Kisah birthday staycation bersambung dari SINI.
Aku tempah bilik ni sekali dengan buffet breakfast. Seawal jam 7.30 pagi lagi kiteorang dah turun breakfast sebab nak avoid crowd (selalunya orang ramai turun pukul 8 ke atas).
Breakfast disediakan di restoran The Brasserie. As usual, the breakfast spread does not disappoint. Tapi kalau bandingkan dengan pilihan breakfast di Le Meridien KL, lagi banyak option di Le Meridien KL. Cuma di sini ada sesuatu yang istimewa. Apa dia tu? Nanti baca sampai habis ye 😄.
 |
| Suasana dalam restoran The Brasserie |
Selepas staff hotel bawak kami ke meja, kami ditanya minuman panas yang nak dipesan. Aku pun pesan kopi susu, Suami Terchenta pulak nak Earl Grey Tea dan anak-anak pesan susu panas. Sementara menunggu minuman sampai, kiteorang pergi tengok pilihan makanan yang ada:
 |
| Pastries - muffin, donut pelbagai perisa, tart, croissant, pain au chocolat. Dekat sebelahnya roti bakar |
 |
| Jus yang diperah segar. Yang dalam shotglass tu ialah virgin asam boi mary (jus tomato yang dicampur dengan jus limau kasturi, paprika, asam boi, lada hitam Sarawak dan cili padi) |
 |
| Kuih Malaysia (sebelah kiri yang manis dan sebelah kanan yang savoury) |
 |
| Nasi lemak dengan sambal dan rendang daging |
 |
| Ada lauk-pauk jugak |
 |
| Ni kegemaran aku - porridge station. Sebelahnya pulak hidangan rebus (mihun sup, mee rebus etc.) |
 |
| Stesen kopitiam (roti bakar, telur separuh masak, dimsum etc.) |
 |
| Continental breakfast - sosej, beef bacon, hash brown, baked beans, grilled tomato etc. |
 |
| Grilled meat station |
 |
| Ni stesen kesukaan semua - egg station |
 |
| Yoghurt & muesli |
 |
| Antara makanan yang aku ambik. Almond croissant tu sedap! |
Macam yang aku cakap tadi kat sini ada sesuatu yang istimewa. Apa dia? Haa... dekat sini dieorang ada curated breakfast experience. Ramai yang tak perasan atau ingat ni tak termasuk dalam pakej buffet breakfast kat sini. Tapi sebenarnya it's part of the breakfast buffet.
 |
| Berbeza dengan makanan lain, yang ni cooked to order |
Sebagai seorang blogger, haruslah aku mencuba supaya dapat cerita kat blog hidangan mana yang sedap ðŸ¤. Walaupun perut dah kenyang giler masa ni. Jadi aku pun order The Brasserie Steak & Eggs dan Canadian Lobster with Eggs. Kita kan mak datin wannabe, nak makan steak dan lobster untuk sarapan pagi! 🤣
 |
| The Brasserie Steak & Eggs |
 |
| Canadian lobster with Eggs |
So antara dua ni yang mana satu berbaloi untuk dicuba? Semestinya la steak & eggs tu. Steak yang dihidangkan ialah angus steak. Sedap sangat, juicy, lembut dan well-seasoned. Memang fefeeling mak datin la bila makan steak pagi-pagi ni 🤪.
Yang satu lagi tak rasa sangat la lobster nya tu. Suami Terchenta gelakkan aku bila aku bagitau expectation aku ada seekor lobster terhidang atas pinggan. Tapi nan hado. Memang isinya sikit sangat. Telur scrambled tu pulak masin. Memang takkan la pesan yang ni lagi lain kali 😅.
Overall makanan kat sini sedap dan memuaskan. Dari segi pilihan walaupun tak sebanyak di Le Meridien KL atau tak seeksotik di hotel Traders KL, tapi masih lagi menawarkan variasi yang menarik untuk semua pengunjung dari breakfast cereal, salad dan buah-buahan segar, pastries, continental breakfast sampai la ke Malaysian breakfast. Lebih menarik di sini ada curated breakfast menu yang menarik untuk dicuba dan sesuatu yang unik which aku cuma pernah jumpa di St. Regis. Kat Grand Hyatt pun takde.
Alhamdulillah atas rezeki-Nya.
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .