Mothers' Day lepas aku mintak izin Suami Terchenta nak keluar dengan kawan-kawan. Suami Terchenta ok je sebab dia pun malas nak keluar sebab nak berehat selepas kena masuk ofis malam Sabtu tu. Tapi pagi tu dia siap tolong mop dan vakum rumah. Ececeyyy... sweet la pulak dia tolong buat kerja rumah supaya aku boleh bersiap untuk outing dengan BFF 🤭.
Aku keluar naik LRT dan turun di Masjid Jamek. Sepatutnya kena tukar line nak ke stesen LRT Pasar Seni tapi bila tengok Whatsapp BFF aku semua masih on the way lagi, jadi aku decide nak jalan kaki je la dari Masjid Jamek. Takde la jauh mana pun, kira-kira 10-15 minit je jalan kaki.
Sampai je dekat Petaling Street, aku terus cari kafe yang kiteorang nak pergi dan tunggu BFF aku sampai. It took them about 10 minutes jugak la nak sampai - sorang sesat tak jumpa parking dan seorang lagi stuck dalam traffic jam nak ke tempat parking.
Brunch di AOOO Melbourne Cafe
Macam biasa bila berjumpa tak sah la tak makan-makan kan 🤭. Lagipun pagi tu memang tak makan apa lagi, jadi ni kira breakfast merangkap lunch sekali.
 |
| Niche cafe menghidangkan makanan Western berkonsepkan kafe di Melbourne |
Kafe ni menghidangkan makanan Western tapi ada jugak menu Asian cuma tak banyak. Owner kafe dulu pernah menetap di Melbourne dan dia belajar di sekolah kulinari di sana. Makanan kat sini bagi aku biasa je la tapi owner dia peramah. Sekarang tengah ada promosi RM35 untuk breakfast menu (terhad kepada 2 jenis menu je dan termasuk minuman lemongrass ginger tea).
 |
| What we ordered - waffle with vanilla ice cream, avocado toast dengan scrambled egg dan salad (aku), Mediterranean seafood rice (Zura), salmon pizza (kongsi) dan AOOO big breakfast (Nurul) |
 |
| Kredit foto: anak Zura. Budak ni nak makan fries dengan waffle je 😅 |
Flower Hunting
Dah makan-makan, aktiviti seterusnya ialah mencari bunga untuk diri-sendiri sempena Mothers' Day 😅. Dekat Petaling Street ni bersepah kedai bunga / florists dan harga bunga yang dijual kat sini pun not bad. Kiteorang masuk setiap kedai bunga tapi last-last beli di kedai bunga yang Zura selalu singgah untuk beli bunga segar. Minah tu rajin sikit beli bunga segar setiap minggu untuk letak di meja makan. Jom cuci mata tengok pelbagai bunga segar yang dijual di sini:
 |
| Macam-macam jenis bunga yang ada dijual - bunga ros, carnations, baby's breath, chrysanthemum (bunga kekwa) dan macam-macam lagi. Btw, aku tak beli bunga baby's breath tu sebab boikot Israhell. Penghasilan dan penjualan bunga ni dikawal oleh syarikat Danziger yang beroperasi di penempatan haram. |
 |
| Fresh tulips! 6 kuntum untuk 36 ringgit kalau tak silap (RM6 / kuntum). Lain kali nak beli ni la 😍 |
 |
| Bunga kubis pun ada ye 😅 Besar dari tapak tangan aku. Siapa la yang bagi awek dia bunga kobis ni 🤭 |
 |
| Us with our bouquets! |
OOTD di lorong Pasar Lee Lam Thye
Dah beli jambangan bunga tu, marilah kita ber OOTD 😜. Pasar Seni ni ialah kawasan tumpuan pelancong asing, jadi hari tu kiteorang berangan-angan jadi tourists for a day. Deretan kedai berwarna-warni ni lorong ni mengingatkan aku dengan Neal's Yard di London dan Rue Crémieux di Paris.
 |
| OOTD di lorong Pasar Lee Lam Thye |
Lepak di Flaon Cafe
Lepas ber OOTD, masing-masing terasa kering tekak pulak sebab cuaca masa tu panas lit-lit. Kiteorang singgah di satu dessert cafe dengan design unik ala-ala macam masuk gua ni. Dekat sini cuma jual minuman, dessert dan aiskrim gelato. Kiteorang pesan minuman dan macam biasa bila nampak tiramisu, aku pun nak jugak la tiramisu sini (verdict - it's not tiramisu! Dia lebih kepada kek swiss roll perisa kopi je 😒)
 |
| Antara dessert yang dijual di sini. Harga memang harga tourist ye! |
 |
| Simple setup - ada kerusi healing, bangku kayu dengan meja rendah. Kafe ni terlalu hipster untuk golongan macam kiteorang yang dah sakit-sakit lutut ni 😜 |
 |
| Our drinks - lupa dah namanya. Semua fruit-based drinks. |
 |
| Tu la tiramisu yang aku pesan. Rasa lebih kepada coffee swiss roll. Takde langsung rasa tiramisu. Krim agak memuakkan so tak habis pun makan krim tu. Not recommended sebab harga mahal, tapi bukan tiramisu yang kau dapat huhu. |
 |
| Last wefie sebelum balik! |
Overall aku rasa Flaon ni tak berbaloi ye singgah kat sini. Mahal dan tak sedap 😅.
Itu je la aktiviti outing dengan BFF sempena Hari Ibu. Petang tu baru la aku keluar dengan keluarga berbasikal di Taman Tasik Titiwangsa sebab anak-anak bosan duduk di rumah. Takde dapat hadiah ke sempena Mothers' Day? Alhamdulillah, tahun ni ada 😆. Yang tu aku tulis kat entry lain.
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .