Salam 9 Zulhijjah kawan-kawan,
Hari ni merupakan hari Arafah di mana kita digalakkan untuk berpuasa sunat bagi umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji. Kepada kawan-kawan yang berpuasa, selamat berpuasa dan semoga kita semua mendapat ganjaran dan keampunan dari Allah SWT, اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻.
Semalam untuk menu berbuka puasa, aku cuba buat resipi yang dikongsikan oleh Kak Mulan di blognya kelmarin. Bahan-bahan semua ada kecuali sliced chicken, jadi aku ganti dengan bahan yang ada di rumah iaitu beef pepperoni yang aku potong kecik-kecik. Menjadi gais, sedap dan mengenyangkan betul resipi ni. Aku makan 3 ketul, 3 ketul lagi aku simpan untuk sahur hari ni.
![]() |
| Aku hentam je set suhu oven ke 180℃, bakar selama 15 minit |
![]() |
| Helok kembang muffin roti cheese telur ni 😍 |
![]() |
| Sedap makan dengan sos cili / sos tomato. Lain kali aku nak letak oregano flakes dalam adunan telur tu bagi rasa macam pizza sikit 😋 |
Aku tengok Kak Mulan buat muffin banyak jadi aku kurangkan sikit sukatan sebab acuan muffin aku tu untuk 6 biji muffin je. Instead of pakai 3 biji telur, aku pakai 2 biji je. Susu aku kurangkan dari secawan ke 3/4 cawan. Pakai 4 keping roti je untuk portion ni. Capsicum tu aku pakai 1/3 je potong dadu kecik-kecik. Tomato ceri pulak aku guna 4 biji, potong 4 bahagian (sebab acuan aku kecik je).
Next recipe - apple crumble. Aku terjumpa kad resipi ni (beli masa Big Bad Wolf sale satu masa dulu) masa tengah kemas-kemas kotak. Nampak macam senang, ajomms kita buat apple crumble pulak untuk dessert sewaktu berbuka puasa.
![]() |
| Apple crumble recipe card |
Yang ni pun sangat la senang nak buat. Tahap senang tu pejam mata pun boleh (lepas dah sukat kuantiti semua bahan dan potong dadu epal la hehe). Again, aku kurangkan portion jadi separuh (sebab baru perasan mentega tinggal sikit je, ngam-ngam separuh dari resipi ni!). Aku ganti orange juice dengan jus lemon (pastu baru teringat, eh kan ada buah oren dalam peti sejuk, kenapa tak perah oren je? 🤦🏻♀️).
Masa bakar apple crumble ni, nohhh... semerbak bau cinnamon satu rumah! Mujurlah tinggal sejam je lagi nak berbuka.
![]() |
| Warm apple crumble x vanila ice cream = comfort food! |
Apple crumble ni lebih senang dibuat daripada apple pie. Apple pie renyah sikit nak kena masak filling atas api lepas tu masukkan dalam pie pastry. Yang ni cuma perlu ratakan epal yang dah potong kecik-kecik dan digaul dengan gula perang kat dasar oven dish / acuan pai, lepas tu tabur bahan-bahan crumble yang dah diadun sebati tu atas epal. Pastu bakar setengah jam dah siappppp!
Harap korang cuba la 2 resipi ni kalau korang pun sejenis macam aku yang suka makan sedap-sedap tapi nak resipi yang cepat dan mudah 😜. Dua-dua resipi ni lagi senang dari guna Thermom*x ye, sebab tak memerlukan effort yang banyak.
Terima kasih Kak Mulan sudi kongsi resipi (dan gambar-gambar masakan yang sedap-sedap) di blog! 😘 Banyak jugak resipi dari rakan-rakan bloggers yang aku dah cuba setakat ni, alhamdulilah semua sedap dan memenuhi selera aku. Sekarang ni tengah tunggu blogger Suria Amanda kongsi resipi ikan keli bakar je lagi 🤪.





2 Comments
sedapnya nampak. nanti nak try jugak la buat muffin roti cheese tu.
ReplyDeletei teringin gak nak try buat resepi muffin telur tuuuu
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .