Sarapan di Restoran Ummi @ Pertama Complex

Hari Jumaat lepas, Suami Terchenta ambik cuti akhirnya. Sehari je pun, tapi malam tu dia kena masuk ofis pulak huhu. Begitulah kehidupan seorang pekerja IT. Aku dah tak mampu nak berword-word lagi, dah habis daya mentazkirahkan Suami Terchenta tentang kepentingan bercuti untuk kesihatan mental. Cuma mampu doakan semoga Suami Terchenta dipermudahkan urusan kerjanya supaya dia tak terlalu stress.

Eh melalut pulak. Cerita sebenarnya nak bagitau kiteorang mencuba menu sarapan pagi di sebuah restoran di Pertama Complex. Pertama kali aku jejak kaki ke Restoran Ummi. Sebenarnya aku tertarik dengan menu sarapan pagi yang dipamerkan di luar restoran ni. Lately aku suka menu tradisional macam ni. Faktor usia agaknya.


Restoran Ummi
Restoran Ummi di Pertama Complex


Restoran Ummi
Menu sarapan pagi di Restoran Ummi

Bahagian dalam restoran selesa dan ada aircond. Nampaknya kiteorang pelanggan pertama pagi tu. 


Restoran Ummi
Selesa duduk dalam restoran ni sebab ada aircond

Sebelum duduk, kena pesan dan bayar makanan di kaunter dulu. Aku pilih lempeng kelapa dan ubi rebus. Suami Terchenta pulak ambik nasi lemak ayam berempah. Menu sarapan pagi tak banyak sangat di sini, nampaknya restoran ni lebih kepada menu makan tengahari. 


Restoran Ummi
Menu di Restoran Ummi

Servis boleh dikatakan agak cepat cuma air je lambat sampai. Aku pesan hazelnut latte dan Suami Terchenta pulak pesan teh tarik. Aku rasa hazelnut latte tu macam yang dalam sachet tinggal tuang dan campur dengan air panas je. Tapi tak tau kenapa lambat pulak nak membuatnya.

Ni la gambar-gambar makanan yang kiteorang pesan:


ubi rebus
Ubi rebus dengan kelapa parut dan gula merah

lempeng kelapa
Lempeng kelapa dengan sambal. Sambalnya agak manis tapi, boleh la...

nasi lemak ayam berempah
Nasi lemak ayam berempah. Ayamnya rasa macam ayam goreng biasa je.

Bagi aku biasa-biasa je la menu sarapan kat sini. Lempeng kelapa tu dah sedap tapi sambalnya pulak tak cukup 'ummph' dan takde ikan bilis. Ubi rebus tu aku tak habis makan jadi tapau balik. Mungkin tak repeat lagi kedai ni sebab takde yang 'wow' bagi aku 😅. Mungkin sebab tu tak ramai orang makan kat sini.


Perdana Menteri Malaysia
Ambik gambar Perdana Menteri Malaysia dari PMI sampai PMX untuk tunjuk dekat anak-anak

22 comments:

  1. last time saya gi area sini, pun saya mkn kat sini..restoran ni dh lama wujud ie zmn saya study kat UIA lagi (sbb selalu jugak mkn kat sini) tp tak ingat maintain nama yg sama or not..tp menu memang maintain!

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke, baru tau restoran ni dah lama rupa2nya. Jarang2 ke Pertama Complex belah depan ni. Kalau pergi pun dekat bahagian dalam sbb nak cari seluar jeans je hehe.

      Delete
  2. Replies
    1. Ubi rebus cicah gula melaka / gula apong sedap. Makan dgn sambal pun sedap 😄

      Delete
  3. lama sungguh tak naik pertama kompleks.. dulu-dulu masa duk kl selalu sangat malam minggu.. zaman bujang, era rock kapak.. la ni tinggal nostalgia je.. lempeng kelapa best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama Complex mmg tumpuan orang ramai satu masa dulu. Skrg dah kurang sejak mall di KL bertambah macam cendawan lepas hujan 🤭

      Delete
  4. Menu tu dah cukup menarik sayangnya macam kurang sedap ya. Lagipun rasanya Pertama Kompleks tu legend aje yg datang kot, tu agaknya tak ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye SK. Menu dah menarik, sbb tu kiteorang masuk sini hihi. Tapi tak berapa menepati selera kiteorang. Kiteorg cuma datang ke Pertama Complex kalau nak cari seluar jeans je.

      Delete
  5. Pernah makan kat sini juga tapi kami singgah petang.

    ReplyDelete
  6. adoiii.. jadi lapar ni. sedap sgt tgk ubi rebus tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan ubi rebus makan panas2 sambil hirup kopi panas hehe

      Delete
  7. sama la kita menu yang zaman muda dulu pandang sbelah mata,sekarang dah mencari2 pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh bukan saya sorang je nampaknya hehe. Memang faktor usia la kot, akhir2 ni menu macam ni jugak yang menarik perhatian walaupun banyak kafe hipster di KL ni.

      Delete
  8. Selalu lunch aje kat sini. Kat dalam tu ada satu ruangan untuk makan besor sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah pernah lunch dekat bahagian dalam ala2 food court kan.

      Delete
  9. Sedapnya kalau dapat ubi rebus hujan² ni sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cicah dgn sambal bilis / gula melaka, lepas tu hirup kopi panas kan sis 😄

      Delete
  10. lempeng tu sekali tgk.mcm roti canai pula

    ReplyDelete
  11. Pertama Complex ni dulu tempat uncle... eh, mat-mat rock lepak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Skrg mat-mat rock pencen lepak mana pulak Uncle? 😜

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .