Bring Your ZUS Tumbler (BYZT) - Cara Dapatkan Diskaun 10% Bila Pesan Minuman di ZUS Coffee

Tahun lepas, kawan Khadeeja hadiahkan tumbler dari ZUS Coffee sempena birthday dia. Khadeeja pulak pass tumbler tu kat aku sebab dia dah ada tumbler Montigo yang dia beli guna duit raya sendiri. Minggu lepas kebetulan ada voucher diskaun 20% dalam apps ZUS yang belum dipakai, jadi aku pun ambik kesempatan bawak tumbler ni supaya dapat lagi tambahan diskaun 10% 😆. Harga asal minuman yang aku pesan tu ialah RM15.90 tapi total aku bayar RM11.45 (termasuk SST). Jimat RM4.45 (konon!).

Since ni first time aku guna BYZT ni, jom aku kongsikan cara-cara buat pesanan air dan isi dalam tumbler yang kita bawak dari rumah:

Langkah 1: Register tumbler dalam apps ZUS Coffee.


Part ni korang ikut je arahan dekat kotak tumbler tu

Langkah 2: Buka apps ZUS Coffee dan pilih minuman. Pilih option 'Use Tumber' (nota: terpakai untuk Pick Up je. Kalau pilih Delivery, option ni takkan keluar.


Dekat bahagian 'Use Tumbler?, pilih option 'Yes, I'll bring my Tumbler'.


Dekat payment details, dah nampak tolak 10% dalam voucher tu. Kalau ada voucher tambahan lain, boleh tambah dekat bahagian 'Vouchers' sebelum buat pembayaran

Langkah 3: Buat pembayaran dan pergi ke cawangan ZUS Coffee yang kita pilih tadi. Serahkan tumbler kepada barista dan sebutkan nombor pesanan.


Barista akan ambil tumbler tu untuk diisi dengan minuman yang kita dah pesan


Enjoy!

Senang kan? Selain menjimatkan duit dalam poket, menjimatkan alam sekitar jugak bila kita guna tumbler sendiri sebab kita kurangkan sampah dan penggunaan bekas minuman plastik ✌🏻.

Post a Comment

2 Comments

  1. Ye betul tu cuma tak sesuai untuk orang yang nak cepat. Sebabnya lepas order kena bagi tumbler dulu kat barista baru dia buat. Kalau pakai cup kita just pick up je. Nak jimat ok la tunggu sekejap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kalau nak jimat, boleh guna cara ni. Nak cepat bila pick up terus ambik pesanan mungkin tak dapat la guna cara ni 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .