Breakfast Di Levain Boulangerie & Patisserie @ Jalan Imbi, KL

Salam Rabu kawan-kawan,

Mula-mula aku nak ucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam nahas keretapi di Jawa Barat, Indonesia yang berlaku semalam. Dalam berita yang aku baca seramai 15 orang maut dan puluhan lagi cedera parah dalam kemalangan keretapi yang dikatakan berpunca dari sebuah teksi yang berhenti berhampiran atau atas landasan keretapi. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun... Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Berbalik kepada tajuk entry hari ni.

Dah lama tak keluar lepak dengan kawan aku seorang ni, jadi Isnin lepas kiteorang pun keluar breakfast sama-sama di Levain.

Kali terakhir aku pergi ke Levain ialah tahun 2022 dengan Kak Retna dan Sislin. Kali ni tengok dieorang dah renovate bahagian dalam nampak lebih luas dan terang dengan pencahayaan semulajadi. Wah, lepas ni bila rasa nak mengopi dan blogging boleh la lepak kat sini 😍. Pastries dan dessert kat sini pun nampak mengancam betul!


Levain boulangerie & Patisserie
Pastries dan kek di Levain

Oleh sebab minggu lepas aku tak puas hati dengan Eggs Ben di CBTL, jadi kali ni aku pesan Eggs Benedict lagi sekali! 😂 Aku memang hantu Eggs Benedict ni, sampai chef dekat Perhentian Marriott Resort & Spa buatkan Eggs Benedict semata-mata untuk aku bila aku bagitau dia ni la resort pertama yang aku pergi takde serve Egg Benedict 😆.

Untuk minuman pulak, aku pesan mocktail Butterfly Mirage (air bunga telang dengan sirap buah markisa dan buah safarjal / quince). Total damage untuk breakfast pagi tu ialah RM48.72.


Levain boulangerie & Patisserie
Hidangan sarapan pagi di Levain

Bila dah lama tak berjumpa, banyak la topik yang keluar. Suka lepak dengan Yana sebab dia kelakar orangnya so kiteorang tak habis-habis gelak bila bercerita. Senang betul nak click dengan kawan aku ni sebab dia bekas wartawan jadi dia senang masuk dengan orang lain. Syukur ada kawan yang sama-sama housewife ni sebab nak ajak keluar senang. Sekarang nak keluar dengan BFF aku susah sebab dieorang sibuk bebenor dan weekend pulak ialah the only masa dieorang boleh luangkan dengan keluarga masing-masing.


Levain boulangerie & Patisserie
Next week kita cari tempat lain pulak 'mommy time' ye!

Since aku lupa nak ambik gambar kafe ni lepas renovation, korang boleh tengok sendiri kat IG dieorang ni. Nak parking kat sini senang je tapi kena caj RM5. Aku pergi naik motor sebab pagi-pagi memang jem dari rumah aku tu, dan parking motor pulak percuma (yes, boleh la merempit ke sini lain kali! 😆).


Post a Comment

26 Comments

  1. pernh tgk org share tmpt ni...dessert nmpk menarik...nmpk macaron di situ....akak br je mkn macaron hadiah birthday

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tengok dekat blog akak, besar betul macaron dalam hadiah birthday tu 😍 anak no. 2 suka sangat macaron tapi tu la tak leh makan selalu sgt sbb manis leting!

      Delete
  2. bestnya dpt ngedate tu! nice la tempat ni :) kalau ada masa, jom ngedate ber3 :) i u dan ezna--kita kena plan la bila nak gi jakarta ni hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. But I akan pergi Jakarta bulan depan sbb ada geng yg mengajak dulu, boleh la survey2 tempat menarik before our trip pulak hihi.

      Delete
  3. wah...merempit U... linda takut nak merempit dekat area KL..seram.. dengan kete banyak...motor pun laju2.. berani dekat Selayang je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah biasa Linda, dari zaman bujang dulu dah merempit 🤭 klu ke tempat yg dekat dengan public transport je saya naik LRT / MRT. Tapi kafe ni jauh dari public transport sbb tu saya prefer bawak motor hihi

      Delete
  4. Tak pernah lagi makan egg ben utk breakfast. Dulu ada cubaan buat sendiri, last2 jadi sup telur terus hahaha.

    Setiap kali saya nak breakfast ala2 matsalleh, end up mesti cari sarapan local jugak sbb murah + kenyang. Begitulah.. smpai kesudah tak makan egg ben 🍃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, jadi sup telur ke? 😂 ye susah nak buat poached egg ni sbb tu suka makan kat luar je hehehe.

      Delete
  5. Merempit la best. Yang penting kena sentiasa hati2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merempit sbb hari sekolah cepat sampai cepat balik nak hantar Khadeeja ke sekolah hihi

      Delete
  6. Lamanya tak g sini..tempat deting ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... lama kita tak pergi sini, last pergi tahun 2022 dgn Sislin. Eh, deting dgn sapa? Hahaha!

      Delete
  7. Best best. Tumpang seronok baca "mummy time" di Levain ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada geng housewife boleh mommy time bila masing2 free hehe

      Delete
  8. Wah pandai merempit yaa. Hehe

    Seronok ada geng sekali boleh ajak lepak. Memang selalu kalau geng yg bekerjaya sibuk ajer manjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, syukur ada geng housewife jugak. Bila lepak dgn geng yang bekerjaya selalunya cerita pasal gossip kat ofis, kalau lepak dengan geng housewife cerita pasal anak2, sekolah, berita semasa hihi

      Delete
  9. nak rasa betul egg benedik tu.. rasa kat mamak ada tak.. selalu telur gedik aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali kita buat gathering kat sini pulak, boleh la ko order eggs benedict ni hehe

      Delete
  10. Saya sampai skr, skip dulu berita2 ttg kecelakaan KA itu Karni. Tak sanggub. Kemarin dah puas menangis, saat lihat banyak bag berisi breast milk dlm botol berjatuhan 😭😭😭. Tak sanggub...

    Menarik yaa leaving ini 😍😍😍. Aiiih kalau saya ke KL dengan anak sulung, happy sangat dia pasti liat macaron beraneka warna 😍😍. Kalau saya pastinya memilih yg savoury menu lah. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu 🥺 mungkin dia bawak beg berisi breast milk utk bekalan anaknya yg duduk berjauhan kan. Sedih pulak saya baca ni.

      Ya tempat ni dah lama. Sesuai untuk lepak2 dengan kawan2 dan work remotely dari kafe hehe

      Delete
  11. Tak pernah sampai di sini sebab tak pernah tahu kewujudan nya hihii.. :D
    makanan pun nampak ok.. bab merempit tu mmg terbaik lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tempat ni wujud hehe. Makanan ok, harga hipster macam biasalah hehe.

      Merempit tu memang skill dari zaman bujang dulu hihi

      Delete
  12. bestnya banyak betul pilihan pastries tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sapa yang ada sweet tooth tu mesti rambang mata nak pilih pastries kat sini 😅

      Delete
  13. ada byk pilihan pastties ni laa yg best... rs mcm nk order semua je🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki dessert dan pastries mesti akan berperasaan macam tu 🤣

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .