Salam 11 Zulhijjah buat kawan-kawan,
Macamana raya korang? Best tak? Tahun ni, kiteorang pilih untuk menunaikan solat raya Aidiladha di Masjid TNB di Bangsar.
![]() |
| First time solat di salah sebuah masjid yang tercantik di KL ni |
Nampaknya ramai jugak yang tak balik beraya di kampung sebab masjid penuh dengan orang tempatan. Ada jugak la foreigners tapi tak seramai di Masjid Wilayah Persekutuan.
![]() |
| Suasana dalam masjid selepas solat raya |
Lepas solat, kiteorang ambik peluang bergambar di luar masjid. Cuaca panas terik pada awalnya jadi langit nampak biru dan cantik je.
![]() |
| Posing berlatar belakangkan bangunan masjid dan jugak view bangunan di sekitar Bangsar |
Then kiteorang ke Bangsar Sphere lepak dulu sarapan pagi di Ali, Muthu & Ah Hock. Tapi lupa pulak nak ambik gambar masa kat sini. Masa tengah sarapan, tetiba Suami Terchenta dapat work call. Sudahnya, aku terpaksa la ambik alih jadi driver sementara dia join meeting via call. Begitulah kehidupan orang IT, memang tak pernah tenang walaupun tengah cuti.
Pukul 10.45 pagi, kiteorang pun gerak ke Publika. Aku dah buat reservation dekat The Great Chase sebab aku dan kakak aku malas nak memasak tahun ni. Sekali-sekala buat kelainan sikit kan, makan kat luar instead of memasak untuk hari raya 🤭.
Sampai pukul 11.15 pagi dan terus cari restoran tu. TGC ni ialah restoran halal di London yang membuka cawangan di Malaysia. Restoran ni terkenal sebab menghidangkan British cuisine versi halal. Haaaaa tahun ni kiteorang nak ubah selera tak nak makan rendang, nak makan beef wellington pulak hihi...
![]() |
| London vibe dari design restoran ni sampai la ke uniform staff dieorang |
![]() |
| Buku menu TGC Kuala Lumpur |
Ni menu yang kiteorang pilih kat sini:
![]() |
| Starter - roti sourdough dengan coconut date butter (RM18) |
Untuk main course:
![]() |
| Chicken Sunday Roast (RM68) - peha ayam panggang yang dihidangkan dengan spiced carrots & cauliflower, parsnip, roast potatoes, sage & onion stuffing, neeps puree dan Yorkshire pudding. |
Yang terakhir, pencuci mulut pulak kiteorang pilih sticky toffee pudding:
![]() |
| Sticky toffee pudding (RM30) - served with vanilla ice cream |
My verdict - beef wellington sedap berbaloi dengan harganya, chicken Sunday roast lembut dan juicy, not a fan of the sage & onion stuffing dan last but not least, sticky toffee pudding sedap cuma manis leting 😅. Harga tu anggap je la makan kat restoran di London ye (kalau convert, about 78 pound la total bill 😜).
![]() |
| Alhamdulillah atas rezeki-Nya 🥰 |










30 Comments
Another level beraya ni. Hihi. Sekali sekala kan tukar selera. Lagipun sekarang menu raya lemang ketupat tu sentiasa ada je orang jual walaupun bukan time raya.
ReplyDeleteSesekali kita buat kelainan sikit hihi.
DeleteSalam Aidiladha Carneyz! Seronok tengok vibes raya lain daripada yang lain tahun ni. Sekali-sekala tak makan rendang, layan Beef Wellington dengan Sunday Roast macam kat London memang terbaik. Janji perut gembira dan tak penat masak kat dapur kan? 😍 Selamat Hari Raya!
ReplyDeleteYa SA, sesekali ubah selera 😆. Raya ni nak chill2 je hihi
DeleteSalam Aidil Adha 🥰✨ Wow nampak sedap ya beef wellington tu. Takpe sesekali tukar cara beraya, janji bahagia 🩷 Masjid cantik.
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap berbaloi dengan harganya 😃 Masjid TNB memang terkenal cantik dan carpet bau wangi 😁
Deletesalam aidilAdha buat Carnez sekeluarga... last minit plan, alhamdulillah.. dapat beraya dekat kampung.. lauk raya lah.. hihihi..
ReplyDeletekalau plan asal, memang raya dekat Selayang je...sebab turn kerja tak cuti pun
Best nya dapat beraya dengan mak di kampung 😄
Deletewaaa bestnya dpt solat raya kat masjid yg cantik tu...beef wellington tu nmpk menggoda sungguh. worth the price la asalkan sedap!!
ReplyDeleteSuka ke masjid ni sebab parking senang tak jauh nak menapak ke masjid. Sampai awal jadi dapat la solat dekat ruang muslimah kat atas. Beef wellington tu worth the price, sedap!
DeleteMeriah menu hari raya tahun ini ye.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sesekali buat kelainan hihi
DeleteWah raya London ni hihi....
ReplyDeleteTak sampai lagi masjid TNB tu. Viral bulan puasa hari tu kan
Sesekali sis hehe. Ye, viral masjid ni for good reasons. Cantik dan wangi dalam masjid ni 😍
DeleteUncle tak pernah sampai masjid ni... tapi tau lokasinya
ReplyDeleteKiteorang pun first time sampai ke masjid ni 😃
DeleteSalam Aidil Adha Mbak Carneyz.
ReplyDeleteWah nikmat betul yaa habis shalat ied lanjut makan-makan.
Mana foto-foto bareng sekeluarganya pun nampak cerah dan ceria. bagus betul langitnya mbak
Salam Aidil Adha Fajar. Iya, tahun ni saya dan kakak sepakat taknak masak untuk raya jadi makan di luar je 😅
Deletesalam aidiladha...best tu dpt singgah masjid yg cantik...mmg feel2 raya di perantauan la sbb mkn kt cafe yg ada di london tu
ReplyDeleteSalam Aidiladha kak. Tu la kan alang2 beraya di perantauan kita fefeeling raya kat London je hihi
DeleteCantiknya masjid TNB. Memang tak pernah pergi la. Thanks sebab perkenalkan TGC....Boleh cuba nanti.
ReplyDeleteCantik kan? Viral masjid ni masa bulan puasa lepas. Sama2, nanti boleh ajak Dania & suami sis Ezna ke sini 😄
DeleteHari bahgia pasti happy meraikannya bersama family dan kawan-kawan
ReplyDeleteAlhamdulillah ✨
Deletesekali-sekala makan di restoran yg mahal utk rasa vibes pun apa salahnya. janji makanan sedap baru la berbaloi...
ReplyDeleteYa Abe Kie, bertukar selera sikit sebab raya puasa dah puas makan rendang hihi
DeleteBetul tu alang2 dah malas nak masak terus celebrate di luar... btw cantik masjid tu.. tak pernah lagi sampai di situ.. insyallah one day kalau terlajak ke san aboleh singgah... apa pun Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha ya.. dpt call kerja tu mmg tak syok langsung huhu
ReplyDeleteKiteorang pun first time ke masjid ni. Macam tu la bila kerja bidang IT, selalu je dapat call bila ada isu.
DeleteMemang lejen juak dapat rasai nikmat makan di tempat yang rare pada raya haji ...alhamdulillah
ReplyDeleteRare gilak tok sebab menu dari luar negara hihi
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .