Bawak Anak-anak Lunch di Chef Kecik @ Tuah 1895

Salam Isnin kawan-kawan,

Kali ni aku repeat Chef Kecik lagi tapi dengan anak-anak pulak. Aku bawak dieorang lunch ke sini masa cuti peristiwa sempena program MAKA yang berlangsung pada hari Sabtu sebelumnya. Kiranya ni ialah reward dekat Khayla sebab berjaya dapat top 10 seluruh tingkatan tahun lepas dan untuk bagi motivasi dekat Khadeeja jugak untuk ikut jejak langkah si kakak. Aku drive dan park kereta di Lalaport. Payah jugak nak cari ladies parking tapi akhirnya jumpa jugak. Ladies parking kat sini macam takde security yang jaga je, dan on weekdays macam sunyi sikit. Tapi sebab kiteorang bertiga jadi takde la rasa risau sangat. Oh ya, parking kat sini percuma ye kalau park kurang dari 3 jam bermula dari 12 malam sampai 4.59 petang.

Dari Lalaport, kiteorang menuju ke Tuah 1895. Korang cari je Padi Malaya dekat ground floor lepas tu keluar ikut pintu sebelahnya. Then dah boleh nampak Chef Kecik.


Chef Kecik
Muka happy sebab dapat keluar makan pada hari weekdays! 😂

Ni makanan yang kiteorang pesan hari tu:


Chef Kecik
Anak-anak request nak CK Set (RM25) ni sebab masa aku pergi sini sebelum ni, aku bagitau dieorang pasal croissant cicah hot chocolate dan whipped cream ni jadi dieorang pun teringin nak cuba

Chef Kecik
Khayla pesan Mac & Cheese (RM30), menu favourite dia 

Chef Kecik
Ni pulak menu yang dipesan oleh Khadeeja - beef lasagna (RM33). Datang sekali dengan semangkuk kecil salad

Chef Kecik
Mula-mula tak tau nak pesan apa, sampai la Khadeeja bagitau, "Mommy, they have laksa Johor your favourite." So aku pun pesan laksa Johor (RM22).

Chef Kecik
Babycino (RM10) untuk Khayla dan mixed berries frappe (RM19) untuk si adik. Eh, ni reward siapa sebenarnya? Makanan dan minuman si adik lagi mahal dari kakak punya! 😂

Mommy dieorang minum air kosong je, konon jaga badan 😜.

My verdict on laksa Johor kat Chef Kecik - sedap! Kuahnya cukup pekat dan padat dengan rasa ikan, condiments lengkap dari bunga kantan, timun, kacang panjang, bawang, limau kasturi, taugeh (ada taugeh jugak, nangis la awek yang tak makan taugeh tu kalau dapat laksa Johor ni 🤭) dan jugak sambal. Presentation pun on point. Dengan ini aku declare laksa Johor di Chef Kecik as my new favourite LJ, mengatasi Paktam Laksa! 😍

The girls punya feedback on menu pilihan dieorang pun sama - semua sedap, sampai licin dieorang makan. Alhamdulillah.

Time nak bayar tu, aku tengok ada promosi kalau bayar guna kad Maybank dapat diskaun 10%. Total bill kiteorang hari tu sepatutnya RM161.25 tapi sebab guna kad Maybank, jadi RM145.10. Lepas ni boleh la makan laksa Johor kat sini selalu sebab boleh dapat diskaun 10% hihi.

Post a Comment

16 Comments

  1. ramai cakap chef kecik ni sedap. belum pernah cuba lagi :D
    oh yang promo pakai maybank card tu menarik! saya memang ada kad maybank seketul ni je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time pergi dulu ter order makanan yg tak kena dgn tekak. Nasib baik kali ni ok. LJ tu mmg recommended sangat! 👍🏻

      Delete
  2. waaa i suka laksa johor..boleh masuk dlm jjcm list ni...so far baru sekali jer i gi lalaport tu...last year kot...so ada reason lah nak ke sana ie nak mkn2 kat chef kecik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. LJ kat sini mmg worth the trip here, MZ 👍🏻 Plus parking pun percuma on weekdays kalau setakat datang nak makan je 😄 lepas makan my girls smpt lagi singgah panda eyes beli baju and seluar before balik.

      Delete
  3. Menarik betul presentation makanan dia semua... Tengok pun dah sedap, apatah lagi bila makan tu. Yummmms

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sis, presentation LJ kat sini memang on point! Kuah pekat dengan rasa ikan, condiments semua lengkap 👍🏻

      Delete
  4. Terliur tengok beef lasagna dengan laksa Johor tu! Ramai juga yang puji menu kat Chef Kecik ni memang sedap. Untunglah mommy dapat belanja anak-anak waktu weekdays, suasana pun lebih tenang sikit kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beef lasagna tu saya tak sempat nak cicip tengok2 yg adik tu dah habis makan 😅 maksudnya sedap la tu. LJ tu pulak memang sedap, kalah Paktam Laksa tempat favourite saya selama ni 🤭. Ye SA, pergi weekdays tak payah nak beratur tunggu meja kosong.

      Delete
  5. Belum sampai lagi ke sini.
    Seronoklah layan selera anak-anak. Erat hubungan kekeluargaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni ganjaran buat si kakak yg dapat anugerah akademik, Kak Amie 😄 yg adik tu tumpang sekaki hehe.

      Delete
  6. Sekali sekali bolehlah tempat macam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ni hadiah utk Khayla sebab dapat anugerah akademik 😄

      Delete
  7. Menarik semua menu tu. Boleh masuk list ni. Biasa si adik memang akan melebihi kakaknya sama macam anak2 Cie ni. Hahaha. Kakak besederhana, adik demand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan anak saya je camtu haha! Dia semua benda taknak kalah dengan kakak! 😂

      Delete
  8. Bab tauge tu boleh jadi gaduh besar . sblm kawen make sure pasangan makan tauge hahaha..
    Bila dah makan tu mmg lupa la nak reward siapa kan.. Chef Kecik jarang menghampakan..

    ReplyDelete
  9. Tak sabaaaar nak coba laksa Johor 😍😍😍. Nanti kita lihat, apakah laksa Johor akan menggantikan kedudukan laksa Sarawak yg saya sukaaa sangat 😄😄. Krn so far saya masih memfavoritkan laksa Sarawak yg no 1, kedua laksa Melaka, ke3 laksa Penang.

    Nanti kalau dah coba laksa Johor barulah akan diputuskan masuk urutan berapa 😄😄

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .