What is done in love, is done well.

Awak ingat tak, masa kita mula-mula jumpa dulu di Restoran Noor Taman Universiti, awak tengah gelak tak hengat dunia dan saya pulak tengah jatuh cinta dengan awak from across the room.

Pastu saya sibuk mintak nombor telefon awak dari coursemate awak merangkap housemate saya sebab awak dah habis belajar saya takut hilang pulak jodoh saya. Hahaha! Saya SMS awak dulu (wow, beraninya saya walaupun sebenarnya saya cuak sebab tu la first time saya ngorat orang tau!). Nasib baik awak layan walaupun mula-mula tu awak kata taknak bercinta dengan orang Bintulu sebab jauh (jauh la sangat padahal awak pun orang Sarawak 😛).

Awak ingat tak, masa kita mula-mula decide nak jumpa di tapak konvo UTM lepas setahun berhubung melalui SMS masa tu barulah awak jatuh cinta. 

Awak ingat tak, awal-awal tu kita PJJ awak di KL saya di Johor lepas tu berapa kali kita putus sebab awak cemburu orangnya? Tapi jodoh kita kuat kan. Lepas 2 tahun, saya pindah ke HQ di KL dan awak terus ajak saya kahwin. 

Awak ajak saya kahwin walaupun awak tau awak kena melayan angin kus-kus, perangai moody dan sikap kuat merajuk saya sampai bila-bila. Awak tau saya takut nak bagitau bapak tentang kita jadi awak sanggup call bapak saya yang garang tu nak bagitau dia niat awak nak jadikan saya isteri awak. Awak tak putus asa walaupun masa awak datang ke Bintulu untuk berjumpa dengan bapak, bapak saya pulak melarikan diri (mungkin sebab dia belum bersedia nak melepaskan anaknya jadi isteri orang). Masa tu saya terharu sangat sebab awak sanggup apa saja untuk masa depan kita.

Sebelum berkahwin, awak berusaha kumpulkan duit untuk kehidupan lepas berkahwin. Awak ambik kontrak buat software HR, berbulan-bulan kita tak jumpa sebab awak sibuk bangunkan software tu. Bila awak dah dapat bayaran, awak terus hantar rombongan bertunang. Bertunang 8 bulan untuk kita menyiapkan keperluan lepas berkahwin (rumah sewa, kereta pertama dsb.), dan berkahwin dalam majlis yang ringkas tanpa jurugambar, pelamin mewah, catering dsb. memandangkan kita nak fokus untuk hidup selepas kahwin. Baju bersanding pun kita cari sehari sebelum majlis sebab tak sangka atok saya sponsor pelamin semata-mata nak tengok kita bersanding, nasib baik ada butik kepunyaan pakcik tunang sepupu yang bermurah hati menyewakan busana tradisi Melanau dengan harga RM150 je.


16th anniversary
Gambar bersanding yang diambil oleh kakak

Bila saya tengok effort awak, saya yakin awak memang jodoh yang tepat. Lepas kita kahwin, giliran saya pulak tolong awak langsaikan hutang PTPTN. 

Awak ingat tak, lepas 2 tahun berkahwin kita belum ada anak. Kita jumpa doktor buat ujian kesuburan. Kita berusaha sama-sama. Kita gembira bila dapat 2 garis pertama kali. Kita menangis bila anak kita dah tiada seminggu sebelum balik raya. Saya rasa saya hancur teruk masa tu, tapi awak ada untuk saya pujuk saya walaupun hati awak pun hancur.

Awak ingat tak, kita sama-sama sambung belajar di UM sebab kita taknak terlalu fikirkan soal zuriat. Tak sangka lepas tu Allah bagi rezeki anak untuk kita kan. Maka bermulalah kehidupan kita yang super busy dengan morning sickness, assignment, kuliah dan kerja. Awak penat-penat pun tetap bangun malam-malam urutkan kaki saya bila saya tiba-tiba cramp. Kita sama-sama berjaga malam menyiapkan assignment lepas balik kerja. Bila saya penat awak ambil-alih buat assignment untuk saya.

Awak ingat tak, tahun ke-4 kita akhirnya sambut kelahiran Khayla pada tarikh ulangtahun perkahwinan kita. Awak berkali-kali ucapkan terima kasih sebab lahirkan puteri awak. Saya ucapkan terima kasih sebab awak jaga saya sepanjang jerih-perih saya mengandung.

Awak ingat tak, tahun ke-6 kita sambut kelahiran Khadeeja pada tarikh ulangtahun perkahwinan kita dan hari lahir Khayla. Sekali lagi awak ucapkan terima kasih sebab lahirkan puteri ke-2. Saya pulak tertidur tak sempat ucap terima kasih sebab 3 hari menghadap contraction melahirkan Khadeeja memang memenatkan.


16th anniversary
Buah hati pengarang jantung yang hadir pada ulangtahun ke-4 dan ke-6 kita

Awak ingat tak, kita bergilir-gilir pergi ke kuliah dan jaga anak-anak. Saya ambik cuti tanpa gaji lepas habis cuti bersalin sebab saya tak mampu dah nak juggle work, studies and the babies. Awaklah yang kena tanggung perbelanjaan rumah dengan gaji yang kecik masa tu. Nasib baik boleh ambik duit EPF untuk bayar yuran kuliah.


16th anniversary
Hasil 4 tahun yang cukup lelah!

Awak ingat tak, tahun ke-8 kita mula PJJ balik. Saya dan anak-anak di Bintulu, awak di KL. Awak sanggup berulang-alik 2 minggu sekali melawat kami. Tak terkira wang ringgit awak habis membeli tiket flight KL-Bintulu bertahun-tahun lamanya. Kalau awak tak dapat balik, saya terpaksa berjuang dengan emosi dan kelelahan memikul tanggungjawab ibu dan bapa untuk anak-anak sampai akhirnya saya kerapkali bermasam muka bila awak akhirnya balik. 6 tahun yang cukup menguji fizikal, mental dan emosi kita tapi kita tetap bertahan dan berjuang untuk orang-orang yang kita sayang.


16th anniversary
Rutin setiap 2 minggu menghantar Suami Terchenta ke airport

Awak ingat tak, tahun ke-10 awak kena buat pembedahan open heart surgery di IJN. Lepas operation, awak berhenti kerja dan pindah ke Bintulu supaya saya boleh jaga awak. Selama setahun awak tak boleh bekerja, saya ambil-alih tugas mencari rezeki untuk keluarga kita. Masa ni memang kita betul-betul cukup-cukup makan sebab komitmen kewangan yang ditanggung bersama jatuh ke bahu saya seorang. Lepas 4 bulan bila awak dah sihat sikit, awak cuba bantu saya. Awak apply jadi pensyarah sambilan di UPM Bintulu. Awak bawak Grab. Awak cuba cari kerja tetap sesuai dengan bidang awak di Bintulu tapi tak berjaya. Akhirnya saya dengan berat hati terpaksa minta bantuan kawan baik saya Jen dan suaminya untuk dapatkan kerja baru untuk awak di KL. 


16th anniversary
Alhamdulillah terima kasih Jen dan suami yang tolong carikan kerja untuk Suami Terchenta

Awak ingat tak, masa pandemik melanda awak tak boleh balik berbulan-bulan. Saya cuba untuk kuat,  dengan meeting yang tak habis-habis dan PDPR online anak-anak pada masa yang sama. Malam-malam lepas habis kerja saya kena supervise dieorang buat kerja sekolah pulak dan pastikan makanan tersedia di rumah. Saya bergelut dengan beban mental dan emosi, dan kerinduan pada suami yang jauh di mata. Malam-malam lepas anak-anak tidur ialah masa untuk saya menumpahkan air mata sebab saya sudah terlalu penat.

Awak ingat tak, masa saya mula-mula suarakan hasrat nak berhenti kerja awak agak keberatan tapi awak tetap sokong saya. Saya berhenti kerja sebab saya nak fokus dengan anak-anak yang begitu lama terabai dek kerana kesibukan kita bekerja. Saya pujuk awak, Allah jualah Pemberi rezeki dan awak pun mengalah. Seminggu lepas tu, boss awak call bagitau awak dapat kenaikan gaji, alhamdulillah. Memang rezeki yang tak disangka-sangka. Awak terus jadi percaya inilah yang terbaik untuk keluarga kita.

16 tahun ini bersama awak Suami Terchenta, begitu banyak moment ketawa dan menangis yang kita harungi. Betapa banyak ujian yang melanda - kehilangan anak, kehilangan kerja, kesihatan, kewangan dan perhubungan jarak jauh. Ditambah dengan angin kus-kus saya sebab saya ada anxiety, tetap awak terus setia di sisi menjadi tunggak kekuatan saya. Dari saya acah-acah comel sampai la betul-betul 'comel' sekarang sedangkan awak maintain je, hati awak tetap tak beralih arah.

Untuk 16 tahun yang cukup bermakna, terima kasih Suami Terchenta. Semoga kita terus saling melengkapi satu sama lain hingga ke hujung nyawa.

Selamat ulangtahun ke-16. Awak masih cinta pandang pertama saya dari dulu sampai sekarang.


16th anniversary

Hingga hujung nyawa,
Isteri Terchenta

33 comments:

  1. Alhamdulillah, semoga terus kekal bahagia sis & suami.
    Happy 16th Anniversary!

    ReplyDelete
  2. tahniah... ujian yang hebat hanya untuk orang orang yang hebat mengharunginya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, segala puji hanya utk Allah yg memelihara hati-hati kami dan jodoh kami selama ni :)

      Delete
  3. Alhamdulillah....alamak..SA nanti bakal PJJ jugak ni...macam mana la agaknya kan...Carneyz...tahniah...happy anniversary both of you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah SA dgn Uncle Dania dah sama2 matang jadi ok je nanti. Saya dulu penat PJJ sbb anak2 masih kecik, masa tu mmg selalu je masam muka dgn asben bila dia kata tak boleh balik minggu yg dia patut balik. Bila anak2 dah besar dah hilang penat tu so terus stop merajuk dgn asben hehe.

      Delete
  4. tahniahnyer., semoga terus berkekalan., aminn

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah happy anniversary to both of you... pssttt ms memula kawen tu ada x buat caption kat socmed, "terkezut bla bangun pagi ada org kat sebelah..." hhahahahah #gurauje

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde anies hehe.. masa tu belum ada lagi IG, FB pun rasanya 2008 baru join :P

      Delete
  6. Alahai comelnya..gigih saya baca. Cerita rare ni perempuan yang ngorat dulu. Happy anniversary to both of you. Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah dan keluarga yang bahagia sampai ke Jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Sal, klu igt2 balik malu pulak mcm perigi cari timba kan. hehe. Tapi masa tu mmg saya nekad sbb ada something yg buat saya rasa mcm dia jodoh saya. Ameen YRA... terima kasih atas doanya. Semoga Sal pun jumpa dgn jodoh yg baik, jangan malu ngorat klu dia lelaki yg baik ;p

      Delete
  7. sedih dan terharu baca.. eh sebak! haha.. 16 tahun yg banyak ujian kan. semoga cinta dan jodoh sampai ke akhir usia. banyak pergorbanan dan susah senang bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, byk ujian termasuk dgn nak hadap perangai masing2 :P Alhamdulillah Allah satukan hati2 kami hadapi semuanya sama2. Semoga jodoh Nina dan asben pun sampai ke syurga <3

      Delete
  8. Alhamdulillah..happy anniversary...ke-16 sis, semoga jodoh sehingga ke hujung nyawa dan till jannah..amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... ameen YRA. Terima kasih atas doanya sis :)

      Delete
  9. Tahniah! Big 16!

    Seronok baca kisah lama kamu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Uncle. Semoga panjang usia jodoh kami mcm jodoh Uncle dgn Aunty, ameen YRA!

      Delete
  10. Alhamdulillah... susah bangun bersama... rasa baca blog mr jun juak alu... rasanya kmk follow ktk dr ktk di jb ya bah... hahaha... zaman kegemilangan msjbox encik junaidix... hihihihi... happy anniversary carney & mr jun.. semoga till jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... kan lamak dah kita follow each other dari zaman Msjbox kan hehe... Jun dah gago gilak sik sempat berblogging agik. Ameen YRA, semoga jodoh kitak dgn asben kitak pun sampai ke jannah :)

      Delete
  11. Alhamdulillah...wah betul2 pahit manis, suka duka bersama ni...
    subhanallah... hebat & what a journey kan... congrats and semoga kekal bahagia bersama selama -lama nya hingga ke jannah.. aamiin!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. terima kasih MA atas doanya, ameen YRA... <3

      Delete
  12. Sweetnya bila terkenang zaman mula bercinta. Kagum lah dengan orang sambung study bila dah berkeluarga dan ada anak. Bukan mudah tu.
    Alhamdulillah..16 tahun bukan masa yang singkat. Semoga terus bahagia bersama sampai syurga. Aamiin...Happy anniversary kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Fizah. Alhamdulillah, ameen YRA... Terima kasih atas doanya :)

      Delete
  13. Alhamdulillah, happy anniversary....cinta pandang pertama, sweeett...byk ujian diharungi bersama, semoga terus bahagia hingga ke jannah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih nohas atas doanya :)

      Delete
  14. Alhamdulilah dan tahniah...paduhal duak-duak orang Sarawak...best juak pake baju tradisi Melanau

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah terima kasih. aok pakai baju Melanau sebab bapak kmk orang Melanau Igan hehe.

      Delete
  15. ooppsss kita tergelak masa baca part "ayah awak lari tu"..
    tapi...pastu kita nangis pulak. ishhhhh tak suka.
    apa punnnnn alhamdulillah...telah sampai ke usia 16 tahun susah dan senang bersama...hingga ke jannah mudah-mudahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, pagi tu dia tergesa-gesa keluar rumah masa saya gi ambik ex-bf (asben skrg) saya tu kat airport hehe. lepas tu kiteorg tunggu dia balik sampai ke malam dia tak balik2 rumah contact pun tak dapat. Kesian dengan asben saya sia2 je dia turun dari kl nak jumpa bapak saya masa tu tapi tak berhasil.

      Delete
  16. Alhamdulillah.. Selamat ulang tahun..
    Semoga sentiasa bahagia bersama hingga ke syurga Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .