... seorang suri rumah.
Aku tak tau nak update apa pulak kali ni, jadi aku update je la apa yang aku buat semalam 😅. Mood blogging sekarang ni macam dah nak kelaut balik. Mungkin sebab cuaca panas sekarang jadi otak aku jammed sikit 😜.
Pagi kita mulakan dengan sarapan macam biasa. Breakfast memang aku selalu makan ringan-ringan je. Kalau Suami Terchenta ajak breakfast di kedai mamak, biasanya aku akan pesan roti kosong kuah kari ikan dengan telur separuh masak. Kalau dia busy ada meeting pagi tu, aku breakfast kat rumah. Selalunya telur separuh masak yang aku masak dalam air fryer. Semalam aku sarapan di rumah jadi telur separuh masak it is.
![]() |
| Telur separuh masak tapi terlewat nak keluarkan dari air fryer sudahnya jadi telur rebus versi lembik |
Lepas breakfast dan menyetelkan urusan yang patut, aku sarung kasut sukan dan pergi brisk walk di Taman Tasik Titiwangsa. Alhamdulillah cuaca semalam agak redup dan tak panas sangat. Pusing keliling taman sampai la dapat 10 ribu langkah (6km). Pace aku agak laju semalam dapat 11'52"/km (laju bagi aku la hehe). Mungkin sebab pakai kasut baru yang Suami Terchenta hadiahkan tu sebab rasa ringan je kaki bila berjalan 🤭.
![]() |
| Sejak sakit lutut, aku berhenti berlari dan buat brisk walk je sekarang ni. Janji keluar peluh kan? ✌🏻 |
Balik rumah, mandi dan berehat sekejap. Tengahari, aku hantar Khadeeja ke sekolah sebelum menuju ke Sunway Putra. It's time for another me-time, tapi kali ni aku pilih nak buat mani/pedi pulak 💅🏻.
![]() |
| Last buat mani/pedi ni bulan Mac kot. Aku buat jugak heel scraping dengan foot scrub, barulah betul-betul rasa kena pampered 🥰 |
Dah setel sesi me-time, time for lunch pulak. Tekak teringin nak makan ayam kat Nando's jadi aku pun masuk ke Nando's dan order menu favourite aku - quarter chicken bahagian thigh, dengan 2 sides - Mediterranean rice dengan edamame salad. Mula-mula tak plan nak order air tapi ternampak ada voucher RM5 off signature drink dalam apps jadi aku pun ambik sparkling apple ni. Tak pelah, satu ni je air manis untuk hari ni, pujuk aku dalam hati sendiri (aku tengah cuba cut air manis sekarang huhu).
![]() |
| Bon appetit! As usual ayam Nando's tak mengecewakan - juicy, moist & well-marinated. |
Total damage untuk lunch ialah RM37.80. Alhamdulillah. Sekali-sekala kan?
Lepas makan tengahari, aku masuk ke Mercato grocery store untuk membeli barang-barang dapur.
![]() |
| Ambik bakul je sebab tak banyak barang yang nak dibeli. Kalau betul-betul nak stock up barang dapur, biasanya kiteorang ke Ong Tai Kim sebab harga barang lebih murah kat situ. |
![]() |
| First time tengok ikan salmon Norwegian yang lengkap dijual di sini. Siapalah agaknya yang beli ikan salmon seekor macam ni? Nak buang tulang je dah jenuh. |
Setel membeli barang-barang dapur, aku naik sekejap ke kaunter customer service sebab nak redeem flat parking RM2. Ni antara sebab aku suka ke mall ni i.e. bila belanja lebih dari RM60, boleh dapat flat parking RM2 untuk ahli Sunway.
Dalam perjalanan pulang, ingatkan nak ambik Khayla dari sekolah tapi rupa-rupanya dia dah sampai rumah dulu.
Hari ni lain pulak aktiviti. Pagi ni lepas hantar Khadeeja ke sekolah, aku ada appointment di KK. Lama betul ngelat tak pergi 😜. Semoga bacaan baik-baik aje.
Alhamdulillah 'ala kulli haal.






38 Comments
lamanya Cie tak seret kaki. entah bila nak rajin semula ni. murung pagi ni blog kena locked. dah request unlocked entahla bila boleh dapat semula tu. boleh BW je ni. sedihnya.
ReplyDeleteKita baca pula risau..macam mana boleh kena locked tu?
DeleteAlamak camane boleh kena tu Cie? Dah buat report kat Google ke? Semoga dapat balik masuk blog Cie 🤲🏻
DeleteSaya pun kena Cie.....murung juga ni ditambah berdebar-debar.... :(
DeleteBestnya u dpt briskwalk 6 km tu!!i dh lama tak exercise ni🥹🥹🥹
ReplyDeleteNi klu mood rajin & cuaca tak panas sangat MZ hihi. Klu cuaca panas I cukupkan 5k steps je pastu balik. Nanti kat rumah try cukupkan lagi 5k steps
DeleteWahhh..tahniah..6km terus dapat 10ribu langkah..bestnya..berapa kali pusing taman tu?
ReplyDeleteBiasanya 2x pusing keliling taman tapi saya selalunya pusing2 byk kali kat tempat redup je hehe
Delete6km wahh tiup2 kan semangat ke sini jugak ya Carneyz 😍😍
ReplyDeleteFuhhh fuhhh ok dah tiup semangat ke Putrajaya hehe
DeleteSemoga bacaan baik-baik aje nanti Insha Allah ;)
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻 next check up baru tau result darah camane
DeleteRajinnya brisk walk 6km pulak tu, ambil masa berapa lama yer
ReplyDeleteSejam lebih gitu. Sambil jalan sambil dgr lagu tak pun blogwalking tau2 dah habis hehe
DeleteOk saya test... nampak ok kat sini hahah
ReplyDeleteMasih selamat.. tak tau dapat bertahan ke tak ni 😨
DeleteSeronoknya Carneyz....rasa dibelai oleh terapis tu seronoknya....Carneyz....doakan blog saya appear balik ya....aduhaiiii baru nak update pagi ni hilang terus.....tapi tadi ada balik...lepas tu hilang balik. Pelik tapi benar.
ReplyDeleteSekali-sekala sis Ezna hehe. Lagipun hari ni nak pergi check up kat KK, ada check kaki jugak jadi bagi kaki nampak presentable sikit sblm nurse tengok 🤪
DeleteSemoga kawan2 yg blog kena removed pagi ni dapat balik access ke blog masing2 🤲🏻 kita pun tengah berdebar jugak takut tetiba hilang jugak blog 😨
DeleteMe
ReplyDeleteTime 🥰 kalu ciknur urut badan
Itulahhh masa paling bestt tp nk dpt me time susahhh benor
Ank ramai kan hihiii menunggu semua kat rumahh tu ank2 berbulu
Nak pergi urut badan tapi mengenangkan esoknya ada appointment kat klinik utk check up diabetes dan mesti ada check kaki jugak, jadi sudahnya buat mani/pedi je hihi.
DeleteKasut baru, mestilah semangat nak beriadah hehe ...
ReplyDeleteLama tak pergi OTK :)
Ye sis, ringan je tapak kaki pergi brisk walk pagi tu hehe.
Deletelama tak briskwalk sejak sakit tumit, huhu
ReplyDeletehttps://inicerikami.blogspot.com/2026/08/cara-buat-potato-wedges-homemade-paling.html
kak LM menaip di sini sebab blog kena removed rasa serabut nak fikir pasal blog tu
Tapi dah dapat balik kan blognya? Hari ni giliran blog saya pulak kena hihi
Deleteammi ni kadang-kadang ralat juga sebab tak drive. bawak motor pun tak reti. kalau reti agaknya ammi pun boleh briskwalk tanpa tunggu orang hantarkan. ammi tak suka bw kat taman rumah sorang-sorang sebab ada anjing...takut.
ReplyDeleteKena beli treadmill letak kat rumah kot camtu. Kalau imam Ammi tak dapat teman brisk walk boleh jugak brisk walk atas treadmill mcm tu 😄
DeleteIsh, dalam pada kata takde idea, banyak jugak tu ceritanya, sampai kita tataw nak komen perenggan yang mana, hahahha.
ReplyDeleteCeritanya aktiviti semalam SK, sebab tu caca merba hehehe
DeleteUncle kalau buat telur guna air fryer... memang tak pernah jadi...
ReplyDeleteGive up!
Kena try & error Uncle. Telur separuh masak air fryer saya selalu set 100C 7 minit. Insha Allah jadi.
DeleteWah nak buat jugalah heel scraping tu sebab tumit pecah2 dah huhu. Kena selalu pakai selipar juga walaupun dekat dalam rumah, nak sapu losyen kadang malas haha
ReplyDeleteSila2 buat. Best je tapak kaki lepas tu rasa lembut je hehe.
Delete6 km itu saya dapat kalau briskwalk di GBK stadion 😄. Kalau di treadmill tak mungkin hahahahah.
ReplyDeleteYg beli salmon besar begitu saya rasa rumah makan. Chef nya dah paham cara buang duri ikan tuh 😅. Kalau saya memang beli yg dah fillet lah
Saya klu di atas treadmill biasanya sambil menonton netflix sambil berjalan baru dapat buat sampai 6km. Tp memang bosan sangat haha. Sebab tu saya prefer ke taman aja hehe.
DeleteIya, saya pun beli yg fillet aja tapi jarang2 makan salmon di rumah ni.
Akak br start blk brisk walk tp dlm umah je guna treadmill... Tp time holiday aritu brisk walk outdoor view pool syok
ReplyDeleteUntunglah ada kasut baru yang best. Apa kata lepas ini buat double 12km. ha ha ha
ReplyDeletesy pun tak sabar nak buat medi pedi hjg bulan ni sempena merdeka
ReplyDeletekenapa?
ada laaa hehehee
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .