Lepak Dengan Geng Blogger di KLCC

Semalam berpeluang berjumpa dengan Fanny dan beberapa kawan blogger yang lain di KLCC. Bila blogger Mama Zharfan (Suzi) ajak jumpa Fanny sama-sama, aku terus setuju sebab dapat la jumpa MZ dan Sis Ezna sekali. Barulah meriah 😄. 

Masa aku post entry pasal makan di O'Briens, Fanny ada tinggalkan komen yang dia teringin nak cuba sandwich di O'Briens sebab di Indonesia belum ada cawangan O'Briens. Jadi kiteorang decide untuk berjumpa di O'Briens.

Alhamdulillah, MZ belanja kiteorang semua Classic Tripledecker Sandwich dengan minuman jus oren yang sedap. Semoga murah rezeki you, dapat travel ke Europe tahun depan 🤲🏻 😉. Eh, semalam lupa pulak nak tunjuk gambar-gambar Amsterdam dekat MZ sebab excited sangat berborak pasal benda lain 😅. Insha Allah nanti sambung update blog tentang jalan-jalan di Amsterdam (Ya Allah, bagi la aku kekuatan dan mood untuk edit gambar2 di Amsterdam tu! 😂😂).

Sementara tunggu makanan sampai, kiteorang bertukar-tukar buah tangan dan macam biasa la, bak kata sis Ezna, takde gambar takde la update blog sebagai bukti hehe:


blogger Malaysia dan Indonesia
Dengan Fanny, MZ dan Sis Ezna (kredit foto: sis Ezna)

Terbaik la gambar yang diambil guna kamera sis Ezna ni, lighting cantik dan tak perlu edit pun. Gigih dia mengangkut kamera DSLR naik ERL dan LRT untuk merakam kenangan kiteorang lepak sesama ni hehe. Tukang ambik gambar ni ialah suami Fanny, Raka. Kiteorang mengusik Fanny, ni mesti Fanny dah trained Raka ambik gambar cantik-cantik haha!

Ingatkan cuma kiteorang berempat + Raka je yang berjumpa, sekali Fanny bagitau Afif (pemilik blog Travel My Way) pun datang sekali. Alamak, maaf la Afif 😅. Tak tau pulak dia join sekali. Kalau tau, bawak buah tangan siap-siap untuk dia sekali. Takpe, kita tangkap gambar sama-sama je la ye:


O'Briens KLCC
Dengan Afif pulak. Masa Fanny sebut nama Afif, masing-masing blur, tapi bila Fanny sebut Time Traveller, terus semua, "ooo... yang tu ke? Kenal2!" 😆 (Kredit foto: Sis Ezna)

Sayangnya MZ tak dapat join kiteorang lepak lama-lama, sebab ada kelas pukul 3 - 5 petang. Nanti kita sambung discuss short trip ke Jakarta dengan sis Ezna sekali ye, tahun ni kuota melancong ke luar negara dah penuh pulak 😅.


O'Briens KLCC
MZ sempat lagi bagi 'love' sebelum dia gerak balik ke UIA

Dari O'Briens, kiteorang sambung lepak di Nyonya Colors sebab tekak teringin nak makan dessert pulak. Eh mengada-ngada betul tekak ni, patut la hancuss diet 🤭. Tapi seronok la dapat dengar macam-macam cerita travel Afif sambil menikmati kuih nyonya dan Tham Thim Krub (ala-ala cendol versi Thai kot). Kesian Afif tak habis bercakap lagi asyik kena potong sebab bertubi-tubi kiteorang tanya soalan tentang travel dekat dia 😅. Bila lagi dapat lepak dengan otai pengembara antarabangsa ni kan? 🤭.


Nyonya Colors
Rasanya sejam jugak kiteorang lepak di Nyonya Colors

Yang kelakarnya masa kiteorang bercerita tentang kes buli sampai budak letupkan bom dalam masjid di sekolah dekat Indonesia, kiteorang dok sebut-sebut la perkataan bom sampai mat saleh yang duduk meja belakang kiteorang tu tertoleh-toleh je kat meja kiteorang 😂. Ghisauuuu agaknya. Eh, sibuk je dia nak dengar perbualan kiteorang, entah-entah kiteorang tengah cakap pasal kuih bom ke, roti bom ke, mana dia tau? Tapi agaknya kalau kat negara dia, lama dah dia report kiteorang kat polis kot hihi. Nasib baik kat Nyonya Colors.

Sebelum balik, kiteorang ambik gambar sekali lagi depan kedai ni. Serius cantik betul kualiti gambar kamera sis Ezna ni. Spill sikit brand dan model apa ni sis? Kot-kot tergerak hati nak beli untuk ambik gambar travel hehe.

Memandangkan Fanny bawak balik banyak buah tangan yang besar-besar dan berat-berat, jadi aku offer hantar Fanny dan Sis Ezna ke KL Sentral untuk ambik ERL balik ke Putrajaya. Raka dah gerak dulu sebab dia ke TRX masa kiteorang masih lepak di O'Briens lagi.


Nyonya Colors
Gambar last sebelum berpisah (kredit foto: Sis Ezna)

Terima kasih semua, bagi buah tangan dan luangkan masa lepak bersama-sama. Ni la salah satu tujuan aku aktif semula dekat blog sebab dapat jumpa kawan-kawan baru. Nak jumpa one-to-one segan pulak hihi. Tapi kalau jumpa ramai-ramai macam ni aku suka 😍 😍.

Petang tu Fanny cakap dia nak berjumpa Kak Mulan dan Uncle Gedek, sayangnya tak dapat ikut sekali sebab dieorang berjumpa di Putrajaya. Harap-harap ada peluang berjumpa dengan geng-geng blogger lain yang selalu singgah dekat blog tinggalkan komen 😊.

8 comments:

  1. Moga ukhuwah sesama rakan blogger terus berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA. Saya bgtau Fanny tahun depan ke KK boleh contact Kak Amie bawak jalan2 di KK hihi. Pandai2 je saya kan 🤭

      Delete
    2. In syaa Allah. Mudah-mudahan tiada halangan untuk kita jumpa.

      Delete
  2. Alhamdulillah...dapat bertemu di dunia nyata... hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Linda pulak bila dapat jumpa ye hihi

      Delete
  3. Bestnya jumpa Fanny dan yang lain- lain tu...wah..siap jumpa Afif lagi erk...kalau bagi tau SA awal boleh SA amik cuti and join sekali...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh saya takde nombor SA. Kalau ada boleh ajak sekali. Ni pun org mengajak kita onzzz je he 😄

      Delete
  4. Nampak kat status IG Fanny. Seronok jumpa ramai2 geng blogger.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .