... seorang suri rumah.

Aku tak tau nak update apa pulak kali ni, jadi aku update je la apa yang aku buat semalam 😅. Mood blogging sekarang ni macam dah nak kelaut balik. Mungkin sebab cuaca panas sekarang jadi otak aku jammed sikit 😜.

Pagi kita mulakan dengan sarapan macam biasa. Breakfast memang aku selalu makan ringan-ringan je. Kalau Suami Terchenta ajak breakfast di kedai mamak, biasanya aku akan pesan roti kosong kuah kari ikan dengan telur separuh masak. Kalau dia busy ada meeting pagi tu, aku breakfast kat rumah. Selalunya telur separuh masak yang aku masak dalam air fryer. Semalam aku sarapan di rumah jadi telur separuh masak it is.


sarapan pagi
Telur separuh masak tapi terlewat nak keluarkan dari air fryer sudahnya jadi telur rebus versi lembik

Lepas breakfast dan menyetelkan urusan yang patut, aku sarung kasut sukan dan pergi brisk walk di Taman Tasik Titiwangsa. Alhamdulillah cuaca semalam agak redup dan tak panas sangat. Pusing keliling taman sampai la dapat 10 ribu langkah (6km). Pace aku agak laju semalam dapat 11'52"/km (laju bagi aku la hehe). Mungkin sebab pakai kasut baru yang Suami Terchenta hadiahkan tu sebab rasa ringan je kaki bila berjalan 🤭.


Apple Watch
Sejak sakit lutut, aku berhenti berlari dan buat brisk walk je sekarang ni. Janji keluar peluh kan? ✌🏻

Balik rumah, mandi dan berehat sekejap. Tengahari, aku hantar Khadeeja ke sekolah sebelum menuju ke Sunway Putra. It's time for another me-time, tapi kali ni aku pilih nak buat mani/pedi pulak 💅🏻. 


mani/pedi
Last buat mani/pedi ni bulan Mac kot. Aku buat jugak heel scraping dengan foot scrub, barulah betul-betul rasa kena pampered 🥰

Dah setel sesi me-time, time for lunch pulak. Tekak teringin nak makan ayam kat Nando's jadi aku pun masuk ke Nando's dan order menu favourite aku - quarter chicken bahagian thigh, dengan 2 sides - Mediterranean rice dengan edamame salad. Mula-mula tak plan nak order air tapi ternampak ada voucher RM5 off signature drink dalam apps jadi aku pun ambik sparkling apple ni. Tak pelah, satu ni je air manis untuk hari ni, pujuk aku dalam hati sendiri (aku tengah cuba cut air manis sekarang huhu).


halal food
Bon appetit! As usual ayam Nando's tak mengecewakan - juicy, moist & well-marinated.

Total damage untuk lunch ialah RM37.80. Alhamdulillah. Sekali-sekala kan?

Lepas makan tengahari, aku masuk ke Mercato grocery store untuk membeli barang-barang dapur.


Mercato
Ambik bakul je sebab tak banyak barang yang nak dibeli. Kalau betul-betul nak stock up barang dapur, biasanya kiteorang ke Ong Tai Kim sebab harga barang lebih murah kat situ.

Mercato
First time tengok ikan salmon Norwegian yang lengkap dijual di sini. Siapalah agaknya yang beli ikan salmon seekor macam ni? Nak buang tulang je dah jenuh.

Setel membeli barang-barang dapur, aku naik sekejap ke kaunter customer service sebab nak redeem flat parking RM2. Ni antara sebab aku suka ke mall ni i.e. bila belanja lebih dari RM60, boleh dapat flat parking RM2 untuk ahli Sunway.

Dalam perjalanan pulang, ingatkan nak ambik Khayla dari sekolah tapi rupa-rupanya dia dah sampai rumah dulu.

Hari ni lain pulak aktiviti. Pagi ni lepas hantar Khadeeja ke sekolah, aku ada appointment di KK. Lama betul ngelat tak pergi 😜. Semoga bacaan baik-baik aje.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.