Semalam cuaca panas lit2. Aku pergi brisk walk dekat Taman Tasik Titiwangsa pagi semalam rasa macam nak lari berteduh bawah pokok pulak sebab terasa betul bahangnya. Terus terfikir - sedapnya kalau dapat makan bingsu time ni 😜.
Throwback citer weekend lepas. Kiteorang keluar makan tengahari di Restoran Kayu Nasi Kandar di Nu Sentral. Gambar takde sebab lapar giler tak teringat nak ambik gambar 😅. Tapi satu je nak letak kat sini untuk peringatan di masa depan - jangan ambik lagi kari kambing, melampau giler 3 ketul daging kambing dia caj sampai RM25 😑. Ni bukan lamb shank tau, ni isi kambing. Kalau lamb shank tak tau la berapa harganya!
Anyway lepas makan, tekak mencari dessert sejuk pulak untuk menyejukkan hati yang panas selepas membayar kari kambing harga have2 tu. Jadi kiteorang pun singgah ke Hanbing Korean Dessert Cafe dalam Nu Sentral. Lama betul tak makan bingsu, sesuai pulak pekena bingsu dalam cuaca dan hati yang sedikit panas ni.
![]() |
| Hanbing Korean Dessert Cafe |
Ada bermacam-macam pilihan menu dessert bingsu kat sini. Semua nampak best. Selain dari bingsu ada jugak makanan panas macam topokki, bibimbap, ayam goreng Korea, ramyeon dan lain-lain. Kalau tak nak bingsu, ada jugak burnt basque cheesecake yang nampak menarik.
![]() |
| Antara pilihan dessert di Hanbing Korean Dessert Cafe |
Kiteorang pesan mango snow ice bingsu untuk kongsi. Lepas tu aku cuba jugak affogato bingsu dan strawberry matcha.
![]() |
| Mango snow ice bingsu (RM28) - yang ni memang sedap dan tak pernah mengecewakan |
![]() |
| Affogato bingsu (RM18) - erm, bagi aku so-so je. Kopi tu tak panas sangat jadi aiskrim tu tak cair bila dituang ke atasnya. |
![]() |
| Strawberry matcha (RM16?) - yang ni sedap yakmat! Lebih sedap dari yang aku cuba di Toast Maker |
Kalau korang peminat Korean dessert, boleh la singgah sini. Macam-macam ada, cuma kiteorang dah kenyang sebab tu tak order yang lain-lain. Insha Allah, lain kali nak repeat tempat ni try makanan panas dan jugak Omma cheesecake yang nampak menawan tu 😋.





22 Comments
Wahh menggoda betul ni
ReplyDeleteDeserttt sedapp
Time cuaca panas, memang lega betul rasa tekak dapat makan bingsu ni Cik Nur hehe
Deletesemalam tak terasa panas sangat..agaknya sebab dah naik ETS dari sesubuh lagi.. hari ni, terasa bahang betul.. dha la pejabat kita memang ada ceiling fan aje.. hahaha.. bertabah lah
ReplyDeleteOh terbalik pulak. Hari ni saya rasa ok je tak panas sgt. Tadi brisk walk kat Taman Tasik Titiwangsa pun cuaca redup je.
DeleteSebut cheesecake tu pun dah rasa terliur. Kitanya peminat cheesecake :)
ReplyDeleteHari panas + hati panas mmg sesuai hirup bingsu utk melegakan kepanasanuaran & dalaman hihi
Itulah, auto cool down bila dapat makan bingsu tu sis hehe. Jom la kita cuba cheesecake dia lain kali 🤭
Deletememang sedap mkn bingsu kalau cuaca panas..i biasanya mkn bingsu kat gerai simpang tiga (near sek integrasi gombak tu)..sedap bingsu kelapanya
ReplyDeleteWah, bingsu kelapa tak pernah try lagi. Mesti sedap tu. I suka bingsu mango. Yg affogato tu sesaja nak try tapi tak sesedap yang perisa mango tu.
DeleteMmg sesuai makan musim panas skrg ni kan hehee.... kalau pegi aini co firm mcm² nak di ordernya semua pun nmpk menarik
ReplyDeleteIye, menarik pulak menu kat sini. Lain kali boleh datang cuba menu lain pulak.
Deletesedapnya, dah lah time kak ana singgah sini tengah panas terik petang hari hehe :)
ReplyDeleteSedap bila makan time tengahari panas terik 😋
DeleteSejuk tekak tengok bingsu mangga tu sedapnya.
ReplyDeleteItulah, sekarang tgh peralihan cuaca agaknya panas lit2 betul kat kl
DeleteSedapnya bingsu apalagi sekarang cuaca pun agak panas. Kami satu family suka bingsu mango.
ReplyDeletesedapnya yang manggo tu. huhu.
ReplyDeleteblog saya kena removed. saya taip sini dulu
https://iniceritakisahkami.blogspot.com/
ammi tak pernah pun cuba bingsu...teringin gak nak cuba tapi tiap kali tanya anak-anak dorang nak ke tidak bingsu mmg dorang taknak...jadi ammi pun tak order. Kang jenuh pulak nak habiskan semangkuk tu. Tp rasa next time buat keras kepala sendiri jelahkan order...ehhhh kita kan mak.
ReplyDeleteUncle tengah pantang sejuk ni... batuk!
ReplyDeleteKalau Korean saya memang sukaaaa lah. Dessert nya pun sukaaa apalagi bingsu 😍😍😍. Lihat pun langsung kebayang segar nya makan di siang hari
ReplyDeleteCuaca panas dpt bingsu sedap tu.. Sejukkan tekak... Pernah mkn mango bingsu dkt kfry
ReplyDeleteLepas dah menikmati kesedapan dan keenakan ini ada cek gula tak? Ada kenaikan?
ReplyDeleteya
ReplyDeletetak dinafikan dessert2 kat sini memang sedap
tp x leh gi selalu
bahayaaaaaa sbb mahal hehehe
sesekali tu boleh laa layan tekak kannnnn
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .