Hari Khamis lepas aku dan Khayla ke Medan MARA untuk melawat adik sepupu aku yang bertugas di Sarawak Showcase 2025. Sesambil tu aku nak tengok jugak apa produk Sarawak yang dijual di sini.
![]() |
| Sarawak Showcase 2025 x Food Republik by Avatar |
![]() |
| Ada banyak jugak gerai jualan di sini |
![]() |
| Kebetulan masa kiteorang sampai tu tengah acara perasmian event jadi dapat tengok persembahan tarian tradisional |
Banyak produk yang dijual tu sesuatu yang baru bagi aku (kecuali kek lapis Sarawak dan beras dari Bario), jadi agak menarik jugak mengenali produk-produk Sarawak yang tak pernah aku jumpa sebelum ni.
![]() |
| Beras Bario ni sedap dan kaya dengan khasiat. Tapi sebenarnya aku lebih tertarik dengan baju batik mamat ni |
Akhir sekali baru la aku singgah dekat gerai jualan tempat adik sepupu aku bertugas, iaitu Meliponi Skincare. Meliponi ni dah tak asing lagi di Sarawak dengan produk berasaskan madu lebah kelulut. Produknya bebas dari bahan kimia berbahaya, mengandungi bahan-bahan alami yang selamat untuk semua peringkat umur dan harga pun berpatutan (haha, tolong promote bagi pihak adik sepupu!).
![]() |
| Produk Meliponi yang dijual di gerai Sarawak Showcase minggu lepas |
Sempat jugak la adik sepupu aku buat analisa kulit muka Khayla menggunakan mesin dengan teknologi AI ni. Hasil dari analisa kulit tu, nampaknya parut jerawat di muka Khayla tu belum lagi dekat lapisan kulit dalam. Lega dengar sebab risau jugak parut tu akan jadi parut kekal.
![]() |
| Bergambar dengan adik sepupu untuk share dalam group Whatsapp keluarga 😆 |
Sebelum meninggalkan gerai Meliponi, aku sempat membeli beberapa produk Meliponi termasuk set penjagaan kulit untuk Khayla sebagai tanda sokongan dekat adik sepupu dan jugak sebab produk Meliponi ni memang bagus dengan harga yang berpatutan.
Seterusnya, kiteorang ke tapak jualan makanan tempatan Sarawak pulak. Ada gerai nasi aruk, gerai menjual sambal, mee kampua Sibu, mee kolok, laksa Sarawak dan banyak lagi. Mula-mula nak beli mee kolok dekat sini tapi dieorang tengah sibuk menyiapkan mee kolok untuk dihidangkan di meja VIP, jadi kiteorang pun tukar fikiran dan beli mee kampua pulak. Jujurnya aku tak berapa gemar mee kampua sebab rasanya agak manis (sebab guna sos dan kicap manis). Aku lebih prefer mee kolok.
![]() |
| Antara makanan Sarawak yang dijual di sini. Gambar atas tu ialah mee kampua kicap daging |
Rupa-rupanya setiap bulan dekat Medan MARA ni ada jualan usahawan tempatan dari setiap negeri. Bulan lepas dari Terengganu. Bulan sebelumnya dari Pahang kalau tak silap. Bulan ni giliran usahawan dari negeri Sarawak pulak untuk mempromosikan produk dari Negeri Kenyalang.
Sayangnya aku tak jumpa pulak sebarang promosi tentang event ni di mana-mana. Kalau tau boleh la jugak singgah bagi sokongan dekat usahawan-usahawan tempatan. Sarawak Showcase ni pun aku tau sebab adik sepupu aku join event ni.
Pendapat aku la kan, harap-harap pihak MARA boleh buat lebih banyak promosi di pelbagai platform media sosial supaya sambutan lebih menggalakkan untuk usahawan-usahawan bumiputra.









Paduhal tiap bulan ada promosi ikut negeri... bagus juak oo... pakei merami gik medan mara ya
ReplyDeleteYalah tek, kmk tauk pun sbb adik sepupu kmk padah. Mun tauk mok juak borong keropok lekor terengganu, ikan patin tempoyak atau puding raja dari Pahang 😁
DeleteTak tahu juga pasal event ni... Elok sangat buat promosi supaya lebih ramai tahu.
ReplyDeleteBtw, Sarawak Showcase ni sampai bila sis? The whole month ke weekend je?
Kalau adik sepupu tak bagitau dia datang utk Sarawak Showcase ni saya pun tak tau pasal event ni sis. Promosi mcm agak kurang pulak.
DeleteAiiiih sampai kapan yaa pameran ini? Menariiiiik lah. Apalagi ada kuliner Sarawak 🤩🤩😍. Saya memang sukaaaa soalnyaa.
ReplyDeleteBerharap sangat lah tahun depan ke Malaysia, bisa visit Sabah Sarawak. Penasaran dengan kota dan kulinernya ❤️
Sampai Jumaat lepas je Fanny. Tunggu Fanny datang ke Sarawak baru boleh menikmati kuliner Sarawak yang asli 😅
Deletemenarik event ni. tapi sayang sangat tak diumum secara meluas
ReplyDeleteYe Lydia, kiteorg tau pun sbb adik sepupu yg bagitau dia nak datang ke KL utk event ni. Macam takde langsung tengok promosi acara ni.
Deleteoh ada stiap bulan showcase camni tp lain2 negeri..syok la bole merasa mcm2 product
ReplyDeleteTak tau la bulan depan ada lagi ke tak dan dari negeri mana sebab tak nampak promosi, even pergi dekat website MARA pun macam tak nampak pulak.
DeleteBestnya siap boleh analisa kulit lagi.
ReplyDeleteDekat pon x jejak.. nak mkn kat sogo pon malas.. malas nak menempuh panas kat luor tu.. thehehe
ReplyDeleteYelah, tak pernah tahu pun ada event gini. Maksudnya kurang promosi, pada hal buat setiap bulan.
ReplyDeleteMi kampua, nasi aruk…eh banyak sungguh makanan tradisi Sarawak yang belum pernah jumpa/rasa.
Ohh mee kampua kicap daging nampak sedap sangat Carneyz, sama juga lain2 menunya.
ReplyDeletemeriah betul mcm2 benda ada kat situ!! menarik la event gini
ReplyDeleteSempat borong kek lapis... tgk bob nynayi...nk cr umai mcm x junpa plak hahha
ReplyDeleteSha baca entry ini, baru tau ada promosi macam ini.. Harapnya pihak MARA perluaskanlah dan war-warkan di banyak tempat.. Ada rezeki dna peluang boleh datang beri sokongan..
ReplyDeletebagus nya event nie.. ingat Carneyz balik sarawak lagi...
ReplyDeleteTahniah ya, dah sampai ke Sarawak..tumpang happy..so banyak cerita luas fikiran hati bahagia..semua kesempatan Allah berikan..
ReplyDeleteMenarik betul produk meliponi tu. Saya ingatkan madu ni sesuai dimakan je, rupanya boleh buat skincare jugak. Dia takde jual kat shopee?
ReplyDeleteSaya suka mee kolok, laksa sarawak dgn kek lapis! Semua negeri dalam malaysia saya dah pernah sampai kecuali sarawak. Harap next year dapat kesana
Tengah memikirkan siapa yang bagi Meliponi...larrr Carneyz la ya....tak ingat dah siapa yang bagi. Terima kasih ya Carneyz. Suka sebenarnya perisa Strawberry tu.
ReplyDeletewahhh best niiiii kalau laa sy tahu ada event ni mmg sy terjah...
ReplyDeletenk tau kat sini laa sy diperkenalkan dgn kek lapis sarawak. disebabkan kesedapan kek tu laa yg membuatkan sy suka nau2 dgn kek lapis.🤣