Di Mana Boleh Dermakan Beg Kertas Terpakai di Kuala Lumpur?

Korang mesti selalu beli barang lepas tu dapat beg kertas kan? Macam aku, kat rumah ni dah bertimbun beg kertas dalam kabinet. Tahun lepas masa mengemas kabinet, aku asingkan beg kertas yang lawa dengan beg kertas warna coklat yang kosong tu je. Yang lawa tu aku simpan buat letak hadiah kat orang ke, atau bekas nak hantar makanan kat jiran ke. Silapnya beg kertas warna coklat kosong tu aku buang sebab dah takde ruang nak simpan kat dalam kabinet huhu...

Sepatutnya beg kertas tu aku hantar ke klinik kesihatan untuk didermakan. Sebab kat KK tak bagi beg kertas macam kat hospital swasta, jadi beg kertas ni boleh la digunakan untuk bawak pulang ubat-ubatan pesakit yang lupa bawak beg kertas / beg guna semula.


The Campus Ampang
Aku takde gambar dekat KK, jadi aku tunjuk gambar paperbag derma luar kedai alatulis di The Campus Ampang yang aku ambik tempoh hari

Ni senarai tempat sekitar KL / Selangor yang korang boleh hantar beg kertas yang tak digunakan lagi untuk dikitar semula:


Stesen ReBag, Pavilion KL 


Pavilion KL
Boleh tinggalkan beg kertas terpakai atau ambil beg di ReBag Station yang terletak di Aras 1 (berhadapan Food Merchant) (Kredit imej: Pavilion KL)

Klinik Kesihatan Kerajaan (bahagian farmasi)

Boleh terus ke bahagian farmasi untuk menyerahkan beg kertas bersih yang tidak renyuk sebagai pengganti plastik ubat:

Terletak di PV 128, Danau Kota, pusat ini beroperasi sebagai komuniti derma dan pertukaran barang terpakai (Dibuka Sabtu hingga Rabu). 



Kempen Bag It Forward

Kalau berdekatan kawasan Petaling Jaya, boleh letakkan beg di rak khas di 1RECYCLING CENTRE di 1Utama Shopping Centre:


Post a Comment

2 Comments

  1. Tq² for the info. Mmg simpan je selama ni for re-use bagi yg masih elok. Yg dah renyuk sll hantar ke recycling center dgn kertas²

    ReplyDelete
  2. oh ada tmpt utk derma ye...yela bila kemas2 mmg byk paperbag kt umah..simpan dlm kotak tp bila dh byk semak plak haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .