Makan Tengahari di Restoran Ruai House of Sarawak

Minggu lepas adik ipar datang dari Singapura, jadi adik aku pun ajak kiteorang dan kakak aku keluar makan tengahari bersama. Adik aku pilih restoran Ruai House of Sarawak di Pejabat Pos Besar Lama sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad.


Sarawak cuisine
Ruai House of Sarawak - Sarawak Reimagined tagline restoran ni. Baiklah kita tengok betul ke tak 🤭
 

Makanan semua adik aku pesan kiteorang tinggal show up dan makan je hihi. 

Untuk starter, adik aku pilih hamachi dengan sos umai dihidangkan dengan limau kasturi dan keropok dabai. Masa hidangan ni mula-mula sampai, kiteorang macam - erk, ni ke umainya? Ragu-ragu jugak dengan interpretasi moden menu terkenal masyarakat Melanau ni. Waiter siap explain macamana nak makan hidangan ni (lebih kurang macam makan guacamole, which is ambik keropok dabai tu, cedokkan bahan-bahan tu semua atas keropok dan makan).

Verdict - approved! Rasanya sedap, ringan di lidah dan refreshing on the palate. Ada rasa umai walaupun penampilannya dah diubah menjadi moden. Sarawak reimagined? Yes. Recommended? Yes.


Sarawak cuisine
Hamachi dengan hirisan ikan mentah, perapan umai dengan perahan limau kasturi dan dihidangkan dengan keropok dabai

Seterusnya ialah menu tradisional masyarakat Iban iaitu manok pansuh (ayam yang diperap menggunakan bahan-bahan seperti bawang merah, serai, halia, lengkuas, daun kesum, hirisan bunga kantan, pucuk ubi dan garam kemudian dikukus dalam buluh ala-ala membakar lemang). Bagi aku, manok pansuh ni yang menentukan sama ada tempat ni authentic local Sarawak flavour atau tak.


Sarawak cuisine
Manok pansoh yang dihidangkan dalam bekas buluh

Ternyata hidangan ni tak mengecewakan sebab rasanya betul-betul lulus dan asli dari Sarawak 😄. Isi ayamnya lembut, juicy dan menyerap perapan. Paling aku suka ialah sup yang terhasil dari pati ayam semasa proses mengukus manok pansuh ni 😍. Sarawak reimagined? No. Tapi asli rasa Sarawak 👍🏻. Approved!


Sarawak cuisine
Sedapnya jus pati ayam yang terhasil semasa proses pengukusan dalam batang buluh ni

Seterusnya ialah hidangan sayur kesukaan orang Sarawak iaitu sayur midin dan sayur cekur manis / cangkuk manis.

Sayur cekur manis ni kalau kat Sarawak biasanya kiteorang tumis dengan telur. Tapi dekat sini hidangan ni diberikan twist yang agak menarik di lidah aku - daun cekur manis tu digoreng rangup, kemudian diletakkan atas telur onsen dan ditabur dengan bubuk rangup. Cara makannya, gaul dulu bahagian atas kemudian baru gaul dengan telur onsen kat bawah tu. 

Pada akhirnya, rasanya sama dengan sayur cekur manis tumis telur cuma tekstur sayurnya yang crispy tu agak berbeza dari biasa. Aku boleh katakan ni ialah salah satu hidangan kesukaan aku kat sini sebab daun cekur manis yang rangup tu mengingatkan aku dengan jukut goreng di Bandung! 👍🏻 Sarawak reimagined? Yes & approved!


Sarawak cuisine
Sayur cangkuk manis dengan telur dan bubuk (udang kecil)

Sayur midin pulak dihidangkan dengan puri rimba (kalau tak silap aku waiter tu kata bahan-bahannya ada cencaluk Sarawak) dan linut on the side. Sayur midin ni pun digoreng rangup dan ditabur hirisan bunga kantan, air gula apong dan kicap kalau tak silap. For me, rasanya so-so je. Sayur midin ni pulak guna pucuk yang agak tua jadi batangnya keras sikit, lepas tu digoreng rangup pulak. Bagi aku, sayur midin ni lebih sesuai dikukus supaya lembut atau guna pucuk yang lebih muda. Sarawak reimagined? Yes. Recommended? Not really.


Sarawak cuisine
Sayur midin goreng

Next, hidangan protein pulak. Adik aku pesan 3 jenis protein - lamb, daging dan udang.

My favourite ialah angus steak yang diberikan rasa Sarawak sebab disalut dengan air belacan Bintulu dan dibakar sedikit hangus (charred). Dihidangkan pulak dengan pucuk paku dan puri labu. Masa gigit kepingan angus steak ni, aku boleh rasa sedikit aroma belacan dan surprisingly, rasanya complement dengan rasa daging steak yang lembut tu 😍. Aroma dan rasa belacan tu bagi aku mild dan subtle je, tapi kakak aku berlainan pendapat dengan aku. I loved it. She, not so much 😬.


Ruai House of Sarawak
Charred angus with belacan Bintulu glaze

Lamb rack ni pulak disalut dengan kerak dabai (crust) dan dihidangkan dengan pesto nyeli hutan dan rebung. Aku ni sampai kena Google apa benda nyeli tu sebab pertama kali tau pasal makanan ni (sejenis barli hutan). Terlalu eksotik menu ni sampai aku anak Sarawak pun tak kenal nyeli hihi. Anyway, food presentation memang sangat on point tapi dari segi rasa bagi aku tak berapa menepati anak tekak. Mungkin sebab aroma rebung tu agak kuat. Mungkin sebab dabai dan lamb rack tak serasi. Kesimpulannya menu ni terasa agak pelik di lidah aku.


Ruai House of Sarawak
Lamb rack with dabai crust

Hidangan seterusnya ialah sentuhan moden kepada menu tradisional Sarawak iaitu udang dengan terung asam / terung Dayak. Aku ingatkan menu ni berkuah sebab selalunya kombinasi dua bahan ni menghasilkan menu sup udang dengan terung asam. Tapi bila hidangan ni sampai dekat meja kiteorang, aku terkejut tapi impressed dengan cara dieorang mengubah menu ni - terung asam dijadikan puri dan udang pulak dibakar.


Ruai House of Sarawak
Udang XL dihidangkan dengan puri terung Dayak dan keropok udang

Sayangnya udangnya kurang segar jadi isinya agak lembik dan tak manis. Otherwise, bagi aku boleh tahan jugak rasanya. Sarawak reimagined? Oh yes. Rasa? So-so.

Untuk nasi, ada 2 pilihan iaitu nasi putih biasa dan nasi pesto ditabur dengan daun ubi. Aku pesan nasi pesto ni. Sedap.

Ruai House of Sarawak
Nasi dengan pesto dan daun ubi goreng

Khayla taknak makan nasi jadi dia pesan mee kolok yang dihidangkan dengan wagyu panggang dan daging ayam cincang. Katanya sedap cuma agak kering sebab tak de sup (dia dah biasa makan mee kolok dengan sup).


Ruai House of Sarawak
Mee kolok dengan wagyu panggang dan daging ayam cincang

Terakhir sebagai penutup hidangan, kiteorang cuba jugak pemanis mulut di sini iaitu three layer milk tea (mousse berperisa teh susu dengan agar-agar gula apong, serdak biskut dan semacam ada sirap pandan di lapisan bawah sekali). Yang ni anak-anak aku suka sangat. Siap request nak second helping 😅. Kreatif betul chef ni buat dessert berasaskan teh 3 layer (minuman yang popular dari Sarawak). Yang ni memang tak dinafikan lagi betul-betul 'Sarawak reimagined' ye hehe.


Ruai House of Sarawak
Three layer milk tea

Alhamdulillah, makanan kebanyakannya kena dengan tekak, suasana dan vibe dalam restoran pun chillax dan eksklusif dan paling best, adik ipar yang belanja hihi. Terima kasih adik ipar, harap-harap dia suka la makanan Sarawak sebab dah berjodoh dengan orang Sarawak kan haha. Semoga dimurahkan rezeki adik ipar aku tu!


Ruai House of Sarawak
Gambar muka happy lepas makan 😄

Post a Comment

29 Comments

  1. Memang nampak exclusive tempat ni. And the food pun semuanya menarik. Baca review sis ni macam tengah dengar komen Juri MasterChef pulak 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PH. Ala2 tempat fine dining. Harga pun boleh tahan, alhamdulillah orang Singapore belanja hihi. Makanan dia betul2 mengikut tagline 'Sarawak reimagined' tapi ada yang kita suka ada yang tak berapa kena di tekak.

      Delete
  2. Ayam pansoh tu makan jiran sebelah ni bagi.. dia masak sendiri, ada pucuk ubi dalamnya.. tak tau laa menu asli atau dia dah ubah, tapi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kot tapi mungkin dia masak dalam pressure cooker bukan dalam buluh je. Kalau masak dalam buluh lagi naik aromanya. Sedap!

      Delete
  3. Uishhh tempatnya pun eksklusif ni Carneyz. Sayur midin tu mirip pucuk paku ya Carneyz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Sis Ezna. Tempat ni bersambung dengan restoran Saudagar dgn Banglo 289 dekat Pejabat Pos Besar Lama sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad. Vibe mcm zaman kolonial dulu hihi.

      Sayur midin dgn pucuk paku dari keluarga paku-pakis: https://says.com/my/eats/pucuk-paku-and-midin-are-not-the-same

      Delete
  4. Manok pansoh sedapnya. First time (first trip) makan di Kuching 2 tahun lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manok pansoh mmg sedap kak Mulan, lagi2 yg dimasak dalam buluh ikut cara tradisional 👍🏻

      Delete
  5. Replies
    1. Laksa Sarawak paling sedap di Dapur Sarawak. Kat Secret Recipe skrg pun dah ada laksa Sarawak cuma versi yg dah modified tapi kuah laksanya still sedap 👍🏻

      Delete
  6. baca ni teringat2 pulak kat my Sarawakian lawyer di office lama. Memang rajin masak menu Sarawak pastu kita makan sama-sama kat pantry. Manok pansuh tu pun dia pernah buat juga (betapa gigihnya kawan yang sorang itu sebab payahkan nak cari sarawak food kat semenanjung). lagi satu yang dia buat tu ammi lupa namanya, kacamma ke apa ntah... sangat sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. tu ayam kacang ma Ammi. Memang sedap. Biasa orang buat untuk makanan berpantang.

      Delete
  7. nampak sgt exclusive! food presentation pun tip top ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. Rasa macam makan kat fine dining restaurant 😄

      Delete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah, semoga murah rezeki adik ipar yg belanja tu 🤲🏻

      Delete
  9. mee kolok dgn wagyu...sedap tgk....sayur midin fav bila akak outstation sabah & swk...padahal bkn pencinta sayur tp bole makan..ekslusif restorannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayur midin ni kiteorg suka bila tumis belacan. Dah bagi feedback kat restoran sebab sayang pulak midin ni sedap tapi hidangan dieorg tak menggambarkan kesedapan sayur midin tu

      Delete
  10. Mmg chef dh r&d betul² ya.. menarik, presentation pun eksklusif.. tp mun org x pernah mkn yg ori mmg pelik sikit kali.. mcm kita tok dah tauk rasa cuma bila diimprovise kita boleh nilai gik samada approved or not.. hehehe... kmk rs nektok swak mmg tgh nk up dabei lah rasanya... air borneo pun serve nasi dabei bah... mcm resto ya tek keropok pun keropok dabei, mcm byk jak menu ada berdabei.. mst mahal sigek² menu ya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, nang antap menu2 di sitok. Harga pun antap juak hahaha!

      Delete
  11. wahhhh menarik tu! mi kolok dgn wagyu panggang!
    nmpk nya kalau betul2 nak rasa mknn sarawak kitye dah ada pilihan baru laa ya esp dlm area KL ni
    best best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya prefer mee kolok ada sup. Yang ni mee kolok kering versi premium ada daging wagyu hehe

      Delete
  12. Saya sampai cari di google utk lihat menu lengkap dan price dia. Masih okelah 👍👍👍. Berarti nanti Dec akan saya datangi juga dengan Raka 😍😍😍. Menariiiiik presentasi makanannya.

    Ayam pansuh itu saya sering dengar juga, Krn di Pontianak Kalimantan pun ada Dayak IBAN komunitas juga. Sehingga ayam pansuh ini populer sangat di sana. Cuma tuhlaah, saya dengar dan baca saja, tak pernah coba langsung .

    Tak sabaaar nak coba rasanya 😍😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam pansuh tu kamu harus coba Fann, ini mmg kami semua setuju rasanya mantap dan asli 👍🏻 kerana kamu suka jukut goreng, jadi saya recommend jugak sayur cangkuk manis telur itu. Tapi alamak, kamu tak suka telur kan? 😅

      Delete
  13. hamachi macam nama jepun pulak.menarik betul menu tradisional sarawak yg dimodenkan. tapi rasa aslinya tetap tak hilang. kecur air liur tengok makanan yg saya tak pernah cuba rasa ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mazni, canggih kan nama menu ni 🤭. Bila akak Google rupa2nya hamachi tu ialah ikan selar dalam bahasa Jepun. Maksudnya dia guna ikan selar utk buat hidangan umai ni hehe.

      Delete
  14. Ini makanan fine dining. Selalu tengok cef ubah makanan jadi mewah. Hehe cuma jenuh ada manual cara hendak makan.

    ReplyDelete
  15. Persembahan sajian makanan yang unik kreatif..

    ReplyDelete
  16. Maaf Blogger Carneyz ni orang Sarawak ke?

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .