Salam kawan-kawan,
Macamana cuti Hari Malaysia korang? Seronok tak? Ada tak yang dah masuk kerja hari ni? Apapun, long weekend memang seronok kan, sama ada pergi bercuti-cuti di dalam / luar negara atau sekadar berehat di rumah.
Cuma dalam keseronokan menikmati cuti panjang, terselit juga berita duka di Sabah yang ditimpa bencana tanah runtuh baru-baru ni sehingga mengorbankan 13 nyawa. Salam takziah diucapkan buat mangsa-mangsa tanah runtuh yang kehilangan harta benda dan juga ahli keluarga tercinta dalam tragedi pada ambang Hari Malaysia. Semoga mangsa-mangsa tabah menghadapi dugaan ni 😢.
Berbalik kepada cerita balik kampung. Semalam kiteorang drive all the way ke Kuala Tatau semata-mata nak makan mee udang. Restorannya dah berpindah ke lokasi baru selepas jambatan Kuala Tatau. Dulu restoran ni terletak atas air / tepi sungai Kuala Tatau. Sambil makan, boleh menikmati pemandangan bot nelayan yang lalu-lalang atau ikan-ikan dalam sungai. Mungkin atas faktor keselamatan, dieorang berpindah tempat, atau sebab nak luaskan lagi restoran kot.
JJCM #1: Restoran Mee Udang Kuala Tatau
Apapun, mee goreng basah udang galah dekat sini memang sedap. Aku sebenarnya nak pesan mee kuah tapi dah habis pulak. Udang galah pun tinggal yang saiz kecik dan sederhana je. Yang besar semua dah habis.
![]() |
| Mee goreng basah undang galah. Udang galah tu digoreng dulu sebelum dimasukkan dalam kuah mee tu |
![]() |
| Suami Terchenta pesan mee tomyam udang galah dan anak-anak pulak nak makan nasi goreng udang galah |
JJCM #2: Momoyo
Dekat Bintulu rasanya belum ada lagi cawangan Mixue. Tapi tak jadi masalah, sebab dekat Boulevard Bintulu ada Momoya 😅 Rasa aiskrimnya lebih kurang je dengan Mixue. Aku masih tak boleh move on dengan aiskrim sundae di Chicken Delight. Sayangnya restoran tu dah tutup tengah tahun ni selepas 40+ tahun beroperasi.
![]() |
| Momoyo @ Boulevard Bintulu |
JJCM #3: Rain Tree Cafe
![]() |
| Rain Tree Cafe & Restaurant |
Sebelah malam pulak kiteorang ke Rain Tree Cafe untuk makan malam. Restoran ni terletak di Medan Jaya Bintulu, tak jauh dari Farley. Suka sangat restoran ni sebab dalamnya estetik dan makanan pun sedap-sedap semuanya.
![]() |
| Khadeeja posing dengan latar belakang restoran yang estetik |
![]() |
| Suami Terchenta tengah layan Whatsapp kerja sambil tunggu makanan sampai |
Servis di restoran ni cepat dan portion pun besar, berbaloi dengan harga. Aku pesan sirloin steak, Suami Terchenta pesan nasi daging blackpepper, Khayla pesan mac & cheese dan Khadeeja pulak pesan meatball spaghetti. Sambil tunggu main course sampai, kiteorang order truffle parmesan fries jugak.
![]() |
| Makanan semua sedap, restoran estetik dan servis pantas - sis bagi 5 🌟 |
Macam tu la pengisian kiteorang setiap kali balik ke Bintulu. Memang asyik makannnn je 🤣 🤣. Hmm... tolonggg camane nak diet ni??
Akhir sekali, ni pun aktiviti berkaitan makan jugak - makan angin di Tanjung Batu 😆
![]() |
| Petang-petang menikmati angin laut sambil tengok sunset di Tanjung Batu |
![]() |
| So tenang hidup di Bintulu ni tau, hari-hari boleh healing tengok pantai 😄 |
![]() |
| Khayla dan Suami Terchenta duduk sambil layan view laut |
Harap-harap esok pagi tak hujan sebab aku nak ajak mak cari udang galah di pasar pagi. Lepas tu nak sarapan pagi mee sapi Ahim di Jom Ngeteh. Ahaks. Amboi nafsu kemain lagi dia eyhhh. Babap karang! 😆










Tak sahlah cuti² kalau tak jjcm, kan. Nampak sedap mee udang tu lagi² dihidang dalam pinggan klasik.
ReplyDeleteYe SK, lagi2 bila balik kampung. Terubat rindu dengan masakan di negeri sendiri 🤭
Deleteaiskrim dan steak tu nampak sedap
ReplyDeleteAiskrim tu sebijik rasa aiskrim mixue. Steak tu memang sedap! Sayang takde sos blackpepper, tapi sos mushroom tu pun sedap jugak sebenarnya.
DeleteSekali sekala balik kampung mmg nak makanlah segala menu tempatan @ food hunting dekat tempat2 kita pernah pergi @ baru dibuka... diet tu tinggal je dekat KL dulu hihi
ReplyDeleteTu la sis, bukan selalu pun kan hihi 🤭 Nanti dah balik KL stress pulak tengok penimbang
Deletesemalam baru kak ana teringat macam teringin nak makan mee goreng basah, tapi tu lah nak masak pun suami kak ana tak makan mee kuning adoi.. nampak pula entri Carneyz terliur dah kakak hehe :)
ReplyDeleteKena ajak dia makan kat kedai la mcm tu ye Kak Ana. Sedap betul mee goreng basah semalam, hampir licin kuahnya saya hirup
DeleteBetul-betul jalan-jalan cari makan.
ReplyDeleteBalik kampung tak cari makanan lokal tak sah hehe
Deletemee udang tu, nampak menyelerakan sungguh
ReplyDeleteSedap mee udang tu MA. Udang fresh, kuah mee pun hampir licin saya hirup. Berbaloi drive jauh2 semata2 nak makan mee udang 😅
DeleteKejadian di Sabah amat mengejutkan, hakikat Negeri Sabah ni memang banyak bukit ..ada rumah di lembah dan lereng bukit..banyak kawasan tanah runtuh.Simpati dengan mereka yang menjadi mangsa..
ReplyDeleteTu la, sedih bila baca di akhbar dan di blog kawan-kawan di Sabah macam blog Kak Amie.
DeleteOk Bintulu, tunggu kami datang ya. Best best.
ReplyDeleteWah, bila tu Kak Mulan nak ke Bintulu? Jangan lupa cuba mee sapi ahim, laksa sarawak, nasi lalapan dan sayur midin belacan!
Deletesedap tgk mee udang tu
ReplyDeleteMee udang tu memang sedap, sebab tu sanggup drive 40 minit semata-mata nak makan mee udang yang fresh baru tangkap dari sungai hehe
DeleteBestnya view laut tu Carneyz. Kerusi rotan kat raintree tu ala ala zaman dulu. Klasik sungguh.
ReplyDeleteView ni yang buat hati rindu nak balik kampung selalu sis Ezna 😄 Cantik kan kerusi rotan ni? Pandai dieorang pilih furniture restoran ni.
DeleteWah, kalau dah bagi 5 memang betul-betul memuaskan hati.
ReplyDeleteBoleh repeat ke sini lagi kan Carneyz.
Kalau teringin makan makanan western dan fusion, tempat ni memang best Kak Amie. Tapi sebab restoran macam ni banyak di KL, bila balik kampung kiteorang selalunya cari restoran makanan lokal yang takde di KL 😄
DeleteBalik kampung memang sinonim dengan JJCM.
ReplyDeleteTu la, risau dah ni balik sure berat naik balik 🙈
DeleteYa Allah mi udang, 😍😍. Saya rela bayar mahal untuk ini, asal udangnya besar hahahahah.
ReplyDeleteBerarti kalau nanti saya eksplor Sabah Sarawak, ,harus masukkan bintulu yaa. Nampaknya kuliner di sana sedap2 😍😍
Ya, rasa kesal sikit sebab bila kami sampai udang saiz besar dah habis 😅 tapi saiz medium pun ok, yang penting udangnya segar dan manis. Wajib masukkan Bintulu dalam list Fanny! Sebab Bintulu salah satu bandar yang besar di Sarawak.
DeleteKalau buat road trip mulai dari Kuching, singgah ke Sibu, Bintulu, Miri, masuk ke Brunei, lepas tu Limbang, dan seterusnya ke KK, Sabah. Mukah pun menarik cuma bandarnya agak kecik jadi kalau singgah sebentar boleh tapi teruskan sampai ke Bintulu untuk menginap di hotel di Bintulu.
tgk gambar je dah tau memang sedap niiiii
ReplyDeletekalau sepinggan mi goreng basah mcm ni berapa RM?
Ikut saiz udang anies. Kalau udang saiz sederhana (dapat 2 ekor udang) dalam 20+ sepinggan. Mee goreng basah kosong takde udang dlm RM7 klu tak silap.
Deletemlm2 i singgah BW..terliur mee udg la plakkk
ReplyDeleteDah lama tak tengok pantai. Kalau kat KL ini mampu tengok Pantai Dalam je. ha ha ha.
ReplyDelete