Semalam Suami Terchenta dah dapat slot untuk buat MRI di hospital. Jadi petang tu aku temankan dia pergi ke hospital. Lepas urusan GL dan ambik slip dari klinik, kiteorang kena turun ke tingkat 1 bahagian Diagnostic Imaging.
Sabtu lepas pergi sini buat x-ray kali ni kena buat MRI pulak |
Lepas serahkan slip dari klinik di kaunter, kiteorang tunggu pulak untuk nama dipanggil. Dalam 5 minit macam tu, staff di bahagian MRI pun panggil nama Suami Terchenta. Cuma pesakit je dibenarkan masuk ke bilik MRI untuk mengelakkan terkena bahaya radiasi.
Cuma pesakit dan juruteknik mesin MRI je boleh masuk ke sini |
Tak lama lepas Suami Terchenta masuk, dia muncul balik. Aku pun pelik kenapa sekejap sangat, sebab dulu masa mak kena buat MRI lama jugak prosedur tu, lebih kurang setengah jam baru selesai.
Rupa-rupannya bila dia bagitau staff tu yang dia ada injap mekanikal dekat jantung, staff tu bagitau tak boleh buat MRI pulak. Kiteorang pelik kenapa doktor tak bagitau pun minggu lepas masa Suami Terchenta cerita kat doktor tu. Husnuzon je la, doktor tu ramai sangat pesakit sampai dia terlupa kot.
Lepas ni kena ikhtiar cara lain. Semalam dah buat temujanji dengan kiropraktor untuk sesi petang Sabtu ni. Mungkin kalau tak membantu jugak, sambung balik buat fisio. Biasalah dah umur 40an ni, macam-macam dugaan penyakit tapi Insha Allah, yakin dan percaya yang ujian yang Allah bagi ni sesuai dengan kemampuan kita. Betul tak kawan-kawan? 😊
Semoga hasil mri nya baik2 saja y bu
ReplyDeleteTak boleh buat MRI jadi pulang sia2 saja
DeleteInsya'Allah, moga dipermudahkan semuanya
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻 Terima kasih Sunah
DeleteOh, begitu pulak ceritanya. Semoga baik² sahaja semuanya nanti ya, insyaAllah
ReplyDeleteTu la, kena ikhtiar cara lain pulak.
DeleteMoga dipermudah kan semua urusan.
ReplyDeleteTerima kasih, Ameen YRA 🤲🏻
DeleteMcm mana nak buat MRI? I mean prosedur..
ReplyDeleteKena jumpa doktor pakar dulu, doktor pakai akan decide sama ada kena buat MRI ke tak.
DeleteAllahu..Kecewa lah tak dapat buat scan MRI tuhh...Husnuzon je mampu...Bila Tina masanya, mesti dipermudahkan nanti..InshaAllah...Moga tabah ye
ReplyDeleteAda hikmah jugak la, jimat faedah perubatan asben sebab tak jadi buat MRI.
DeleteBetul tu.. semoga dimudahkan urusan ya Carneyz..
ReplyDeleteTerima kasih Kak Sue 😊
DeleteAllahumma yassir
ReplyDelete
Deleteاَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 🤲🏻
Duuuuh malah tak bisa karena ada injap tadi yaa 😔. Apa efek dari pemakaian injap kalo tetap melakukan MRI kak? Bahaya tak?
ReplyDeleteKalau injapnya model lama ada metal, jadi boleh terganggu sebab tarikan magnet dari MRI, terus jantung pun berhenti pam darah atau pamnya arah berlainan. Itu bahayanya.
DeleteSekarang model injap ada yang dibuat dari titanium atau bahan selain besi, yang itu kena dapat pengesahan dari hospital jantung tempat suami saya pasang injap dulu.
Alamak jadi lain pula. Harap cara lain itu berkesan.
ReplyDeleteItulah, sekarang ni tengah cuba rawatan alternatif - kiropraktik dan fisioterapi.
Deletememang pelik tu knape doktor tak inform betul2. tp di pihak kita pun... jd renyah jg laa... sbb kita bekerja. nk uruskan hal sebegini lg... tak apa laa... mudah2an segala urusan MRI lps ni dipermudahkan...
ReplyDeleteBetul2... dah dapat surat dari IJN dan hospital patutnya check dgn supplier injap mekanikal tu sama ada selamat buat MRI ke tak, tapi sampai skrg hospital tak call2 lagi buat appointment MRI.
Delete