Dinner di Piccadilly Cafe @ Jalan Tun Perak

Bersambung kisah staycation Hari Pekerja. Petang tu kiteorang keluar mencari tempat makan di sekitar kawasan hotel. Malas nak pergi jauh-jauh sebab petang tu hujan renyai-renyai. Kalau boleh nak makan terus balik ke hotel. Khayla tak nak ikut sebab dia masih mengantuk, jadi kiteorang pergi bertiga je.

Bila ternampak Piccadilly Cafe ni, terus teringat Piccadilly Circus di London 😅. Kafe pun nampak menarik dan lokasi memang tak sampai 10 minit dari hotel.


Jalan Tun Perak
Design kafe macam kat London. Marilah kita cuba...

Ruang dalam kafe ni nampak estetik, kombinasi rekabentuk moden dan lama sebab lantainya masih lagi mengekalkan jubin asal. Kafe ni ada dua tingkat dan kiteorang pilih untuk duduk di tingkat atas (sebab aku curious nak tengok bahagian atas hihi).


Piccadilly Cafe
Ruang makan di tingkat bawah

Ternyata tak sia-sia gigih menaiki tangga ke atas sebab bahagian atas lebih lawa dan vibe kafe di London. Ada dua bahagian kat ruang atas ni yang dipisahkan oleh archway dinding bata kelabu tapi ruang belah dalam tu tak bukak.


Piccadilly Cafe
Ruang makan yang elegant dengan lantai kayu, meja kayu, kerusi rotan vintage dan lampu bebola besar seakan-akan bulan penuh

Menu kat sini lebih kepada makanan barat tapi ada jugak menu lokal iaitu ayam rendang dan ayam penyet. Tapi kebanyakan menunya ialah hidangan luar negara.

Aku decide nak pesan risotto, Suami Terchenta pulak nak makan blackpepper chicken dan Khadeeja pilih menu fish & chips. Ternampak tiramisu jugak dalam menu ni so aku order jugak tiramisu (aku suka sampling tiramisu dan bandingkan tiramisu mana yang paling sedap). Untuk minuman pulak, aku pesan niki neko matcha latte yang menjadi kegilaan budak-budak gen Z sekarang ni, manakala Suami Terchenta pesan honey lemon panas dan Khadeeja pesan chocolate frappe.

Ni gambar makanan dan minuman yang kiteorang pesan:


Piccadilly Cafe
Niki neko matcha latte (RM14), honey lemon (RM10) dan chocolate frappe (RM16)

Piccadilly Cafe
Italiano truffle mushrooms risotto dengan scallop (RM44.90). Risotto ni nampak je macam muntah kucing tapi sedap ye! 😂


Piccadilly Cafe
Fish & Chips (RM29.90). Portion tak besar, just nice

Piccadilly Cafe
Blackpepper chicken (RM26.90). Sos blackpepper tu sedap.

Piccadilly Cafe
Tiramisu deluxe (RM21). Rasa klasik tiramisu, light dan tak terlalu manis. Approved 👍🏻

Piccadilly Cafe
Takeaway beef lasagna untuk Khayla (RM26.90)

Kafe ni jugak ada pelbagai jenis pastri dan kek yang nampak sedap tapi tak cuba sebab dah kenyang. Mungkin lain kali boleh datang mencuba pastri kat sini jugak.


Piccadilly Cafe
Pastri dan kek di kafe ni

Overall makanan kat sini menepati citarasa aku tapi harganya agak keras 🤪. Mungkin harga lepas convert dari GBP kot! 🤣 Dinner kiteorang malam tu lebih dari RM200 (hidangan risotto tu paling mahal!). Sekali-sekala boleh la, tapi kalau kerap sangat bankrap Suami Terchenta dibuatnya huhu. Semoga rezeki Suami Terchenta melimpah-ruah boleh selalu belanja makan kat tempat-tempat macam ni, Ameen YRA 🤲🏻.


Piccadilly Cafe
Alamat: 62&64, Jalan Tun Perak, City Centre, 50500 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa operasi: 8 pagi - 10 malam (setiap hari)

Post a Comment

28 Comments

  1. Tengok rupa kedai dari luaran pun dah boleh faham harganya.
    Tapi ok je bayar mahal sebab semuanya memuaskan hati.

    Tiramisu tu menggoda sungguhlah.
    Kita kalau suka satu-satu makanan tu, kalau jumpa mesti rasa wajib beli. Teringat-ingat pulak kalau tak cuba 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiramisu tu memang sedap sangat Kak Ujie. Kalau pergi mana2 saya memang wajib try tiramisu 😄

