Khadeeja dah banyak kali request nak buat playdate dengan BFFs dia masa kat sekolah rendah dulu kat rumah kiteorang. Tapi aku letak syarat dulu - kena do well in her exams dan takde subjek yang gagal. Alhamdulillah, dia lulus dalam peperiksaan dan sebagai menunaikan janji, aku pun arrange playdate untuk dia dan kawan-kawan. Nampak senang je kan nak buat playdate tapi renyah jugak tau lagi-lagi bila duduk kondo sebab kena register visitors yang datang 😅. Lepas tu kena check availability setiap seorang, kadang-kadang ada yang tak dapat datang sebab ada hal lain minggu tu. Antara dieorang semua, Khadeeja yang duduk paling jauh dari rumah BFFs dia. Sebab tu aku agak keberatan nak buat playdate selalu sebab taknak menyusahkan parents BFFs dia nak hantar dan ambik dieorang pulang.
Sabtu lepas, she finally got her wish. Alhamdulillah weekend lepas semua BFFs dia datang buat reunion kat rumah kiteorang hihi. Bila dah berjumpa tu tau-tau je la, gamat la rumah dengan gelak ketawa dan eh, budak-budak zaman sekarang kalau bercakap memang menjerit-jerit ye? 😆.
Dalam group, aku dah mention aku akan pesan pizza untuk makanan tengahari dan donut untuk minum petang jadi budak-budak tu tinggal datang je tak payah bawak apa-apa. Ia ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri ye hihi. Sebab masing-masing bawak KFC, ayam Four Fingers dan brownies 😅. Sudahnya berlaku la lambakan makanan sampai aku tak payah memasak tengahari tu.
![]() |
| Disebabkan makanan banyak dan budak-budak tu pulak tak makan sangat, maka aku pun letak dalam bekas container plastik makanan yang lebih untuk dieorang bawak balik. |
Aktiviti dieorang cuma melepak sambil melukis dalam bilik Khadeeja. Cuma petang tu sebelum dieorang pulang, aku tanya nak pergi games room ke tak? Masing-masing laju je cakap nakkkk! Dah bosan melukis la tu hihi.
Kondo kiteorang ni ada kemudahan mesra keluarga, salah satunya ada bilik permainan. Dalam bilik ni ada meja snooker, dart, permainan arked dan foosball. Boleh je sebenarnya aku bawak dieorang dari pagi kat sini tapi aku malas sebab nak masuk sini kena ada orang dewasa yang supervise sepanjang masa. Kalau ada bola snooker / foosball / dart yang hilang, nanti tak pasal-pasal aku pulak kena ganti. Jadi bawak dieorang petang-petang sikit sambil tengok dieorang bermain.
![]() |
| Main kungfu fighter dekat permainan arked |
![]() |
| Dah lenguh-lenguh tangan menekan butang permainan arked, dieorang beralih pulak ke permainan foosball. Yang ni syok sebab ada 2 lawan 2. Dieorang main sampai 4 round sebelum pulang. |
Sehari suntuk dihabiskan oleh Khadeeja dan BFFs bermain di rumah ni sebelum parents masing-masing call cakap on the way nak ambik dieorang. Anyway, seronok tengok Khadeeja happy dengan BFFs dia. Aku tau dia rindu sangat dengan dieorang sebab semua dah bawa haluan masing-masing (2 orang BFFs dia bersekolah di sekolah antarabangsa, seorang lagi homeschooled dan Khadeeja pulak di sekolah menengah kebangsaan). Semoga persahabatan dieorang kekal akrab sampai ni sampai dieorang dewasa kelak, Insha Allah.



0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .