Salam Maulidur Rasul

Selawat dan salam buat junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. 

Tanggal 12 Rabiulawal 571 Masihi, seorang bayi lelaki mulia telah lahir ke dunia untuk menjadi nabi dan rasul terakhir utusan Allah SWT.

Aku meletakkannya di bawah perlindungan Yang Esa, dari kejahatan mereka yang iri hati; kemudian namakanlah dia Muhammad.

Rasulullah SAW dilahirkan pada sebelah malam hari Isnin. Semasa Rasulullah SAW lahir ke dunia, cahaya yang terang-benderang memenuhi setiap ruang rumah Abu Talib, bapa saudaranya, di mana baginda dilahirkan. Semasa baginda lahir, berlaku peristiwa-peristiwa ajaib antaranya baginda lahir dalam keadaan sudah berkhatan dengan jari telunjuk diangkat ke langit seolah-olah mengagungkan kebesaran Allah SWT. Telah diriwayatkan juga semasa baginda lahir, runtuhlah singgahsana Raja Parsi, api besar yang disembah di kuil Parsi yang tak pernah terpadam lalu terpadam semasa baginda lahir dan muncul di langit bintang Ahmad yang menandakan baginda telah lahir.

Semuanya petanda telah lahir seorang manusia hebat yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan amaln berselawat dan mengucapkan salam ke atas baginda Nabi SAW, kita akan dapat bertemu dengan Rasulullah SAW dan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak, Ameen YRA.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Nota kaki: Alhamdulillah, beberapa minggu lepas kawan aku Yana hadiahkan buku riwayat hidup Nabi Muhammad SAW yang ditulis oleh Martin Lings atau nama Islam nya Abu Bakar Siraj Ad-din. Biografi ni mula-mula diterbitkan pada tahun 1983 dan mendapat pengiktirafan unggul dari kerajaan Pakistan dan Mesir pada ketika itu. Agak tebal bukunya dan aku baru je habis bab 9 iaitu kewafatan Abdul Mutalib, datuk Rasulullah SAW yang sangat dicintainya. Buku ni sangatlah recommended untuk kita yang nak refresh balik peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW sehinggalah kewafatan baginda SAW.


Martin Lings

Post a Comment

15 Comments

  1. Salam Maulidur Rasul, semoga kelak kita tergolong dalam umat yang menerima syafaat Rasulullah SAW .aamin..

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul... moga kita semua menghayati perjuangan rasulullah dalam mengajar umat manusia

    ReplyDelete
  3. Buku yang terkenal ni, tapi akak belum pernah baca.

    ReplyDelete
  4. Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M! Semoga kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW sentiasa memekar dalam hati. Mari raikan hari indah ini dengan memperbanyakkan selawat, meneladani akhlak baginda, dan menyebar kebaikan sesama kita. Selawat dan salam buat Rasulullah.

    ReplyDelete
  5. Salam Maulidur Rasul sis... bagusnya buku ni. Happy reading!

    ReplyDelete
  6. Salam Maulidur Rasul.... Semua orang merindui baginda...

    ReplyDelete
  7. Saulam Maulidur Rasul.
    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    ReplyDelete
  8. Salam Maulidur Rasul...bagus buku tu...

    ReplyDelete
  9. Shalawat salam selalu untuk junjungan nabi besar Muhammad Saw ❤️❤️

    ReplyDelete
  10. Selamat menyambut Maulidur Rasul.

    ReplyDelete
  11. Salam Maulidur Rasul
    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .