Celebrate Birthday Kakak dan Adik di Fluffed Cafe @ Petaling Street

Throwback bulan Februari lepas.

Kakak dan adik aku mengajak kiteorang join birthday celebration di Fluffed Cafe @ Petaling Street. Oleh sebab kafe tu dekat je dengan stesen MRT Pasar Seni, jadi kiteorang pun naik LRT ke stesen Titiwangsa sebelum bertukar ke laluan MRT untuk sampai ke sana.


LRT
Selfie dalam LRT

Fluffed Cafe ni terletak seberang jalan je dari stesen MRT Pasar Seni, jadi tak susah nak ke sini.


Fluffed Cafe @ Petaling Street
Fluffed Cafe & Dessert Bar

Menu utama di kafe ni ialah waffles dengan pelbagai perisa manis dan savoury. Selain waffles, ada jugak aiskrim dan kek.


Fluffed Cafe @ Petaling Street
Selain dari waffles, kafe ni ada aiskrim dan kek jugak. Uniknya, cenderahati pun ada dijual di sini

Fluffed Cafe @ Petaling Street
Pilihan kek di sini

Ni antara menu yang kiteorang pesan:


Fluffed Cafe @ Petaling Street
Fish 'N' Chips Waffle pilihan Khayla (RM29)

Fluffed Cafe @ Petaling Street
Hot Honey Fluffed Chicken Waffle (RM27)

Fluffed Cafe @ Petaling Street
Kungfu Panda (RM27) - ada aiskrim berperisa oolong, mochi, kacang walnut, charcoal waffle dan sirap gula merah

Fluffed Cafe @ Petaling Street
Back to Basics waffle (RM13)

Fluffed Cafe @ Petaling Street
Birthday waffle (percuma dengan pembelian RM60 ke atas)

Overall aku rasa makanan kat sini not bad la kalau korang peminat waffle. Harga tu pulak dalam kategori kafe hipster. Adakah aku akan repeat? Hmm. Mungkin tak kot sebab aku tak minat sangat waffle 🤭.

Post a Comment

27 Comments

  1. Mun waffle di wisma hopoh kmk suka... tp ya lah sellernya kerek rami org komplen di medsos.. haha.. mentang² sia lejen & org suka waffle sia... tp yg waffle hipster gitok kmk kureng sikit lah... mungkin jarang nemu kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kmk bukan peminat waffle tapi kakak & adik kmk ajak celebrate birthday siya so layankan ajak la hehe. Kmk prefer gik pancake sebenarnya.

      Delete
  2. bestnya hunting makanan sedap.. tapi kita makanan dah tak banyak... wafle tu pon silap silap sekeping x habis.. x boleh nak rasa semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun tak habis waffle tu. Aku habiskan ayam dgn salad je, fries tu Khadeeja yang tolong habiskan 😅

      Delete
  3. Waffle kayangan ini. Glurp. Kalau orang belanja okay je. ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Macam² flavor waffle dekat sini... Sy minat yg basic je . Old school 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis macam anak no. 2 saya, dia yang order yang basic tu hihi

      Delete
  5. Cafe dia pun nampak menarik. Seleksi menu yang dipilih pun menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa peminat waffle boleh la datang cuba kat sini 😄

      Delete
  6. Cuba sekali sebagai tanda dah pernah jejak situ hehe... btw hepi belated besday kakak adik.. eh besdsy sape sebenarnyanni? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2... dieorg sama macam Khayla & Khadeeja, sama tarikh lahir tapi beza umur 10 tahun hehe

      Delete
  7. cute la bday waffle tu! my zharfan dan ariff suka waffle (biasanya mkn waffle kat food court KLCC ajer)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waffle kat food court KLCC kat stall yg mana ye? Tak perasan pulak.

      Delete
  8. Bestnya... public transport je senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Uncle, keluar dari stesen MRT dah sampai 😄

      Delete
  9. cafe dkt dgn mrt lg mudah..nk plak area situ slalunya payah parking....charcoal waffle tk pernh try lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kalau ke area situ mmg tak payah la bawak kereta sebab jem & susah nak cari parking. Baik naik LRT / MRT 😄

      Delete
  10. waffle kat foodcourt KLCC, i beli kat stall/booth yg jual spaghetti/pasta/pizza tu laaa (nama milano pizza)..dia ada jual waffle jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo Milano pizza tu. Tau2. Tak pernah pulak order waffle kat situ sbb selalu anak2 request spaghetti / pizza je kat situ

      Delete
  11. Masuk wishlist la...happy belated birthday to kakak Carneyz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sangat nak ke sini. Boleh ajak Dania dating kat sini SA 😄

      Delete
  12. Unik menu dia berasaskan waffle. Tak permah lagi makan savoury waffle, tgh wonder camne rasanya haha

    ReplyDelete
  13. Saya pun biasa saja kalau waffle. Mau saja makan, asalkan yg savoury 😄..kalau manis2 memang tak lah. Ini tp makanan fav anak sulung. Sukaa sangat dia dengan waffle. Sebenarnya pun saya ada kenangan juga dengan waffle nih. Sebab first date dengan Raka, kami makan di restoran waffle di jakarta 😄

    ReplyDelete
  14. kalau beli birthday waffle shj berapa RM?

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .