Salam kawan-kawan,

Throwback masa cuti Maulud Nabi awal bulan ni. Kakak ajak kiteorang keluar makan di fennel & co. di Bukit Tunku. 


fennel & co.™️
Pertama kali datang ke fennel & co. Rasanya baru bukak kot.

bukit tunku
Dalam restoran ni cantik, ada vibe retro sikit-sikit

Menu kat sini berkonsepkan fusion Malaysian dan Western. Ala-ala East meets West la gitu. Memandangkan lokasi restoran ni di Bukit Tunku, jadi harga pun consider kayangan.


fennel & co.™️
Buttermilk, oat-crumbed, crispy fried chicken (RM38) didatangkan dengan 3 sos berbeza - gochujang, habanero dan chilli lime

Buttermilk crispy fried chicken ni bagi aku biasa-biasa je. Ayamnya agak kering tapi sesuai la makan cicah dengan sos tu. Antara ketiga-tiga sos ni, aku suka chilli lime, yang dua lagi tu rasanya agak bland dan tak menonjol. Aku bagi rating 3/5 untuk hidangan ni.


fennel & co.™️
Old-fashioned chicken chop (RM36)


Chicken chop ni pulak portion nya agak besar. Ayamnya garing, cukup perisa dan sos blackpepper tu pun sedap. Not bad, boleh bagi rating 4/5.


fennel & co.™️
Nasi lemak pasta (RM39, sekali dengan minuman sour boi)

Kakak aku pesan menu promosi sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia iaitu nasi lemak pasta sekali dengan minuman sour boi. Feedback dia not bad tapi not the best yang dia pernah cuba.

Untuk dessert pulak, aku pesan tiramisu cake:


fennel & co.™️
Tiramisu cake (RM17)

Bagi aku, kek ni biasa-biasa je. Base kek ni tak guna biskut lady finger pun. Tekstur kek ni lebih kepada cheese cake perisa kopi. Aku rate 2.5/5 sebab expectation aku kek ni sepatutnya lebih moist dan lembut macam dessert tiramisu original.


fennel & co.™️
Classic iced chocolate (RM20)

Iced chocolate ni takde yang special dan harganya terlalu mahal pada pendapat aku. Lebih kurang rasa iced chocolate dekat Nando's je. Bezanya dekat Nando's bottomless, nak refill berapa banyak kali pun tak pe. Aku bagi rating 2/5.

Overall bagi aku makanan kat sini ok2 je la, takde yang worth untuk aku datang ke sini lagi dengan harga T20 ni. Restoran ni ada sijil halal jadi korang boleh datang makan kat sini tanpa was-was.


fennel & co.™️
Alamat: i2, Stories of Taman Tunku, Jln Langgak Tunku, 
Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur
Masa operasi: 8 pagi - 10 malam (Isnin - Ahad)

18 comments:

  1. Tempat makan yang menarik boleh ajak wife dating sini... makanan pun nampak memberangsangkan hihii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai bawak wife dating sini, vibe santai2 je kat sini.

      Delete
  2. cantik cafe nya..so cozy! foods pun..yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cafe cantik, food ok2 je la. Boleh la MA try klu lalu area ni 😄

      Delete
  3. tempatnya nampak exclusive dan rege of course kayangan ;) yg penting selesa sedap dan puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat t20 mmg kena estetik MZ hihi. Food biasa2 je dekat tekak saya.

      Delete
  4. Alhamdulillah...nampak sedap2 semuanya nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ok la tapi mungkin tak repeat kot.

      Delete
  5. Buttermilk, oat-crumbed, crispy fried chicken tu kan sedapnya.

    ReplyDelete
  6. Exclusive sangat ni, yela kan price T20 tu jarang2 sekali boleh la nak pergi hehe..area Bukit Tungku memang xleh nak ckp apa lah kann hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye hehe. Sekali-sekala nak cuba sesuatu yg baru boleh la.

      Delete
  7. kalau lihat pada rating yg diberi macam tak perlulah pergi. nak-nak bila harga pun kayangan sangat ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha! Bagi saya tak rasa worth utk repeat 😅 tak tau pulak org lain.

      Delete
  8. Aiiih sayangnya rasa so so.... Dah lah mahal pula 😅😅😅. Memang cukup sekali kalau makan di tempat yg mahal tp rasa tak spektakuler 😅.

    Padahal saya expect tiramisunya sedap. Cuma ternyata masih jauh yaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lebih suka tiramisu yang asli berbanding yang diolah jadi kek ni. Betul tu, kalau mahal saya juga expect makanannya luar biasa enak 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .