Salam kawan-kawan,

Throwback masa cuti Maulud Nabi awal bulan ni. Kakak ajak kiteorang keluar makan di fennel & co. di Bukit Tunku. 


fennel & co.™️
Pertama kali datang ke fennel & co. Rasanya baru bukak kot.

bukit tunku
Dalam restoran ni cantik, ada vibe retro sikit-sikit

Menu kat sini berkonsepkan fusion Malaysian dan Western. Ala-ala East meets West la gitu. Memandangkan lokasi restoran ni di Bukit Tunku, jadi harga pun consider kayangan.


fennel & co.™️
Buttermilk, oat-crumbed, crispy fried chicken (RM38) didatangkan dengan 3 sos berbeza - gochujang, habanero dan chilli lime

Buttermilk crispy fried chicken ni bagi aku biasa-biasa je. Ayamnya agak kering tapi sesuai la makan cicah dengan sos tu. Antara ketiga-tiga sos ni, aku suka chilli lime, yang dua lagi tu rasanya agak bland dan tak menonjol. Aku bagi rating 3/5 untuk hidangan ni.


fennel & co.™️
Old-fashioned chicken chop (RM36)


Chicken chop ni pulak portion nya agak besar. Ayamnya garing, cukup perisa dan sos blackpepper tu pun sedap. Not bad, boleh bagi rating 4/5.


fennel & co.™️
Nasi lemak pasta (RM39, sekali dengan minuman sour boi)

Kakak aku pesan menu promosi sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia iaitu nasi lemak pasta sekali dengan minuman sour boi. Feedback dia not bad tapi not the best yang dia pernah cuba.

Untuk dessert pulak, aku pesan tiramisu cake:


fennel & co.™️
Tiramisu cake (RM17)

Bagi aku, kek ni biasa-biasa je. Base kek ni tak guna biskut lady finger pun. Tekstur kek ni lebih kepada cheese cake perisa kopi. Aku rate 2.5/5 sebab expectation aku kek ni sepatutnya lebih moist dan lembut macam dessert tiramisu original.


fennel & co.™️
Classic iced chocolate (RM20)

Iced chocolate ni takde yang special dan harganya terlalu mahal pada pendapat aku. Lebih kurang rasa iced chocolate dekat Nando's je. Bezanya dekat Nando's bottomless, nak refill berapa banyak kali pun tak pe. Aku bagi rating 2/5.

Overall bagi aku makanan kat sini ok2 je la, takde yang worth untuk aku datang ke sini lagi dengan harga T20 ni. Restoran ni ada sijil halal jadi korang boleh datang makan kat sini tanpa was-was.


fennel & co.™️
Alamat: i2, Stories of Taman Tunku, Jln Langgak Tunku, 
Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur
Masa operasi: 8 pagi - 10 malam (Isnin - Ahad)

5 comments:

  1. Tempat makan yang menarik boleh ajak wife dating sini... makanan pun nampak memberangsangkan hihii...

    ReplyDelete
  2. cantik cafe nya..so cozy! foods pun..yummy!

    ReplyDelete
  3. tempatnya nampak exclusive dan rege of course kayangan ;) yg penting selesa sedap dan puas hati

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...nampak sedap2 semuanya nie

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .