Salam Jumaat kawan-kawan,
Korang pernah tak mengalami pisau tumpul walaupun dah asah banyak kali guna batu pengasah? Tu la yang aku alami sejak kebelakangan ni. Sampai naik fed up aku, dah macam-macam pengasah pisau dari batu pengasah ke alat pengasah pisau yang aku beli kat Shopee yang aku guna untuk asah pisau dapur tapi tetap la tak tajam jugak.
Jadi semalam aku pun decide nak hantar pisau-pisau kat dapur ni ke kedai asah pisau professional. Bila aku Google, ada satu tempat ni tak jauh dari rumah iaitu di PPR Batu Muda. Apa lagi terus aku contact nombor kedai tu dan pergi hantar pisau-pisau aku ke sana.
![]() |
| Pisau sebelum dihantar - memang nampak nau tumpul dan dull |
Disebabkan kedainya dalam kawasan PPR yang memang sedia maklum susah nak parking, jadi aku pun naik motor je ke sana. Boleh je sebenarnya pesan Lalamove hantarkan pisau ke sana tapi aku saja nak tengok kedainya macamana. Jadi lepas hantar Khadeeja ke sekolah, terus merempit ke PPR Batu Muda.
![]() |
| Inilah kedainya. Tapi masa aku sampai tu, owner kedai tengah hantar anak ke sekolah jadi dia suruh aku drop off pisau di kedai runcit hujung |
Petang tu dia mesej dah siap jadi aku pun pergi ambik pisau-pisau yang dah diasah ni. Sampai di kedai, owner tu siap demo lagi pisau potong kertas. Memang tajam ye hasilnya. Puas hati aku!
Harga sangat berpatutan sebab sebelum ni aku pernah tanya dekat satu IG ni which is sebilah pisau tu dia letak harga RM35 untuk pisau bawah 12 inci. Untuk pemotong daging lain pulak harganya.
Kedai yang aku pergi ni dia caj RM2 seinci untuk pisau bawah 6 inci dan RM3 seinci untuk pisau lebih dari 6 inci. Untuk pemotong daging pulak dia caj RM4 seinci. Jumlah aku bayar untuk 2 bilah pisau pemotong daging dan 2 bilah pisau dapur ialah RM76 je.
Owner tu siap kongsi tips penjagaan pisau untuk memastikan pisau tak cepat tumpul:
- Jangan simpan pisau berlonggok dalam laci sebab bila besi bertemu besi nanti cepat tumpul. Simpan di tempat khas / berasingan atau lapikkan dengan kain.
- Guna batang pengasah setiap kali sebelum guna pisau. Asah 4-5x je dah cukup. Amalan ni akan memastikan pisau kekal tajam.
- Pastikan batu pengasah rata bila nak asah pisau. Batu pengasah yang dah berlekuk tak sesuai untuk mengasah pisau.
![]() |
| Berkilat pisau-pisau aku lepas diasah! Pisau-pisau ni dia balut dengan clingwrap sebab taknak berlaga besi dengan besi sebelum dibungkus dalam surat khabar. |
Kalau korang mencari servis mengasah pisau, aku recommend korang pergi kedai dia:
Alamat: A-00-10 Kedai PPR Batu Muda, Jalan 1/2, Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur.
Masa Operasi: 10 pagi - 5 petang (telefon dulu sebelum datang)
Nombor telefon: 012-623 4567 (Encik Is)
P/S: Boleh guna perkhidmatan Lalamove untuk menghantar dan mengambil pisau-pisau di sini sebab bayaran boleh dibuat melalui QR atau bank transfer. Selain pisau, boleh hantar gunting dan jugak mata pengisar / food processor ke sini.



38 Comments
Best juak ada servis gia sinun... apa jak boleh polah duit, bkn susah pun.. tp tok nang level pro dah.. best ada... mun sitok antar umh mak jak kali, ahahaha... sbb bapak kmk nang suka ngasah pisok, pisok umh mak nang nipis jak ne ndak tiap kali nk makei nya mesti ngasah dolok... ne ndak mak ngerepak mun bermasak umh kmk pisok x setajam umhnya.. umah nya ada bapak ngasah bah, mun nya dikpun xda juak nk ngasah.. haha
ReplyDeleteBest la mak kitak sentiasa tajam pisok di rumah hehe. Kmk dah lejuk mala jak pisok tumpul pakai sekali dua dah tumpul. Mujur ada servis gitok dekat2 area rumah tok. Semalam potong serai arumbulak kedak potong kuih nang tajam mata pisok lekak diasah ya 😆
Delete1st time tau ada tmpt utk asah pisau...tula bila rasa tumpul pisau beli baru
ReplyDeleteAda kak. Google je mesti banyak yg keluar area akak. Biasanya musim raya haji dieorg bukak booth dekat masjid2 sbb nak memudahkan kerja2 melapah daging.
DeleteVery informative, tq sis. Selama ni tak pernah tahu ada service ni. Tak jauh juga dari SG, nanti nak pegi hantar jugaklah. Parang kebun kitorg tumpul yakmat 😅
ReplyDeleteSama2. Puas hati dgn servis En. Is ni. Potong cili smooth je. Kerat serai pun senang effortlessly hehe. Jgn lupa call dulu sblm hantar.
DeleteSemoga Puan Karni akan lebih rajin memasak selepas pisau ini sudah di asah dan menjadi tajam.
ReplyDeleteInsya Allah. Sblm ni terbantut sikit mood bila pisau asyik tumpul hehe
Deletesyukran for the tips...seronok memotong guna pisau tajam..
ReplyDeleteSama2 kak Nohas. Memang syok LA petang smlm prepare bahan2 masakan guna pisau yg dah tajam 😍
Deletex penah buat service ni...
ReplyDeletekompem yg no 1 tu ramai buat sebelum ni...
pantang rupanya yaaaa
Ya katanya bila asyik berlaga besi dgn besi tu yg bagi cepat tumpul.
DeleteBerkilat pisaunya, cepat kerja memotong nanti.
ReplyDeleteSaya pun kagum sbb tak pernah lagi tgk pisau2 saya berkilat sebelum ni 🤣
Deleteselalu pisau memang linda letak dalam tempat pisau...sebab dekat rumah takde pun pisau besar2 dan lebar macam carneyz punya tu..kalau parang, memang duduk dalam sarung dia.. hebat la merempit serata KL.. linda nak hala ke bulatan batu caves pun seram.. hahaha
ReplyDeletePisau pemotong daging tu tak muat letak dekat tempat pisau dalam laci ni. Sudahnya saya baringkan tapi bertimpa la dgn senduk besi segala bagai. Tu yg cepat tumpul kot
DeleteDekat Jb ni pun ada juga tapi lupa kat mana.. so far Sis asah sendiri pisau guna batu asah.. memang betul tips dia semua tu haa.. sebab itu ada jual tempat letak pisau hehehehe .. hati-hati Junn, pisau sudah di asah hahahahaha
ReplyDeleteNi dah tahap tak boleh asah sendiri, asah sekali dua je boleh pakai pastu tumpul balik. Tu yg hantar gi kedai asahkan puas hati pisau lama dan tumpul jadi tajam dan berkilat!
DeleteWah keren juga, baru tau saya kalau ada jasa khusus untuk mengasah pisau macam ni.
ReplyDeleteMaklum lah, saya biasa pakai pisau murah, beli dari shopee. Jadi kalau sudah rusak, langsung lah dibuang, hahahaha
Sama.. pisau2 saya beli di pasar malam tak pun dapat percuma kerana beli periuk 😅
Deletebaru tau ada service macam ni.ada beberapa bilah pisau rumah ni yang dah putus asa nak di asah. beli pelbagai jenis pengasah tetap tak mau tajam
ReplyDeleteHaah saya la tu putus asa terus hantar gi kedai je asahkan 😆 puas hati walaupun kena keluar belanja sikit. Insha Allah tahan lama tajam tu sbb dia asah guna mesin
DeleteBaru SA tau ada service macam ni rupanya...SA xde masalah macam ni sebab PZ pandai asah pisau..
ReplyDeleteBestnya ada PZ tolong asahkan pisau di dapur 😅
DeleteLaaaa dkt je ngan rumah hahaa tp kita pun malas nya nak mengasah.. nnt bole.la try g situ
ReplyDeleteYa dekat je Kak Ret. Nak hantar guna Lalamove pun tak mahal sgt harganya 🤭
DeleteWaaa siyes tak tahu ada service asah pisau.thanks for sharing!! Boleh try nanti
ReplyDeleteYou're welcome! Kalau dah asah sendiri tak tajam2 jugak boleh la cuba servis asah pisau professional
DeleteSayapun sesekali bawa pisau ke pengasah pisau. Tp di sini biasanya mereka jual jasa di jalanan, dan terkadang datang dari 1 rumah ke rumah. Kalau kebetulan datang ke rumah, pasti saya minta terus utk asah pisau2 saya. Memang lebih bagus guna jasa mereka ini .
ReplyDeleteTp dari sini saya jadi tahu tips menjaga pisau tajam
Sebenarnya ada yang menawarkan servis ini dari van yang parkir di tepi jalan tapi semuanya jauh dari lokasi rumah saya. Tapi lain kali saya akan hantar guna perkhidmatan hantar barang je ke kedainya, kerana jaraknya tak terlalu jauh dari rumah saya.
Deletefirst time tahu adaorang buat servis asah pisau ni :D terus nampak mcam pisau baru beli kat shopee!
ReplyDeleteYe Mazni, berkilat pisau lepas diasah dah macam pisau baru!
DeleteBaru tahu tidak boleh longgok pisau sesama sebab besi. Haha ada berlonggok pisau yang tidak guna dalam laci kabinet.
ReplyDeleteHaha, owner kedai tu la cakap nanti pisau cepat tumpul. Jadi skrg saya lapik dgn kain baru simpan dalam laci.
DeleteTakut sebenarnya kalau pisau tajam sangat, sebab trauma arwah ayah dulu tak boleh terluka sebab diabetic. Tapi kalau pisau tumpul sangat, mula stress kat dapur hehe
ReplyDeleteSaya la tu, selalu stress kat dapur sebab pisau cepat tumpul hihi
Deleteoh baru tau pisau takleh longgok sekali. Haritu masa beli set pisau Dessini tu ada dapat pengasah batang tu tapi tak reti nak guna dan maknanya batu asah kat rumah ammi tu mmg dah layak di campaklah ye...memang dah melengkung dah pun
ReplyDeleteHaha, itu yg owner kedai tu kongsi tips kat saya la. Batu asah kat rumah saya pun dah nipis kat tengah jadi memang kena beli batu asah baru la nampaknya. Setakat ni puas hati sangat pakai pisau lepas asah di kedai ni sebab memudahkan kerja2 kat dapur.
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .