Mothers' Day Edisi Bersama Keluarga

Sambungan kisah Mothers' Day. Petang tu aku ajak anak-anak dan Suami Terchenta ke Taman Tasik Titiwangsa bermain basikal. Dah lama dieorang tak ke sini, jadi walaupun hujan rintik-rintik tapi dieorang happy sebab dapat main basikal.

Aku dan Suami Terchenta ambik basikal yang naik berdua, manakala anak-anak pulak nak basikal seorang satu. 


Taman Tasik Titiwangsa
Dah lama tak buat aktiviti berbasikal bersama-sama

Taman Tasik Titiwangsa
Ramai jugak orang yang bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa walaupun masih hujan rintik-rintik

Kiteorang berbasikal sampai dekat Maghrib. Si adik tu bila penat, dia nak tumpang basikal ayahnya jadi kiteorang pun bertukar basikal.


Taman Tasik Titiwangsa
Anak manja seorang ni memang taknak berenggang dengan bapaknya langsung!

Sebelum balik, kiteorang singgah makan malam di Dapur Sarawak. Sedapnya menghirup sup mi kolok dalam cuaca sejuk tu!


mi kolok
Sambutan Hari Ibu yang sederhana tapi membahagiakan dengan Suami Terchenta dan anak-anak

Post a Comment

0 Comments