Salam Jumaat kawan-kawan,
Semalam takde mood nak blogging gara-gara terhiris jari masa potong ayam di dapur untuk makan malam. Masa tu menyesal pulak tak mencarum SOCSO untuk suri rumahtangga (sempat ye terfikir pasal ni, ahaks!). Alhamdulillah darah berhenti sendiri selepas 10 minit walaupun agak dalam lukanya. Kalau tak, satu hal pulak kena dapatkan rawatan di klinik.
Anyway, jadi takde mood tu sebab aku asyik typo je bila tak dapat guna jari yang cedera tu nak taip kat keyboard 🥲. Bertabahlah Carneyz huhu... Kalau ada typo tu korang buat-buat tak nampak je la ye!
Ni dah ada mood nak cerita aktiviti semalam. Pagi semalam Suami Terchenta mintak aku yang hantar Khayla ke sekolah sebab dia nak sambung rehat lepas kerja lewat tengah malam. Alang-alang keluar hantar Khayla, aku pun sarung seluar trek dengan kasut sukan dan terus lajak ke Taman Tasik Titiwangsa lepas tu.
 |
| Jumlah langkah semalam setakat jam 8.30 malam |
Setel dapat cukupkan 10 ribu langkah, aku pun balik. Ingatkan nak pergi sarapan di restoran mamak dengan Suami Terchenta, tapi dia dah pergi ofis pulak. Maka aku pun buat sarapan kat rumah. Tengok bahan-bahan dalam peti sejuk, ada lebihan sambal sardin, daun salad dan telur. Whole grain wrap pun ada lagi ni. Jadi tercetuslah idea nak buat sardine omelette wrap:
 |
| Langkah 1: Pukul 3 biji telur, panaskan kuali dan letak sedikit minyak zaitun. Goreng omelette dalam kuali |
 |
| Langkah 2: Letakkan wrap atas omelette |
 |
| Langkah 3: Terbalikkan omelette dan wrap tadi. Kecilkan api. Letakkan sardin atas omelette |
 |
| Langkah 4: Letak daun salad atas sardin |
 |
Langkah 5: Lipat kedua-dua belah wrap ke tengah. Terbalikkan wrap
|
 |
| Langkah 6: OK, siap untuk dimakan! |
Alhamdulillah, kenyang sampai ke petang sebab wrap ni tinggi protein.
1 Comments
sedapnya kalau letak cheese sauce atau mayo ni bertambah sedap & bertambah kalori. hihihih
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .