Pesta Gudi (Pesta Layang-layang) @ Bintulu International Kite Festival (BIKF)
Salam Isnin kawan-kawan,
Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak. Cuti seminggu ni rasa sekejap je kan. Pejam celik pejam celik, dah habis cuti. Suami Terchenta dan Khadeeja dah balik ke KL malam tadi. Aku dan Khayla pulak ada urusan dan akan pulang ke KL pada hari Selasa ni, Insha Allah.
Kebetulan masa kiteorang balik ke Bintulu cuti sekolah baru-baru ni, berlangsungnya Pesta Layang-layang (atau dalam bahasa Sarawak, Gudi) yang sekarang ni dikenali sebagai Bintulu International Kite Festival (BIKF). Seramai 160 peserta dari 29 buah negara menyertai BIKF pada tahun ni. Meriah kan?
 |
Bintulu International Kite Festival 2025 yang berlangsung dari 17 - 21 September 2025 |
Acara ni diadakan pada bulan September setiap tahun. Tak pasti pulak bila ianya mula-mula dianjurkan, tapi dulu masa aku masih menetap dan bekerja di Bintulu, setiap tahun memang tak pernah fail bawak anak-anak ke BIKF menyaksikan layang-layang dari seluruh pelusuk dunia.
 |
Masa ni umur Khadeeja baru setahun lebih, sekarang dah tingkatan satu ☺️ |
Alhamdulillah tahun ni keadaan cuaca dan angin memberikan kerjasama yang baik walaupun 2-3 hari selepas aku sampai dari KL cuaca asyik hujan je dari pagi ke tengahari 😅. Tapi bila pesta ni bermula, helokkk pulak panas terik dan berangin. Mungkin sebelum penganjur menetapkan tarikh pesta, dieorang dah rujuk dengan pakar meteorologi dan ramalan kaji cuaca terlebih dulu kot.
 |
Pemandangan layang-layang gergasi berterbangan di langit biru di landasan lapangan terbang lama Bintulu |
 |
Macam-macam binatang ada - ikan paus, cicak, buaya, ikan pari... |
 |
Close-up view |
Selain dari pertunjukan layang-layang, ada jugak persembahan layang-layang 'menari' berirama. Yang ni memerlukan koordinasi antara pemain layang-layang untuk membuat pusingan serentak macam kita tengok pertunjukan udara jet pejuang masa acara perbarisan Hari Kebangsaan.
 |
Layang-layang ni 'menari' mengikut lagu yang dimainkan |
Tahun ni ada sedikit kelainan sebab sebelah malam ada pertunjukan layang-layang dengan lampu LED. Tapi kiteorang malas nak keluar tengok sebab dah pergi siang hari. Korang boleh cari je dekat reel Instagram atau Tiktok.
 |
Ni la masanya nak tengok sotong terbang 😂 Nasib baik bukan lembu atau oink oink terbang! |
 |
Layang-layang ikan pari dengan corak Jalur Gemilang. Berapa lama la agaknya masa diperlukan untuk buat layang-layang gergasi bermacam-macam bentuk ni? |
 |
Di seberang jalan ada banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan terutama makanan dan minuman untuk menarik lebih ramai pengunjung ke BIKF, selain menjana pendapatan peniaga tempatan |
 |
Wide lens view. Alhamdulillah cuaca elok dan langit pun cantik je dengan tompokan awan putih |
 |
Selfie sekeping sebagai bukti kedatangan tahun ni 😄 |
comel jer gudi cicak..hehehehehe
ReplyDeleteHaha. Macam2 binatang ada Kak Fzy 😆
DeleteKembali ke rutin
ReplyDeleteBesttt nya cantikkk layang2
Teringatt pula zaman kanak2 musim angin aktivitinya mesti majn layang2 buat dgn kertas je
Memang best, setiap tahun pesta ni menarik ramai pengunjung yg datang nak tengok layang-layang gergasi. Dulu masa anak2 kecik, rajin ler kiteorang belikan layang2 utk dieorang main sekali dekat situ.
DeleteMenariknya! Kita tengok layang2 dekat Taman Metropolitan Kepong tu pun dah rasa meriah, ini kan pula festival macam ni kan...
ReplyDeleteEh eh, baru teringat Taman Metropolitan Kepong tu tempat main layang2. Dulu masa anak2 masih kecik pun pernah bawak dieorang main layang2 dekat situ. Suasana dekat Pesta Gudi. ni memang meriah setiap tahun sis 😄
Delete