Lepas celebrate birthday adik dan kakak aku di Fluffed Cafe, kiteorang berpisah - adik dan kakak aku balik ke hotel semula untuk sambung staycation dan kiteorang pulak ke Perpustakaan KL pulangkan buku perpustakaan.
Masa nak balik tu, kakak aku Whatsapp tanya nak join dinner tak malam ni kat bilik hotel? Aku pun on je, rezeki jangan ditolak hihi.
So kiteorang pun naik MRT dan turun di stesen Persiaran KLCC. Hotel ni tak jauh dari stesen MRT, tak sampai 500m pun.
Adik dan kakak aku stay bilik suite yang ada ruang tamu tu jadi selesa la nak lepak sementara tunggu dinner. Kakak aku malas nak keluar, jadi dia pesan makanan hantar ke bilik (in-room dining):
 |
| Macam-macam menu dia pesan tapi yang penting pasta tu untuk anak-anak buah kesayangan dia 🤭 |
Tudiaaaa... kemain lagi ye dia pesan makanan banyak-banyak untuk kiteorang share ramai-ramai 😅. Meh aku review satu-persatu:
 |
| Nasi goreng kampung - sedap ada rasa asap kuali sekali 😍 Satay ayam tu lembut, udang pedas sikit tapi overall aku bagi rating 4.5/5 (telur tu failed sikit sebab aku suka telur mata goyang 🤭) |
 |
| Char kuey teow dengan udang goreng tepung - biasa-biasa je la kat tekak aku. Rasa wok hey tu tak ketara sangat. Udang tu tak sempat rasa sebab Khadeeja dah ngap dua-dua (dia hantu udang). Aku bagi rating 3/5 |
 |
| OK, mak lurveee Hainanese Chicken Rice ni! Nasi dia yang paling sedap, rasa nak bagi berbintang-bintang! Ayam kukus tu pun juicy dan tak kering. Rating 5/5 🌟 |
 |
| Spaghetti bolognese - sedap memang original resipi Itali. Rating: 4/5 |
 |
| Carbonara pasta - rasa keju dan lemak berkrim. OK la, not bad. Rating 4/5 |
 |
| Chicken tenders - rangup dan pedas sikit. Sedap makan panas-panas. Rating 4.5/5 |
Alhamdulillah, rezeki kakak aku belanja untuk dinner malam tu. Balik rumah tak payah masak, tu yang paling aku suka! 😂
24 Comments
Menarik belaka semua yg dipesan tu. Sedap nasi goreng ada rasa kuali tu, smokey gitu kan
ReplyDeleteYa sis, saya suka nasi goreng rasa smokey ni hihi
Deletemkn dlm bilik hotel lg syok...sedap2 tgk smua menu tu...rezeki jgn ditolak
ReplyDeleteDieorang ambik bilik suite ada ruang tamu jadi selesa makan bersila keliling meja hehe. Tu la, nak bagi pahala dekat orang yang belanja tu 🤭
DeleteAlhamdulillah semua sedap-sedap.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki kakak belanja 😄
Deletesemua nampak sedap! bestnya kakak u belanja tu!!
ReplyDeleteAlhamdulillah semua sedap! Tu la, semoga murah rezeki kakak dapat belanja makan selalu 🤲🏻
DeleteUncle faham maksud 'rasa asap kuali' tu....
ReplyDeleteHaha tak reti nak explain macamana dalam BM 🤭 ok la tu sampai maksudnya kat Uncle hihi
DeleteRindunya nak Buffet Breakfast kat hotel.. saya kalau gi hotel suka bekpes je.. lepas tu tido santai mandi swimming pool.. jalan jalan no 2.
ReplyDeleteTu namanya staycation hehe. Kalau ambik bilik mahal mmg kiteorg takkan keluar langsung memerap dalam bilik je sbb rasa rugi pulak bila keluar jalan2 hehe
Deletenampak sedap & platting pun cantik.
ReplyDeleteBerbaloi dgn harga makanan di hotel hihi
DeleteBetul, Makan free adalah yang paling best. Agak2 berapa ratus berhabis malam itu. Ada tak dekat RM 250 ke lebih?
ReplyDeleteTak pasti la Shai sbb bukan aku yg bayar hahaha! Semoga murah rezeki kakak aku belanja makan malam 🤲🏻
DeleteLapar perut SA tengok time ni ha...padahal lambat lagi nak lunch ni....
ReplyDeleteTerpaksa la cari kudap2 dulu sementara tunggu lunch kan SA hihi
DeleteSedapnya semua! Tapi tang nasi goreng tu spoil bila telur mata tak cair hehe
ReplyDeleteTu la spoil betul la.. kitonyo suka telur mata tu cair hehe
DeleteDari plating pun memang kliatan sedap Karni 😍😍😍. Saya sukaaa kalau nasi ayam tuh gurih, dan daging ayam still juicy. Jadi memang nikmat sangat. Tapi kalau rasa ginger kuat sangat, saya tak terlalu suka.
ReplyDeleteKita kebalik lah soal telur mata. Saya memang wajib well done kuning telur 😅😅. Masih ada yg encer sedikiiiit saja, dah pasti KSH ke Raka 🤭
Saya pun tak suka nasi ayam yang terlalu kuat rasa halianya. Makanya saya tak suka nasi ayam di Oriental Kopi kerana rasa halianya terlalu overpowering.
DeleteOo.. nampaknya Fanny dgn saya terbalik, suami saya pulak kalau telur kuningnya cair dia akan bagi dekat saya sebab dia suka yang sudah masak 😅
semuanyaaaa sedappp tapi carbonara tu buat sy laparrr
ReplyDeleteAduhhh terpaksa la pergi cari carbonara lepas ni ye anies 🤭
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .