Alkisahnya kan... semalam aku nak menghabiskan oren dalam peti sejuk. Oren tu agak masam jadi nak buat jus pun macam tak laku je 😅. Jadi apa kata buat kek je. Aku pun Google resipi yang guna oren dalam bahan asas kek dan terjumpa resipi kek chiffon oren. Bahan-bahan nak buat kek mostly ada dalam pantry kecuali cream of tartar, tapi ada orang share tips kalau takde bendalah ni boleh ganti dengan cuka / jus lemon. OK jus lemon ada, apa lagi projek menghabiskan oren pun onz.
![]() |
| Bahan-bahan yang diperlukan - telur, gula halus, jus lemon, tepung naik sendiri, perahan jus oren, parutan kulit oren dan secubit garam. Simple je bahan-bahannya, nak membuatnya yang payah hihi... |
Bahan A: 6 biji putih telur, 3/4 cawan gula halus, 2 sudu teh jus lemon / 1 sudu teh cream of tartar.
Cara: Buat meringue dulu - pukul putih telur sampai berbuih lepas tu masukkan gula dan jus lemon (pastikan bekas betul-betul kering tau, takde setitis air pun dalam tu!). Pukul sampai kental putih berkilat dan bertanduk. Bila terbalikkan bekas, meringue takkan jatuh dan melekat je dalam tu.
![]() |
| Aku guna food processor memang ada mode untuk buat meringue. Tekan je satu butang dan tunggu sampai siap. Sementara tu boleh buat bahan B pulak. |
Bahan B: 1 3/4 tepung naik sendiri, secubit garam, 1/2 cawan gula halus, 1/2 cawan jus oren, sedikit parutan kulit oren, 6 biji kuning telur, 1/4 cawan minyak jagung.
Cara: Pukul kuning telur dengan gula sampai sebati, masukkan minyak jagung, garam dan jus oren. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Adun perlahan sampai sebati. Selepas tu, ambil setengah bahan A dan gaul rata ke dalam bahan B. Setengah lagi kaupkan ke dalam bahan B sampai sebati.
Masukkan ke dalam loyang. Hentak loyang 2-3 kali untuk mengeluarkan lebihan angin dalam adunan kek.
![]() |
| Ada lagi lebihan oren aku potong nipis letak sebagai hiasan atas kek. Kunun nak berseni kan hihi! |
Bakar pada suhu 170℃ selama 60 minit dengan api atas bawah. Pastu baru aku sedar aku telah buat kesilapan - patutnya oren tu letak la kat dasar loyang dulu baru tuang kek atas tu hihi. Tak memasal kek berlekuk bila dah masak 😜.
![]() |
| Kek akan merekah di permukaan |
Lepas dah masak, terbalikkan acuan tadi dan biarkan selama 45 minit (atau betul-betul sejuk). Lepas tu ambik pisau dan sisipkan keliling kek dan keluarkan kek dari loyang.
![]() |
| Kejadian kek ni bantat sikit, tekstur tak macam kek chiffon. Hmm... Takpe la janji sedap 🥲 |
Yang penting berjaya jugak menghabiskan buah oren dalam peti sejuk. Tapi tu la, nak kasi jiran pun segan. Kalau cantik elok gebu-gebas, barulah bangga sikit nak bagitau jiran aku bakar kek tadi 🤣. Buat minum petang untuk diri-sendiri boleh la. Harap-harap lain kali berjaya la aku buat kek chiffon oren yang naik elok dan tekstur macam span toing-toing. Tapi lain kali tu bila ye? 6 biji telur untuk buat kek dalam ekonomi sekarang agak kurang praktikal 😜. Baik buat jus oren je lain kali!






1 Comments
Terbaik la buat kek..
ReplyDeleteTakpe, esok lusa buat lagi, boleh bagi jiran²
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .