Bersangka Baik Dengan Rezeki Allah

Salam Jumaat kawan-kawan,

Aku nak cerita tentang sesuatu. Konsep percaya rezeki Allah. 

Pernah baca tak tentang seorang lelaki tua yang hidup di zaman Nabi Musa A.S.? Lelaki tua ni sibuk berzikir kepada Allah SWT tapi fikirannya sentiasa tak tenang mengenangkan rezekinya cuma sebuku roti setiap hari.

Jadi dia menemui Nabi Musa A.S. memohon baginda untuk bertanyakan kepada Allah tentang rezekinya. Selepas Nabi Musa A.S. bertanya kepada Allah, ternyata jawapan yang diterima ialah Allah telah menetapkan bahawa rezeki lelaki tua ni ialah sebuku roti setiap hari sepanjang hayatnya.

Lelaki ni pun berasa gembira sebab dia dah tak perlu bimbang tentang rezekinya akan terputus. Jadi bolehlah dia fokus kepada ibadahnya.  Disebabkan tu jugak, dia dah tak fokus kepada makan dan minum, sampaikan sebuku roti pun dia tak dapat nak habiskan. Roti yang tak dapat dihabiskan tu diletakkan di sebuah padang dan menjadi makanan haiwan gembalaan.

Selepas beberapa tahun, Nabi Musa A.S. melalui kawasan lelaki tua tu lagi dan mendapati kawasan tu telah menjadi sebuah taman yang subur dengan tanam-tanaman dan haiwan ternakan. Nabi Musa A.S. kemudian mendapat tahu semuanya milik lelaki tua tersebut. Baginda terkejut sebab yang diketahuinya ialah rezeki lelaki tua tersebut ialah sebuah buku roti sehari, tapi lelaki tua tersebut mampu memiliki lebih banyak dari sebuku roti yang tertulis untuknya.

Dekat sinilah pengajarannya ialah apa yang dimiliki lelaki tua tersebut ialah asbab kepercayaan penuhnya dengan rezeki Allah. Dia percaya Allah akan memberi rezeki kepadanya setiap hari, sehingga tumpuannya beralih dari kebimbangan sama ada rezekinya akan mencukupi kepada mensyukuri nikmat rezeki yang diterimanya setiap hari. Kerana rasa syukur dan kemurahan hatinya berkongsi rezekinya, maka Allah telah memberikan barakah dalam rezekinya sehingga dia memiliki lebih dari sebuah buku roti setiap hari.

Suatu masa dulu aku pernah berada di tempat orang tua tu. Maksudnya aku sentiasa risau rezeki aku ni cukup ke nak bayarkan hutang, nak tampung kehidupan seharian dan sebagainya lagi-lagi masa tu Suami Terchenta baru je lepas operate jantung dan tak dapat bekerja. Setahun lebih jugak la aku jadi sole breadwinner untuk keluarga sementara Suami Terchenta pulih. 



Masa tu gaji aku baru masuk dan lepas bayar loan rumah, loan kereta dan bil-bil segala bagai, aku tenung baki gaji aku tu sambil berfikir cukup ke sampai hujung bulan ni? Tapi lepas tu aku terus berkata dalam hati - takpe Carneyz, kalau tak cukup kita mintak dengan Allah. Tup-tup bulan tu company bagi bonus untuk safety performance (unexpected), kakak belanja makan dan tau-tau dah hujung bulan dan duit aku masih lagi berbaki dalam akaun bank. Eh, tak sempat nak mintak Allah top-up kan 🤭. Asbab bersangka baik andai tak cukup, Allah akan cukupkan. Dia Maha Mendengar dan Dia bagi la rezeki yang tak tersangka masa tu. Alhamdulillah.


ÙˆَØ¥ِذْ تَØ£َذَّÙ†َ رَبُّÙƒُÙ…ْ Ù„َئِÙ† Ø´َÙƒَرْتُÙ…ْ لأَزِيدَÙ†َّÙƒُÙ…ْ

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (QS. Ibrahim: 7)


Post a Comment

0 Comments