Throwback December - Anniversary Staycation di Element by Marriott KL

Masa aku tengah clear kan gambar-gambar dalam galeri baru-baru ni, baru perasan yang aku belum buat review satu lagi hotel bawah jenama Marriott Bonvoy yang kiteorang pergi tahun lepas untuk celebrate anniversary ke-19 dan birthday anak-anak.

Kali ni kiteorang memilih untuk stay di hotel Element by Marriott KL. Kiteorang ambik bilik 2 bedroom suite. Bilik ni dilengkapi dengan 2 bilik tidur (katil king di bilik utama dan twin beds di bilik kedua), 2 bilik air (bilik air utama ada bathtub) meja makan, ruang tamu, bilik laundry dan dapur. Ala-ala serviced apartment jugak la fasiliti dalam bilik ni.


Element by Marriott KL
Bilik aku dan Suami Terchenta dengan katil king. Ada ruang bekerja, tv dan walk-in wardrobe

Element by Marriott KL
Ni pulak bilik anak-anak dengan twin beds

Element by Marriott KL
Gambar atas - ruang tamu dengan sofa 3-seater dan coffee table.
Gambar bawah (kiri) - ruang makan. Kanan: bilik laundry dan kitchenette lengkap dengan pinggan mangkuk, silverware, sinki, cerek air, peti sejuk, microwave dan dishwasher

Element by Marriott KL
Bilik air master dengan jubin marmar, bathtub, 2 sinki dan bilik shower berasingan

Element by Marriott KL
Ni pulak bilik air dalam bilik anak-anak, lebih kurang sama cuma takde bathtub dan sinki satu je

Element by Marriott KL
Walk-in wardrobe yang dipisahkan dengan dinding di belakang katil

Masa aku buat tempahan bilik di apps Marriott Bonvoy, aku dah siap-siap bagitau yang kiteorang nak celebrate anniversary dan birthday anak-anak. Jadi masa kitoerang sampai tu, hotel dah siap-siap buat decor sikit:


Element by Marriott KL
Kalau nak dibandingkan dengan jenama lain dalam rantaian Marriott hotel ni, decor Element sediakan ni agak ringkas bagi aku

Selain dari decor ni, ada jugak sekeping kek yang hotel letak dalam fridge. Kiteorang mula-mula ingatkan takde kek, sebab biasanya kat hotel lain, room service akan letakkan kek tu atas coffee table tapi dekat Element KL, dieorang letak dalam fridge. Nasib baik check dalam fridge hehe.

Satu lagi, sebagai Silver Elite member, aku dapat welcoming gift ni jugak:


Element by Marriott KL
Biskut kalau tak silap aku

Tiga sebab aku pilih stay di Element KL masa tu ialah rate untuk bilik suite antara yang paling rendah antara hotel-hotel Marriott dalam KL (tak sampai RM2k), dieorang guna tilam yang sama dengan tilam di hotel Westin yang terkenal dengan jenama Heavenly Bed (Westin siap jual tilam, cadar dan bantal yang dieorang guna dekat hotel sebab ramai orang kata tilam / cadar / bantal dieorang selesa), dan akhir sekali lokasinya di tengah-tengah KL (5 minit je jalan kaki dari MRT Persiaran KLCC) jadi tak payah la drive jauh-jauh nak pergi staycation.


Element by Marriott KL
Indoor swimming pool (heated pool) dengan view Twin Towers

Masa stay kat hotel ni, aku sempat la merasa pergi spa dalam hotel ni iaitu Serenity by POSH @ 39 yang terletak di tingkat 39. Kalau tak silap in-house guest ada diskaun 20% masa tu. Aku ambik servis body massage. Bagi aku, ok je la takde la wow sangat pun despite harganya yang agak keras. Kalau tanya which luxury spa yang aku rasa berbaloi pergi ke situ, aku prefer urutan badan di Mandara Spa (Sheraton Imperial KL).


Element by Marriott KL
Serenity Spa by POSH at 39

Akhir sekali, nasi ayam kat sini sedap tau! Kiteorang sempat lunch kat sini dan aku pilih nasi ayam. First bite, rasa nak nangis sebab sedap! 😅 Rasa macam nak pergi sini makan nasi ayam je hihi.


Element by Marriott KL
TRACE Restaurant & Bar terletak di tingkat 40 (sama aras dengan lobi hotel / kaunter check-in)


Satu lagi, tetamu hotel boleh pinjam basikal untuk ronda-ronda dalam KL. Tapi kiteorang ni tak cukup omputeh lagi nak pergi berbasikal dalam bandar ni, lagipun dah bayar mahal-mahal memang memerap je la dalam bilik hotel 🤭.


Element by Marriott KL
Semoga Allah murahkan rezeki Suami Terchenta dapat pergi staycation / cuti-cuti lagi untuk anniversary ke-20 tahun ni, اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ† ✨

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .