Salam kawan-kawan,
Throwback masa cuti Maulud Nabi awal bulan ni. Kakak ajak kiteorang keluar makan di fennel & co. di Bukit Tunku.
![]() |
Pertama kali datang ke fennel & co. Rasanya baru bukak kot. |
![]() |
Dalam restoran ni cantik, ada vibe retro sikit-sikit |
Menu kat sini berkonsepkan fusion Malaysian dan Western. Ala-ala East meets West la gitu. Memandangkan lokasi restoran ni di Bukit Tunku, jadi harga pun consider kayangan.
![]() |
Buttermilk, oat-crumbed, crispy fried chicken (RM38) didatangkan dengan 3 sos berbeza - gochujang, habanero dan chilli lime |
Buttermilk crispy fried chicken ni bagi aku biasa-biasa je. Ayamnya agak kering tapi sesuai la makan cicah dengan sos tu. Antara ketiga-tiga sos ni, aku suka chilli lime, yang dua lagi tu rasanya agak bland dan tak menonjol. Aku bagi rating 3/5 untuk hidangan ni.
![]() |
Old-fashioned chicken chop (RM36) |
Chicken chop ni pulak portion nya agak besar. Ayamnya garing, cukup perisa dan sos blackpepper tu pun sedap. Not bad, boleh bagi rating 4/5.
Kakak aku pesan menu promosi sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia iaitu nasi lemak pasta sekali dengan minuman sour boi. Feedback dia not bad tapi not the best yang dia pernah cuba.
Untuk dessert pulak, aku pesan tiramisu cake:
![]() |
Tiramisu cake (RM17) |
Bagi aku, kek ni biasa-biasa je. Base kek ni tak guna biskut lady finger pun. Tekstur kek ni lebih kepada cheese cake perisa kopi. Aku rate 2.5/5 sebab expectation aku kek ni sepatutnya lebih moist dan lembut macam dessert tiramisu original.
![]() |
Classic iced chocolate (RM20) |
Iced chocolate ni takde yang special dan harganya terlalu mahal pada pendapat aku. Lebih kurang rasa iced chocolate dekat Nando's je. Bezanya dekat Nando's bottomless, nak refill berapa banyak kali pun tak pe. Aku bagi rating 2/5.
Overall bagi aku makanan kat sini ok2 je la, takde yang worth untuk aku datang ke sini lagi dengan harga T20 ni. Restoran ni ada sijil halal jadi korang boleh datang makan kat sini tanpa was-was.
Alamat: i2, Stories of Taman Tunku, Jln Langgak Tunku,
Tempat makan yang menarik boleh ajak wife dating sini... makanan pun nampak memberangsangkan hihii...
ReplyDeletecantik cafe nya..so cozy! foods pun..yummy!
ReplyDeletetempatnya nampak exclusive dan rege of course kayangan ;) yg penting selesa sedap dan puas hati
ReplyDeletenasi lemak pasta..rare menunya
ReplyDeleteAlhamdulillah...nampak sedap2 semuanya nie
ReplyDelete