      Delete
  2. Rissoto tu macam seram nak makan Carneyz....hahaha...kalau fish and chips tu ok....interior dalam ni nampak lawa la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Faham2... sungguh pun rupanya menyeramkan tapi rasanya sedap 👍🏻 kalau saya buat risotto, saya suka berair sikit macam bubur nasi. Yang ni pekat sebab tu nampak tak menyelerakan 😜

      Delete
  3. Cantiknya dekorasi Piccadilly Cafe ni, patutlah teringat London, vibe dia memang sebijik! Walaupun harga dia agak 'keras' sikit, tapi kalau makanan semua sedap dan kena dengan selera, memang berbaloi sekali-sekala belanja keluarga. Tiramisu dia pun nampak menggoda betul. Semoga murah rezeki Suami Carneyz selalu belanja makan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai la dengan nama kafe ni Piccadilly Cafe 😅 agaknya owner dia pernah duduk UK kot. Ameen YRA atas doanya 🤲🏻 nasib dia la dapat wife suka makan tempat2 macam ni 🤭

      Delete
  4. bole feel2 kt london la mkn kt cafe ni..terliur tgk tiramisu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, boleh berangan2 mengopi kat London bila ke sini hehe. Tiramisu dia sedap, tak manis sangat 😄

      Delete
  5. Ruang makan tingkat bawah tu dah macam kat rumah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish, rumah sapa la camni 😅 lantai jubin dia mmg old school la.

      Delete
  6. Prime area..mesti sewa kedai mahal..walau macamana pun, cafe yg estetik ni harus dicuba kan..makanan sedap..harga kita pejam mata satt...hehehehehe..semoga murah rezeki suami untuk belanja carneyz dan keluarga..boleh share gambar dengan kami pembaca blog..yehaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi customer dia mungkin bukan calang2 jugak, sebab tak jauh dari Menara Maybank. Sebab tu agaknya price point dia agak 'keras'. Ameen YRA atas doanya 🤲🏻

      Delete
  7. Alhamdulillah rezeki dapat makan 'besar'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga berlipat-kali ganda rezeki Jun boleh belanja makan selalu hihi

      Delete
  8. teringin pula kak ana nak makan fish n chip lepas singgah sini dik, hehe. Kena cari ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la ajak anak Kak Ana cari fish & chips lepas ni hehe

      Delete
  9. Macam tu ke harga dia? (Sambil hitung2 saki baki duit tinggal dalam poket...) huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajak Aunty dating kat sini Uncle. Tak dapat bawak gi London, bawak gi kafe ala London pun ok je 😅

      Delete
  10. Best la ada vibe London :)
    Tergoda tengok fish & chips tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis, cuma bila tengok kat luar takde la view london, nampak trek lrt je hehe

      Delete
  11. i tgk tajuk entry u terus teringat london laaaa...memang vibe london sgt tu termasuk regenya hehehhe so bila u nak repeat london tu carneyzzzz.....my boys memang propose nak ke sana lagi kalau ada rezeki next year insya Allah...mamanya nak kena gigih menabung niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya MZ, vibe london sangat kafe ni. Tak pasti la, takde dalam perancangan terdekat ni nak repeat London sbb dah pergi tahun lepas 😅 my girls memang nak repeat tapi my husband cakap nak pergi tempat yg tak pernah pergi lagi 🤭

      Delete
  12. That sounds like one of those simple travel moments that somehow becomes part of the best memories ☔✨ Drizzly evenings always make everyone a little extra lazy and cozy, especially during a staycation. Honestly, looking for food nearby instead of going far feels like the perfect choice. Poor Khayla must have been completely worn out if she chose sleep over food 😄
    https://nanajee.com/2026/05/13/top-european-travel-destinations-for-first-time-travellers/

    ReplyDelete
    Replies
    1. The bed was too comfortable plus the cozy weather made her feel that staying in the room is better than going outside for dinner 😅

      Delete
  13. Hebatnya tempat..menarik.Rugi tak ke sini kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki Cikgu datang ke kafe ni jugak 😄

      Delete
  14. Tapi tadi saya bayangkan harga lebih mahal dari itu. Sebab cafe premium, dan looks nya pun mewah. Terkadang kalau ke KL, utk cafe2 prestige begini, saya selalu letak budget RM35 per menu. Jadi kalau ternyata lebih rendah dari itu, masih okelah 😅. Kecuali risotto, memang biasanya mahal, apalagi pakai seafood. Nasib baik tak terlalu suka risotto 🤣.

    ReplyDelete
  15. tgk nama kedai je dah boleh agak harga makanan kat sini
    risotto tu sy nampak macam bubur lambuk ;-)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .