Hari Jumaat lepas, Suami Terchenta ambik cuti akhirnya. Sehari je pun, tapi malam tu dia kena masuk ofis pulak huhu. Begitulah kehidupan seorang pekerja IT. Aku dah tak mampu nak berword-word lagi, dah habis daya mentazkirahkan Suami Terchenta tentang kepentingan bercuti untuk kesihatan mental. Cuma mampu doakan semoga Suami Terchenta dipermudahkan urusan kerjanya supaya dia tak terlalu stress.
Eh melalut pulak. Cerita sebenarnya nak bagitau kiteorang mencuba menu sarapan pagi di sebuah restoran di Pertama Complex. Pertama kali aku jejak kaki ke Restoran Ummi. Sebenarnya aku tertarik dengan menu sarapan pagi yang dipamerkan di luar restoran ni. Lately aku suka menu tradisional macam ni. Faktor usia agaknya.
 |
| Restoran Ummi di Pertama Complex |
 |
| Menu sarapan pagi di Restoran Ummi |
Bahagian dalam restoran selesa dan ada aircond. Nampaknya kiteorang pelanggan pertama pagi tu.
 |
| Selesa duduk dalam restoran ni sebab ada aircond |
Sebelum duduk, kena pesan dan bayar makanan di kaunter dulu. Aku pilih lempeng kelapa dan ubi rebus. Suami Terchenta pulak ambik nasi lemak ayam berempah. Menu sarapan pagi tak banyak sangat di sini, nampaknya restoran ni lebih kepada menu makan tengahari.
 |
| Menu di Restoran Ummi |
Servis boleh dikatakan agak cepat cuma air je lambat sampai. Aku pesan hazelnut latte dan Suami Terchenta pulak pesan teh tarik. Aku rasa hazelnut latte tu macam yang dalam sachet tinggal tuang dan campur dengan air panas je. Tapi tak tau kenapa lambat pulak nak membuatnya.
Ni la gambar-gambar makanan yang kiteorang pesan:
 |
| Ubi rebus dengan kelapa parut dan gula merah |
 |
Lempeng kelapa dengan sambal. Sambalnya agak manis tapi, boleh la...
|
 |
| Nasi lemak ayam berempah. Ayamnya rasa macam ayam goreng biasa je. |
Bagi aku biasa-biasa je la menu sarapan kat sini. Lempeng kelapa tu dah sedap tapi sambalnya pulak tak cukup 'ummph' dan takde ikan bilis. Ubi rebus tu aku tak habis makan jadi tapau balik. Mungkin tak repeat lagi kedai ni sebab takde yang 'wow' bagi aku 😅. Mungkin sebab tu tak ramai orang makan kat sini.
 |
| Ambik gambar Perdana Menteri Malaysia dari PMI sampai PMX untuk tunjuk dekat anak-anak |
last time saya gi area sini, pun saya mkn kat sini..restoran ni dh lama wujud ie zmn saya study kat UIA lagi (sbb selalu jugak mkn kat sini) tp tak ingat maintain nama yg sama or not..tp menu memang maintain!
ReplyDeleteLa ye ke, baru tau restoran ni dah lama rupa2nya. Jarang2 ke Pertama Complex belah depan ni. Kalau pergi pun dekat bahagian dalam sbb nak cari seluar jeans je hehe.
Deletelama tk mkn ubi rebus
ReplyDeleteUbi rebus cicah gula melaka / gula apong sedap. Makan dgn sambal pun sedap 😄
Deletelama sungguh tak naik pertama kompleks.. dulu-dulu masa duk kl selalu sangat malam minggu.. zaman bujang, era rock kapak.. la ni tinggal nostalgia je.. lempeng kelapa best..
ReplyDeletePertama Complex mmg tumpuan orang ramai satu masa dulu. Skrg dah kurang sejak mall di KL bertambah macam cendawan lepas hujan ðŸ¤
DeleteMenu tu dah cukup menarik sayangnya macam kurang sedap ya. Lagipun rasanya Pertama Kompleks tu legend aje yg datang kot, tu agaknya tak ramai orang.
ReplyDeleteYe SK. Menu dah menarik, sbb tu kiteorang masuk sini hihi. Tapi tak berapa menepati selera kiteorang. Kiteorg cuma datang ke Pertama Complex kalau nak cari seluar jeans je.
DeletePernah makan kat sini juga tapi kami singgah petang.
ReplyDeleteMakan apa petang tu sis Ezna?
Deleteadoiii.. jadi lapar ni. sedap sgt tgk ubi rebus tu.
ReplyDeleteSedap kan ubi rebus makan panas2 sambil hirup kopi panas hehe
Deletesama la kita menu yang zaman muda dulu pandang sbelah mata,sekarang dah mencari2 pula
ReplyDeleteOh bukan saya sorang je nampaknya hehe. Memang faktor usia la kot, akhir2 ni menu macam ni jugak yang menarik perhatian walaupun banyak kafe hipster di KL ni.
DeleteSelalu lunch aje kat sini. Kat dalam tu ada satu ruangan untuk makan besor sikit..
ReplyDeleteAah pernah lunch dekat bahagian dalam ala2 food court kan.
DeleteSedapnya kalau dapat ubi rebus hujan² ni sis...
ReplyDeleteCicah dgn sambal bilis / gula melaka, lepas tu hirup kopi panas kan sis 😄
Deletelempeng tu sekali tgk.mcm roti canai pula
ReplyDeleteDah sahkan mmg rasa lempeng tu anies hehe
DeletePertama Complex ni dulu tempat uncle... eh, mat-mat rock lepak.....
ReplyDeleteHahaha! Skrg mat-mat rock pencen lepak mana pulak Uncle? 😜
Delete