Throwback bulan Februari lepas.
Kakak dan adik aku mengajak kiteorang join birthday celebration di Fluffed Cafe @ Petaling Street. Oleh sebab kafe tu dekat je dengan stesen MRT Pasar Seni, jadi kiteorang pun naik LRT ke stesen Titiwangsa sebelum bertukar ke laluan MRT untuk sampai ke sana.
 |
| Selfie dalam LRT |
Fluffed Cafe ni terletak seberang jalan je dari stesen MRT Pasar Seni, jadi tak susah nak ke sini.
 |
| Fluffed Cafe & Dessert Bar |
Menu utama di kafe ni ialah waffles dengan pelbagai perisa manis dan savoury. Selain waffles, ada jugak aiskrim dan kek.
 |
| Selain dari waffles, kafe ni ada aiskrim dan kek jugak. Uniknya, cenderahati pun ada dijual di sini |
 |
| Pilihan kek di sini |
Ni antara menu yang kiteorang pesan:
 |
| Fish 'N' Chips Waffle pilihan Khayla (RM29) |
 |
| Hot Honey Fluffed Chicken Waffle (RM27) |
 |
| Kungfu Panda (RM27) - ada aiskrim berperisa oolong, mochi, kacang walnut, charcoal waffle dan sirap gula merah |
 |
| Back to Basics waffle (RM13) |
 |
Birthday waffle (percuma dengan pembelian RM60 ke atas)
|
Overall aku rasa makanan kat sini not bad la kalau korang peminat waffle. Harga tu pulak dalam kategori kafe hipster. Adakah aku akan repeat? Hmm. Mungkin tak kot sebab aku tak minat sangat waffle ðŸ¤.
27 Comments
Mun waffle di wisma hopoh kmk suka... tp ya lah sellernya kerek rami org komplen di medsos.. haha.. mentang² sia lejen & org suka waffle sia... tp yg waffle hipster gitok kmk kureng sikit lah... mungkin jarang nemu kali
ReplyDeleteKmk bukan peminat waffle tapi kakak & adik kmk ajak celebrate birthday siya so layankan ajak la hehe. Kmk prefer gik pancake sebenarnya.
Deletebestnya hunting makanan sedap.. tapi kita makanan dah tak banyak... wafle tu pon silap silap sekeping x habis.. x boleh nak rasa semua..
ReplyDeleteAku pun tak habis waffle tu. Aku habiskan ayam dgn salad je, fries tu Khadeeja yang tolong habiskan 😅
DeleteWaffle kayangan ini. Glurp. Kalau orang belanja okay je. ha ha ha
ReplyDeleteKalau orang belanja semua ok! Hehehe
DeleteMacam² flavor waffle dekat sini... Sy minat yg basic je . Old school ðŸ¤
ReplyDeleteSis macam anak no. 2 saya, dia yang order yang basic tu hihi
DeleteCafe dia pun nampak menarik. Seleksi menu yang dipilih pun menarik.
ReplyDeleteSiapa peminat waffle boleh la datang cuba kat sini 😄
DeleteCuba sekali sebagai tanda dah pernah jejak situ hehe... btw hepi belated besday kakak adik.. eh besdsy sape sebenarnyanni? Hehe
ReplyDeleteDua2... dieorg sama macam Khayla & Khadeeja, sama tarikh lahir tapi beza umur 10 tahun hehe
DeleteNampak menyelerakan menu2 tu.
ReplyDeleteKalau minat waffle mesti suka 😄
Deletecute la bday waffle tu! my zharfan dan ariff suka waffle (biasanya mkn waffle kat food court KLCC ajer)
ReplyDeleteWaffle kat food court KLCC kat stall yg mana ye? Tak perasan pulak.
DeleteBestnya... public transport je senang.
ReplyDeleteAah Uncle, keluar dari stesen MRT dah sampai 😄
Deletecafe dkt dgn mrt lg mudah..nk plak area situ slalunya payah parking....charcoal waffle tk pernh try lg
ReplyDeleteAah kalau ke area situ mmg tak payah la bawak kereta sebab jem & susah nak cari parking. Baik naik LRT / MRT 😄
Deletewaffle kat foodcourt KLCC, i beli kat stall/booth yg jual spaghetti/pasta/pizza tu laaa (nama milano pizza)..dia ada jual waffle jugak..
ReplyDeleteOo Milano pizza tu. Tau2. Tak pernah pulak order waffle kat situ sbb selalu anak2 request spaghetti / pizza je kat situ
DeleteMasuk wishlist la...happy belated birthday to kakak Carneyz...
ReplyDeleteSenang sangat nak ke sini. Boleh ajak Dania dating kat sini SA 😄
DeleteUnik menu dia berasaskan waffle. Tak permah lagi makan savoury waffle, tgh wonder camne rasanya haha
ReplyDeleteSaya pun biasa saja kalau waffle. Mau saja makan, asalkan yg savoury 😄..kalau manis2 memang tak lah. Ini tp makanan fav anak sulung. Sukaa sangat dia dengan waffle. Sebenarnya pun saya ada kenangan juga dengan waffle nih. Sebab first date dengan Raka, kami makan di restoran waffle di jakarta 😄
ReplyDeletekalau beli birthday waffle shj berapa RM?
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .