Makan-Makan Birthday My Sisters (Part 2)

Lepas celebrate birthday adik dan kakak aku di Fluffed Cafe, kiteorang berpisah - adik dan kakak aku balik ke hotel semula untuk sambung staycation dan kiteorang pulak ke Perpustakaan KL pulangkan buku perpustakaan.

Masa nak balik tu, kakak aku Whatsapp tanya nak join dinner tak malam ni kat bilik hotel? Aku pun on je, rezeki jangan ditolak hihi.

So kiteorang pun naik MRT dan turun di stesen Persiaran KLCC. Hotel ni tak jauh dari stesen MRT, tak sampai 500m pun.

Adik dan kakak aku stay bilik suite yang ada ruang tamu tu jadi selesa la nak lepak sementara tunggu dinner. Kakak aku malas nak keluar, jadi dia pesan makanan hantar ke bilik (in-room dining):


in-room dining experience
Macam-macam menu dia pesan tapi yang penting pasta tu untuk anak-anak buah kesayangan dia 🤭

Tudiaaaa... kemain lagi ye dia pesan makanan banyak-banyak untuk kiteorang share ramai-ramai 😅. Meh aku review satu-persatu:

Element KLCC
Nasi goreng kampung - sedap ada rasa asap kuali sekali 😍 Satay ayam tu lembut, udang pedas sikit tapi overall aku bagi rating 4.5/5 (telur tu failed sikit sebab aku suka telur mata goyang 🤭)

Element KLCC
Char kuey teow dengan udang goreng tepung - biasa-biasa je la kat tekak aku. Rasa wok hey tu tak ketara sangat. Udang tu tak sempat rasa sebab Khadeeja dah ngap dua-dua (dia hantu udang). Aku bagi rating 3/5

Element KLCC
OK, mak lurveee Hainanese Chicken Rice ni! Nasi dia yang paling sedap, rasa nak bagi berbintang-bintang! Ayam kukus tu pun juicy dan tak kering. Rating 5/5 🌟

Element KLCC
Spaghetti bolognese - sedap memang original resipi Itali. Rating: 4/5

Element KLCC
Carbonara pasta - rasa keju dan lemak berkrim. OK la, not bad. Rating 4/5

Element KLCC
Chicken tenders - rangup dan pedas sikit. Sedap makan panas-panas. Rating 4.5/5

Alhamdulillah, rezeki kakak aku belanja untuk dinner malam tu. Balik rumah tak payah masak, tu yang paling aku suka! 😂

Post a Comment

24 Comments

  1. Menarik belaka semua yg dipesan tu. Sedap nasi goreng ada rasa kuali tu, smokey gitu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis, saya suka nasi goreng rasa smokey ni hihi

      Delete
  2. mkn dlm bilik hotel lg syok...sedap2 tgk smua menu tu...rezeki jgn ditolak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dieorang ambik bilik suite ada ruang tamu jadi selesa makan bersila keliling meja hehe. Tu la, nak bagi pahala dekat orang yang belanja tu 🤭

      Delete
  3. Alhamdulillah semua sedap-sedap.

    ReplyDelete
  4. semua nampak sedap! bestnya kakak u belanja tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua sedap! Tu la, semoga murah rezeki kakak dapat belanja makan selalu 🤲🏻

      Delete
  5. Uncle faham maksud 'rasa asap kuali' tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tak reti nak explain macamana dalam BM 🤭 ok la tu sampai maksudnya kat Uncle hihi

      Delete
  6. Rindunya nak Buffet Breakfast kat hotel.. saya kalau gi hotel suka bekpes je.. lepas tu tido santai mandi swimming pool.. jalan jalan no 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu namanya staycation hehe. Kalau ambik bilik mahal mmg kiteorg takkan keluar langsung memerap dalam bilik je sbb rasa rugi pulak bila keluar jalan2 hehe

      Delete
  7. nampak sedap & platting pun cantik.

    ReplyDelete
  8. Betul, Makan free adalah yang paling best. Agak2 berapa ratus berhabis malam itu. Ada tak dekat RM 250 ke lebih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la Shai sbb bukan aku yg bayar hahaha! Semoga murah rezeki kakak aku belanja makan malam 🤲🏻

      Delete
  9. Lapar perut SA tengok time ni ha...padahal lambat lagi nak lunch ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa la cari kudap2 dulu sementara tunggu lunch kan SA hihi

      Delete
  10. Sedapnya semua! Tapi tang nasi goreng tu spoil bila telur mata tak cair hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la spoil betul la.. kitonyo suka telur mata tu cair hehe

      Delete
  11. Dari plating pun memang kliatan sedap Karni 😍😍😍. Saya sukaaa kalau nasi ayam tuh gurih, dan daging ayam still juicy. Jadi memang nikmat sangat. Tapi kalau rasa ginger kuat sangat, saya tak terlalu suka.

    Kita kebalik lah soal telur mata. Saya memang wajib well done kuning telur 😅😅. Masih ada yg encer sedikiiiit saja, dah pasti KSH ke Raka 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak suka nasi ayam yang terlalu kuat rasa halianya. Makanya saya tak suka nasi ayam di Oriental Kopi kerana rasa halianya terlalu overpowering.

      Oo.. nampaknya Fanny dgn saya terbalik, suami saya pulak kalau telur kuningnya cair dia akan bagi dekat saya sebab dia suka yang sudah masak 😅

      Delete
  12. semuanyaaaa sedappp tapi carbonara tu buat sy laparrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh terpaksa la pergi cari carbonara lepas ni ye anies 🤭

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .