Dating Dengan Mama Zharfan di Cafe Chef Wan @ KL East Mall

Salam Khamis semua,

Semalam aku ajak someone keluar dating waktu lunch. Siapakah? Jeng... jeng... jeng!

.

..

....

It's Dr. Suzi @ Mama Zharfan! 😃

Alhamdulillah, ni kali ketiga jumpa dengan MZ. Aku ajak keluar lunch sesama sebab aku nak bagi hadiah top commentator dekat dia. Kiteorang berjanji nak jumpa pukul 1 tengahari di Cafe Chef Wan @ KL East Mall lepas aku hantar Khadeeja ke sekolah.

Bila aku sampai 5 minit sebelum pukul 1 tengahari, rupa-rupanya MZ dah tunggu di luar restoran. Dia datang seorang je sebab Zharfan ada kelas katanya.


KL East Mall
Posing depan logo Chef Wan. Ye, ye aku tau nampak gemuk dah sekarang 😜 Ni semua salah Bandung! Eh, Jakarta! Eh! (salah diri-sendiri tak jaga makan huhu).

Lepas duduk je, teruslah aku hulur hadiah kat dia. Tapi... tapi.... tapi kannnn......

Gais, ni yang buat aku lemahhhh tau dengan kawan-kawan blogger sekalian, sebab rata-rata yang aku jumpa semuanya pemurah dan baik-baik belaka. Niat aku ajak jumpa nak bagi hadiah top commentator dekat MZ, sekali MZ pun bawak hadiah jugak untuk aku! 🤣 Pastu hadiah dah la sama dengan apa yang aku beri kat dia hahaha! Adeh, ni siapa top commentator sebenarnya? 😅 Terima kasih banyak-banyak MZ, semoga dimurahkan rezeki MZ sekeluarga, Ameen YRA 🤲🏻.

Dah bertukar hadiah tu, kiteorang pun terus order makanan. Untuk starter, kiteorang kongsi cucur udang yang famous tu. MZ recommend aku cuba mee rebus Cik Ani. Dia pulak pesan laksa Johor. Untuk minuman, aku pilih blue lychee dream dan MZ pulak pilih asam boi pineapple.

Ni la makanan yang kiteorang pilih tadi:


Cafe Chef Wan @ KL East Mall
Cucur udang Chef Wan - besar jugak udangnya dan paling penting dah siap kopek! Cucurnya rangup di luar tapi lembut di dalam. Makan pulak dengan kuah sate dan sos cili homemade yang padu. OK, memang patut ramai orang suka cucur udang kat sini.

Cafe Chef Wan @ KL East Mall
Blue lychee dream - blue lagoon syrup dengan lychee fruit mix dicampur dengan air kelapa dan perahan limau. Dalamnya ada jeli lychee dan daun mint. OK la sedap la jugak tapi kalau tambah sparkling water mungkin lebih segar rasanya. Yang sebelahnya tu ialah asam boi pineapple. MZ kata sedap.

Main course kami. Portion nya besar ok. Terbeliak mata tengok mangkuk mee rebus ni sama besar dengan muka aku! 🤣 Nasib baik aku tengah lapar sebab breakfast awal pagi (hari ni breakfast kat rumah je so macam biasa, buat telur separuh masak 2 biji dengan roti sapu mentega).


Cafe Chef Wan @ KL East Mall
Mee rebus Cik Ani - legit sedap. Kuahnya tak terlalu pekat dan tak terlalu cair, ada rasa manis-manis sikit. Daging rebusnya empuk dan tekstur mee kuning tu pulak kenyal. Overall, menu yang aku boleh repeat lain kali kalau ke sini lagi.


Cafe Chef Wan @ KL East Mall
Laksa Johor - aku cuma boleh komen presentation je la. Nampak menarik sebab garnishing semua cukup lengkap. 

Aku pernah makan laksa Johor Chef Wan di KLIA dan di IOI Putrajaya, bagi aku dua-dua kuahnya agak cair. Tapi MZ kata kuah laksa Johor kat sini tak cair. Jadi mungkin lain kali boleh cuba laksa Johor di cawangan KL East Mall pulak.


Cafe Chef Wan @ KL East Mall
Tak sah kalau berjumpa dan tak ambik gambar bersama kan? 😅

TQ MZ, sudi meluangkan masa dating dengan I hari ni. Seronok berborak sambil makan dengan MZ, macam-macam topik yang keluar especially topik family dan travel. Tau-tau dah pukul 2.30 petang dan dia kena rush ambik Arif (anak no. 2) di sekolah. Aku saja la pilih outfit pinkish hari ni sebab MZ ni peminat pink.

Anyway, ni la hadiah yang MZ bagi kat aku (dah terbalik kan, aku pulak yang dapat hadiah 😜). Lurveee pewangi dari Lovely Lace (MZ ni macam BFF dia Sis Ezna, suka bauan Lovely Lace!) dan this cute wooden tulip warna purple, my favourite colour 😍. Jauh datang dari Keukenhoff tu, dengan paperbag lagi. And of course, thank you for hadiah telekung travel in purple jugak hihi. Hopefully MZ pun suka hadiah yang aku bagi kat dia 🫶🏻.


telekungtea
Lovely gifts dari MZ 🥰

keukenhoff
Letak dalam kabinet display di bilik study

Nota kaki: Alhamdulillah atas rezeki sahabat-sahabat yang baik 🥰.

Post a Comment

3 Comments

  1. merai top komentar..sama2 plak dpt adiah ye telekung tea....suka laksa johor kt chefwan...cucur tu pn sedap tp mkn berdua aritu tk abis juga sbb menu utama portion besar

    ReplyDelete
  2. i semlm tak bukak lappy, so pagi ni bangun awal terus publish entry hahah semangat gitu. tq tau for all the gifts, love them so much!! i dh guna shower gel rituals tu pg ni...made in netherlands tuuu...patutlah botolnya corak mcm sama dgn my tumbler yg i beli kat amsterdam (themed biru putih)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Seronok tgk ikatan ukhwah yg terjalin rakan2 blogger ni
    Murah rezeki hendaknya semua

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .