Salam Isnin kawan-kawan,
Semalam anak-anak taknak ikut keluar makan tengahari jadi aku dan Suami Terchenta ambik kesempatan keluar dating ðŸ¤. Mula-mula nak pergi makan di Sunway Putra je iaitu di Rumah Makan Nusantara. Tapi bila aku Google, rupa-rupanya hari Ahad tak bukak. Jadi aku ajak Suami Terchenta ke restoran Betawi Indonesian Cuisine di TTDI sebab kakak aku pernah share IG reel pasal tempat ni dan makanannya nampak sedap-sedap. Restoran Betawi Indonesian Cuisine baru-baru ni dah dapat sijil halal JAKIM jadi moh ler kita cuba.
![]() |
| Restoran Betawi Indonesian Cuisine ni dah dapat sijil halal JAKIM baru-baru ni |
Alhamdulillah dapat parking betul-betul depan restoran. Tau je la TTDI ni susah jugak nak cari parking. Masa kiteorang sampai, rupa-rupanya restoran ni full house jadi staff restoran ambik nombor telefon Suami Terchenta dan bagitau akan call bila ada meja kosong. Disebabkan kiteorang diberi masa menunggu dalam anggaran setengah jam, jadi kiteorang pun pergi ke Luckin Coffee untuk lepak dulu. Dah pesan matcha latte secawan, tiba-tiba dapat panggilan ada meja kosong pulak. Airnya tak siap lagi 😅. Terpaksa la Suami Terchenta pergi ke restoran dulu sementara aku tunggu matcha latte siap. Dah la lama pulak tu nak buat airnya hurmmm...
![]() |
| Suasana dalam restoran Betawi Indonesian Cuisine |
Sebenarnya aku nak cuba sup buntut (sup ekor) dan nasi bakar Betawi tapi dah habis! 😑 Hmmm... Acaner ni? Frust sisturrr.... Takpelah kita cuba lauk lain la. Selepas membelek-belek buku menu, akhirnya kiteorang pilih hidangan ni:
![]() |
| Sate Maranggi (RM29.90) - dihidangkan dengan kuah kacang dan sambal signature restoran ni, kecap dabu-dabu |
![]() |
| Ikan terbang Betawi (RM55.90) - ikan tilapia digoreng garing dan dihidangkan dengan daun bayam goreng dan kecap dabu-dabu. |
![]() |
| Terong cabe ijo (RM17.90) - terung dan udang kecil yang digoreng garing dan digaul dengan sambal cili hijau |
Untuk pencuci mulut pulak, aku pilih pisang goreng madu (RM16.90)
![]() |
| Pisang goreng madu (RM16.90), disalut dengan madu dan dihidang dengan aiskrim kelapa dan taburan biji delima |
Now for the review.
Sate Maranggi - gigitan pertama tu, terus terasa aroma smoky yang sedikit hangus dan salutan kecap manis pada daging ayam tu. Rasa macam makan ayam panggang tapi dalam bentuk sate. Bagi aku, sedap lagi-lagi cicah dengan kuah kacang tu. Aku kasi rating 5/5.
Ikan Terbang Betawi - aku lebih suka versi di Rumah Makan Nusantara dulu yang lebih rangup, sampai tulang yang kecik-kecik pun boleh makan. Ikan di restoran ni kurang rangup tapi isinya segar. Paduan ikan tilapia goreng ni dengan sambal kecap dabu-dabu tu sangatlah awesome. Lepas tu makan pulak dengan daun bayam krupkrapkupkrap tu 😮💨. Aku kasi rating 4.5/5.
Terung cabe ijo - Sambal cili hijau tu rasa macam sambal balado. Hidangan ni aku rasa sedap di lidah aku cuma cabe ijo nya macam tak cukup je, sebab yang bahagian atas tu macam makan terung goreng tepung je. Yang kat bawah je ada cabe ijo nya. Ke dieorang nak kiteorang gaul sendiri cabe ijo tu? Anyway, aku kasi rating 4/5.
Pisang goreng madu - Aku saja la order ni sebab nak compare dengan pisang goreng yang aku makan di Bandung dan Jakarta. Ternyata pisang goreng yang lebih sedap tu cuma ada di Indonesia gais. OK la, to be fair yang ni pun sedap jugak. Padanan rasa lemak berkrim aiskrim kelapa yang sejuk dengan pisang goreng salut madu yang sedikit panas menjadikan rasa manis tu tak keterlaluan. Tapi tak boleh lawan versi di Indonesia 😜. Majulah pisang goreng Indonesia! Rating: 4.5/5.
Akhir sekali, untuk minuman aku pesan jus alpukat. OMG, jus alpukatnya sedapppp! Rasa segar di tekak dan aku risau pulak jus tu habis sebelum makanan sampai (sebab jus sampai paling awal). Sebabnya aku tak boleh berhenti sedut guna straw ye 😜. Aku pasti akan pesan jus alpukat ni lagi kalau datang ke sini lagi. Rating: 5/5.
Sedikit kecewa sebab kat sini takde jual es jeruk. Ni semua Sislin punya pasal perkenalkan aku dengan es jeruk! 🤣
Dari segi perkhidmatan, aku rasa staff kat sini kena lebih attentive to the customers. Sebab apa, kiteorang kena panggil 2 kali sebelum ada staff datang ambik pesanan. Tapi dari segi layanan, staff kat sini sopan dan mesra je. Itu je la kot part yang restoran ni kena baiki.
![]() |
| Jus alpukat (RM17.90). |
Amaceyyy Suami Terchenta bawak keluar dating hari ni! 😘
![]() |
| Overall, recommended! |
Kalau nak ke sini, lebih baik buat tempahan meja terlebih dulu. Lepas tu datang la awal supaya lauk yang korang nak tu ada. Kalau datang pukul 2.30 petang macam kiteorang dah habis huhu. Untuk tempahan, boleh pergi ke laman web dieorang.










0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .