku yang bertugas di Sarawak Showcase 2025. Sesambil tu aku nak tengok jugak apa produk Sarawak yang dijual di sini.
![]() |
| Sarawak Showcase 2025 x Food Republik by Avatar |
![]() |
| Ada banyak jugak gerai jualan di sini |
![]() |
| Kebetulan masa kiteorang sampai tu tengah acara perasmian event jadi dapat tengok persembahan tarian tradisional |
Banyak produk yang dijual tu sesuatu yang baru bagi aku (kecuali kek lapis Sarawak dan beras dari Bario), jadi agak menarik jugak mengenali produk-produk Sarawak yang tak pernah aku jumpa sebelum ni.
![]() |
| Beras Bario ni sedap dan kaya dengan khasiat. Tapi sebenarnya aku lebih tertarik dengan baju batik mamat ni |
Akhir sekali baru la aku singgah dekat gerai jualan tempat adik sepupu aku bertugas, iaitu Meliponi Skincare. Meliponi ni dah tak asing lagi di Sarawak dengan produk berasaskan madu lebah kelulut. Produknya bebas dari bahan kimia berbahaya, mengandungi bahan-bahan alami yang selamat untuk semua peringkat umur dan harga pun berpatutan (haha, tolong promote bagi pihak adik sepupu!).
![]() |
| Produk Meliponi yang dijual di gerai Sarawak Showcase minggu lepas |
Sempat jugak la adik sepupu aku buat analisa kulit muka Khayla menggunakan mesin dengan teknologi AI ni. Hasil dari analisa kulit tu, nampaknya parut jerawat di muka Khayla tu belum lagi dekat lapisan kulit dalam. Lega dengar sebab risau jugak parut tu akan jadi parut kekal.
![]() |
| Bergambar dengan adik sepupu untuk share dalam group Whatsapp keluarga 😆 |
Sebelum meninggalkan gerai Meliponi, aku sempat membeli beberapa produk Meliponi termasuk set penjagaan kulit untuk Khayla sebagai tanda sokongan dekat adik sepupu dan jugak sebab produk Meliponi ni memang bagus dengan harga yang berpatutan.
Seterusnya, kiteorang ke tapak jualan makanan tempatan Sarawak pulak. Ada gerai nasi aruk, gerai menjual sambal, mee kampua Sibu, mee kolok, laksa Sarawak dan banyak lagi. Mula-mula nak beli mee kolok dekat sini tapi dieorang tengah sibuk menyiapkan mee kolok untuk dihidangkan di meja VIP, jadi kiteorang pun tukar fikiran dan beli mee kampua pulak. Jujurnya aku tak berapa gemar mee kampua sebab rasanya agak manis (sebab guna sos dan kicap manis). Aku lebih prefer mee kolok.
![]() |
| Antara makanan Sarawak yang dijual di sini. Gambar atas tu ialah mee kampua kicap daging |
Rupa-rupanya setiap bulan dekat Medan MARA ni ada jualan usahawan tempatan dari setiap negeri. Bulan lepas dari Terengganu. Bulan sebelumnya dari Pahang kalau tak silap. Bulan ni giliran usahawan dari negeri Sarawak pulak untuk mempromosikan produk dari Negeri Kenyalang.
Sayangnya aku tak jumpa pulak sebarang promosi tentang event ni di mana-mana. Kalau tau boleh la jugak singgah bagi sokongan dekat usahawan-usahawan tempatan. Sarawak Showcase ni pun aku tau sebab adik sepupu aku join event ni.
Pendapat aku la kan, harap-harap pihak MARA boleh buat lebih banyak promosi di pelbagai platform media sosial supaya sambutan lebih menggalakkan untuk usahawan-usahawan bumiputra.









Paduhal tiap bulan ada promosi ikut negeri... bagus juak oo... pakei merami gik medan mara ya
ReplyDeleteTak tahu juga pasal event ni... Elok sangat buat promosi supaya lebih ramai tahu.
ReplyDeleteBtw, Sarawak Showcase ni sampai bila sis? The whole month ke weekend je?