Salam Isnin korang!
Sebelum mood blogging terbantut lagi, baik la aku sambung siri jalan-jalan ke Eropah musim panas ni. Mana yang rasa tertinggal kapal tu boleh la check out my earlier blog posts dekat sini ye 😅:
- Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Stopover di Istanbul
- Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025: Welcome back to London!
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: London Hari Ke-2
- Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: London/UK Hari Ke-3
Our last day in UK! Sedihnya!
Sedih sebab akan berpisah dengan kawan baik kiteorang merangkap tuan rumah, Aini dan Fazrul. Walaupun tumpang rumah dieorang beberapa hari, tapi masih rasa tak cukup masa lepak dengan Aini memandangkan siang hari dia pergi kerja dan kiteorang pulak balik lewat malam. Harap-harap next time dapat ajak Aini ikut girls' trip, just the three of us - aku, Jen & Aini! Mungkin kena tunggu anak-anak dia besar sikit dan more independent kot, macam anak-anak aku dan Jen sebaya dan dah boleh diharap.
![]() |
Recreate gambar zaman management trainee dulu dengan sekarang. Can't believe it's been 20 years! |
![]() |
From colleagues to best friends - 4 orang bekas Management Trainee di Senai Airport |
![]() |
Thank you tuan rumah, sediakan sarapan pagi ♥️ |
Day 5 - Tower of London. Paris.
Hari terakhir kiteorang di London barulah Aini dapat join kiteorang jalan-jalan ke Tower of London memandangkan dia ambik cuti hari tu. Harga tiket masuk ke Tower of London agak mahal iaitu £35.80 seorang. Kiteorang beli siap-siap dari official website.
Tower of London
![]() |
Tower of London |
Tower of London ialah salah satu tarikan yang tak boleh missed untuk sesiapa yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke London. Sebabnya, bangunan castle ni tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) dan usianya mencecah hampir 1000 tahun sejak dibangunkan oleh William the Conqueror pada tahun 1066. Lama giler kan? Walaupun mencecah hampir satu alaf, tapi binaannya tetap kukuh dan utuh sampai ke hari ni.
Pada asalnya Tower of London ni dibina sebagai kediaman diraja dan kubu pertahanan. Sepanjang penubuhannya, ianya juga dijadikan sebagai penjara untuk tahanan bangsawan pada abad ke 16-17 dan sewaktu Perang Dunia Pertama dan Kedua, gudang senjata diraja, perbendaharaan negara, tempat penyimpanan haiwan eksotik yang dipelihara oleh keluarga diraja (menagerie) dan tempat penyimpanan mahkota-mahkota diraja Britain. Sekarang, Tower of London dijadikan muzium dan tarikan pelancong selain menempatkan Jewel House keluarga diraja Britain.
![]() |
Wardrobe Tower yang dibina pada abad ke 12 oleh Richard the Lionheart untuk menempatkan barang-barang berharga kepunyaan Raja England seperti pakaian dan gudang senjata |
![]() |
Royal guard bertugas menjaga pintu masuk ke galeri Crown Jewel |
Lepas tunjuk tiket di pintu masuk, kiteorang terus beratur masuk ke galeri Crown Jewels di Jewel House. Sayangnya, pelawat tak dibenarkan mengambil foto sama sekali dalam galeri ni, jadi takde la gambar-gambar mahkota diraja Britain.
![]() |
Pintu masuk ke Jewel House dalam Tower of London, di mana mahkota-mahkota diraja Britain dipamerkan |
Mahkota-mahkota ni semuanya dibawah pengawalan dan pengawasan ketat oleh Royal Guards, Yeoman Warders (warden dilantik yang terdiri dari bekas tentera British Army), CCTV dan kamera tersembunyi. Even kaca display tu pun kalis bom in case ada yang datang idea gila nak letupkan display dan bawak lari mahkota yang dihiasi dengan batu-batu permata 😅.
![]() |
Ceramic poppies menghiasi tepi menara sebagai memperingati ulangtahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia ke-2. Hiasan ni berlangsung sampai 11 November 2025 je. |
![]() |
Bahagian luar Beauchamp Tower yang pernah menempatkan tawanan bangsawan |
![]() |
Tower Green di mana beberapa orang bangsawan antaranya Queen Anne Boleyn dan Lady Jane Grey dihukum pancung |
![]() |
Traitor's Gate ialah laluan masuk melalui sungai ke Tower of London. Dikenali sebagai Traitors' Gate sejak awal kurun ke-16 di mana tahanan dibawa masuk untuk perbicaraan melalui pintu ni |
![]() |
Pemandangan ikonik di London - Tower Bridge. Ramai orang confuse Tower Bridge ni dengan London Bridge. |
Ada drama sikit pada hari tu sebab kiteorang terlambat nak ke St Pancras International untuk ambik tren ke Luton Airport sebab salah perkiraan masa dan traffic jam. Kiteorang terlepas tren! Bila check harga tiket tren seterusnya beli on the spot, mak aii... 😵
Tapi mujurlah Susan tak putus asa pergi ke kaunter, last-last staff kat kaunter tu kesian kat kiteorang agaknya dan serahkan slip note untuk tunjuk dekat staff yang check tiket dekat platform. Bagi alasan kiteorang ni terlambat sampai sebab tren nak ke St Pancras delayed. Alhamdulillah, lepas! Tak payah beli tiket baru 😅. Berdebar-debar kiteorang masa tu sebab takut tertinggal tren seterusnya dan sampai lambat ke Luton Airport untuk check-in luggage. Nasib baik sempat check-in luggage!
![]() |
Kiteorang naik easyJet ke Paris. Dekat airport pun kena berlari-lari jugak sebab lepas security check terus kena panggil untuk boarding dekat gate di hujung dunia! |
Flight dari London ke Paris mengambil masa 1 jam lebih. Tapi gara-gara tidur lambat sebab kena packing beg malam sebelumnya dan seterusnya kena berlari-lari di St Pancras dan Luton Airport, aku penat sangat sampai tertidur dalam flight. Plus, kiteorang lapar sebab tak sempat nak grab lunch haha. Tau-tau dah sampai ke Charles de Gaulle (CDG) Airport, Paris.
Jujur aku cakap based on pengalaman aku, pegawai imigresen dekat Paris tak friendly macam dekat UK dan Amsterdam. Dah la muka ketat, tanya soalan pun kerek. Siap tanya berapa jumlah duit kiteorang bawak (dia tanya sorang-sorang ye) dan bila nak berambus keluar dari negara. Padahal kiteorang baru sampai 😅. Tapi kiteorang kan orang Asia, jadi jawab la dengan muka senyum dan mesra. Lepas dia dah puas hati dengan jumlah duit yang kiteorang ada jawapan kiteorang, barulah dia cop passport dan bagi kiteorang masuk.
Dari CDG Airport nak ke stesen Gare du Nord senang je. Kiteorang cuma ikut je signage sepanjang laluan ke platform tren. Tapi kena menapak agak jauh la jugak.
![]() |
Kena ambik line RER B untuk ke Gare du Nord. Harga tiket ialah 13 Euro. Aku beli tiket melalui Apple Wallet |
Perjalanan mengambil masa setengah jam je. Dari Gare du Nord ke penginapan Airbnb kiteorang jalan kaki 5 minit je. So convenient.
Bila sampai di Paris, barulah kiteorang merasai bahang musim panas! 🥵 Panas giler! Benda pertama yang aku buat bila sampai ialah mandi air sejuk. Dah la Airbnb tu takde kipas angin dan tingkap pun tak boleh bukak. Nasib baik bawak kipas bateri, dapat la tidur malam tu 😅.
Anyway, sepatutnya ikut itinerary kiteorang nak keluar berjalan-jalan ke sekitar Louvre, Place de la Concorde, Tuileries Garden, Pont de Arts dan Notre Dame malam tu, tapi masing-masing dah flat battery. Sudahnya kiteorang cuma keluar cari tempat makan untuk makan malam sebelum pulang ke Airbnb untuk berehat. Lagipun kena preserve energy sebab esoknya pagi-pagi lagi kena bertolak ke luar Paris untuk melawat istana Versailles (Chateau de Versailles).
![]() |
Makan malam di restoran berhampiran je sebab tu je tempat yang kiteorang larat nak berjalan... |
Setakat tu je la cerita jalan-jalan untuk hari ke-5 trip musim panas kiteorang. Next entry Insha Allah, aku cerita pasal jalan-jalan di Paris pulak ye.
tower bridge tu mmg rmi confuse dgn london bridge..oh airbnb xde kipas..mau berbahang ye sbb tingkap tk bole buka plak
ReplyDeleteKiteorang dulu pun confuse tower bridge dgn london bridge hehe. Dah sampai london baru tau. Ye kak, panas yakmat dkt paris. Tidur sambil pegang kipas rechargeable hala kat muka 😂 member gelak je tgk
Deletetower london ni sy tahu pun lepas baca cerita psl anne boleyn... kesian dia...
ReplyDeletekat area mana kedai pizza tu? mana laa tau tersinggah london dlm ms terdekat ni hehehe
Alamak, tak igt pulak tapi sekitar Gare du Nord tu la anies. Kiteorg dah mcm zombie malam tu, dgn penat + ngantuk + laparnya hahaha!
Deletesuka la baca ur entry :) best sgt sbb ur bff dok obersi hahhah yg pasti, i takkan travel summer sbb i tak tahan panas...so summer is out, if spring dan autumn selesa dan nyaman gitu!
ReplyDeleteTu la ada gak alasan nak pergi ke london hehe. Betul tu, sekali seumur hidup merasa suasana summer, lepas ni taubat tak nak dah hihi
DeleteHihihi baca komen kak Suz, kita samalaaah kak Suz 🤣. Sebagai manusia lilin yang langsung meleleh kalau kena panas, dah pasti saya selalu pilih winter kalo nak traveling 🤣.
ReplyDeleteBest lah kalau memang ada teman yang bisa diinapi rumahnya di UK. Mengingat Penginapan di sana tak murah..
Dulu tiap baca cerita tower of London, pasti selalunya kisah seram. Padahal tempat ini hanya sekedar kediaman raja dan benteng kan.
Sayang tak bisa foto di dalam yaa. Teringin pula lihat mahkota2 raja yg dipajang. Pasti mahal sangat Krn banyak permata 😍😅
Yg bagian tower green itu baru agak seram. Sebab bekas orang2 dipancung. Seram sangat hukuman zaman dulu tuh 😔😔
Paris ini saya sempat baca dari beberapa bloggers Indonesia, memang imigrasinya tak ramah. Belum lagi kepada orang yang tak bisa cakap french. Kemarin ada satu aturan baru kluar melalui embassy Prancis di Indonesia.
Untuk apply visa Schengen melalui kedutaan Prancis , pasport tidak boleh ada bekas stapler. Masalahnya banyak sangat tur umroh di sini yg menstapler print visa langsung ke pasport. Harus tunggu expired dululah pasport suami, baru kami bisa ke Prancis 🤣🤣. Sebab pasport dia ada bekas stapler.
Bangunan di eropah banyak sejarah yg tragis sebenarnya. Tapi suka sebab di sebalik reka bina yang cantik banyak kisah tersimpan di sebaliknya.
DeleteOh, bekas stapler pun tak boleh ye? Dekat dalam ke luar? Bulan Januari pergi umrah travel agent cuma lekat sticker di luar passport, tapi saya tanggalkan sebelum ke Eropah. Di dalam ada kertas stapler dari visa saudi tapi tak ada masalah pulak masuk ke Paris.
Wow..Kenapa Pegawai Imigresen tnye psl brp kuantiti duit kita bawakk...haha..
ReplyDeleteOk, next time pergi musim lain pulak selain Summerr...Gituuu
Sbb dia nak make sure kita ada fund yg cukup dan tak terkandas dekat dalam negara dia pastu jadi illegal worker kat sana kot. Ye, sila datang musim selain summer 🥵 kita ni org Asia keluar rumah pun bawak payung 🤭, tapi mat salleh kat sana suka la cuaca panas sbb dieorg cuma dpt merasa cuaca macam tu dalam 3-4 bulan je.
DeleteHai Carneyz, salam kenal. Best tengok Carneyz dan kawan-kawan gi travel keluar negara.
ReplyDeleteSalam kenal sis. Jemput baca penulisan saya dekat blog ni 😄
Delete