Breakfast Di Levain Boulangerie & Patisserie @ Jalan Imbi, KL

Salam Rabu kawan-kawan,

Mula-mula aku nak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam nahas keretapi di Jawa Barat, Indonesia yang berlaku semalam. Dalam berita yang aku baca seramai 15 orang maut dan puluhan lagi cedera parah dalam kemalangan keretapi yang dikatakan berpunca dari sebuah teksi yang berhenti berhampiran atau atas landasan keretapi. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun... Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Berbalik kepada tajuk entry hari ni.

Dah lama tak keluar lepak dengan kawan aku seorang ni, jadi Isnin lepas kiteorang pun keluar breakfast sama-sama di Levain.

Kali terakhir aku pergi ke Levain ialah tahun 2022 dengan Kak Retna dan Sislin. Kali ni tengok dieorang dah renovate bahagian dalam nampak lebih luas dan terang dengan pencahayaan semulajadi. Wah, lepas ni bila rasa nak mengopi dan blogging boleh la lepak kat sini 😍. Pastries dan dessert kat sini pun nampak mengancam betul!


Levain boulangerie & Patisserie
Pastries dan kek di Levain

Oleh sebab minggu lepas aku tak puas hati dengan Eggs Ben di CBTL, jadi kali ni aku pesan Eggs Benedict lagi sekali! 😂 Aku memang hantu Eggs Benedict ni, sampai chef dekat Perhentian Marriott Resort & Spa buatkan Eggs Benedict semata-mata untuk aku bila aku bagitau dia ni la resort pertama yang aku pergi takde serve Egg Benedict 😆.

Untuk minuman pulak, aku pesan mocktail Butterfly Mirage (air bunga telang dengan sirap buah markisa dan buah safarjal / quince). Total damage untuk breakfast pagi tu ialah RM48.72.


Levain boulangerie & Patisserie
Hidangan sarapan pagi di Levain

Bila dah lama tak berjumpa, banyak la topik yang keluar. Suka lepak dengan Yana sebab dia kelakar orangnya so kiteorang tak habis-habis gelak bila bercerita. Senang betul nak click dengan kawan aku ni sebab dia bekas wartawan jadi dia senang masuk dengan orang lain. Syukur ada kawan yang sama-sama housewife ni sebab nak ajak keluar senang. Sekarang nak keluar dengan BFF aku susah sebab dieorang sibuk bebenor dan weekend pulak ialah the only masa dieorang boleh luangkan dengan keluarga masing-masing.


Levain boulangerie & Patisserie
Next week kita cari tempat lain pulak 'mommy time' ye!

Since aku lupa nak ambik gambar kafe ni lepas renovation, korang boleh tengok sendiri kat IG dieorang ni. Nak parking kat sini senang je tapi kena caj RM5. Aku pergi naik motor sebab pagi-pagi memang jem dari rumah aku tu, dan parking motor pulak percuma (yes, boleh la merempit ke sini lain kali! 😆).


Post a Comment

8 Comments

  1. pernh tgk org share tmpt ni...dessert nmpk menarik...nmpk macaron di situ....akak br je mkn macaron hadiah birthday

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tengok dekat blog akak, besar betul macaron dalam hadiah birthday tu 😍 anak no. 2 suka sangat macaron tapi tu la tak leh makan selalu sgt sbb manis leting!

      Delete
  2. bestnya dpt ngedate tu! nice la tempat ni :) kalau ada masa, jom ngedate ber3 :) i u dan ezna--kita kena plan la bila nak gi jakarta ni hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. But I akan pergi Jakarta bulan depan sbb ada geng yg mengajak dulu, boleh la survey2 tempat menarik before our trip pulak hihi.

      Delete
  3. wah...merempit U... linda takut nak merempit dekat area KL..seram.. dengan kete banyak...motor pun laju2.. berani dekat Selayang je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah biasa Linda, dari zaman bujang dulu dah merempit 🤭 klu ke tempat yg dekat dengan public transport je saya naik LRT / MRT. Tapi kafe ni jauh dari public transport sbb tu saya prefer bawak motor hihi

      Delete
  4. Tak pernah lagi makan egg ben utk breakfast. Dulu ada cubaan buat sendiri, last2 jadi sup telur terus hahaha.

    Setiap kali saya nak breakfast ala2 matsalleh, end up mesti cari sarapan local jugak sbb murah + kenyang. Begitulah.. smpai kesudah tak makan egg ben 🍃

    ReplyDelete
  5. Merempit la best. Yang penting kena sentiasa hati2.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .