Sambungan kisah jalan-jalan ke Ipoh bulan lepas. Malam tu kiteorang decide nak mencuba restoran Cina halal iaitu Restoran Caterbest. Ramai VIP dan selebriti termasuk la PMX dan Dato' Michelle Yeoh dah berkunjung ke restoran ni. Kalau tengok dekat IG dieorang, dieorang memang ada pampang sijil halal JAKIM di dalam restoran. Jadi, moh ler kita cuba.
 |
| Restoran keluarga yang dah beroperasi berpuluh-puluh tahun |
 |
| Dato' Michelle Yeoh pun pernah singgah makan kat sini |
Masa kiteorang sampai, keadaan dalam restoran tak ramai sangat orang. Susun atur dalam restoran ni memang tipikal restoran Cina dengan meja bulat yang boleh menempatkan 10 orang.
 |
| Suasana dalam restoran |
Ni menu yang kiteorang pesan malam tu:
 |
| Butter prawn - udangnya agak kering tapi egg floss meriah. Aku kasi rating: 7/10 |
 |
| Salted egg soft crab - sedap cuma agak kering bagi aku (dah terbiasa dengan style masakan Cina di Sarawak yang agak basah untuk hidangan ni). Rating: 8/10 |
 |
| Asparagus belacan. Rasa belacannya tak berapa kuat. Rating: 6/10 |
 |
| Aku tak ingat nama masakan ni tapi yang ni memang favourite aku dan Suami Terchenta sebab rasa wok hey yang agak kuat. Rating: 9/10 |
Mungkin makanan yang kiteorang pesan malam tu bukan specialty kat situ kot, sebab tu aku tak rasa macam wow sangat makan kat sini. Kiteorang pesan jus tembikai satu jug, mak aihhhhh besorr jug air tu. Gigih nak menghabiskan air tembikai tu, dengan portion makanan pun agak besar jugak kat situ.
Kesimpulannya, ada sijil halal, tempat selesa, portion makanan dan minuman besar, makanan just ok je bagi aku.
4 Comments
Rupanya asparagus boleh dibuat goreng belacan ye... Sedap jugak tu
ReplyDeletekalau restoan cina saya suka goreng telur masin.. dengan goreng butter.. tu je feberet saya..
ReplyDeletetgh puasa tgk menu2 tu...lapar
ReplyDeleteada sijil halal yakin sikit nak makan
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .