Salam Isnin kawan-kawan,

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak. Cuti seminggu ni rasa sekejap je kan. Pejam celik pejam celik, dah habis cuti. Suami Terchenta dan Khadeeja dah balik ke KL malam tadi. Aku dan Khayla pulak ada urusan dan akan pulang ke KL pada hari Selasa ni, Insha Allah.

Kebetulan masa kiteorang balik ke Bintulu cuti sekolah baru-baru ni, berlangsungnya Pesta Layang-layang (atau dalam bahasa Sarawak, Gudi) yang sekarang ni dikenali sebagai Bintulu International Kite Festival (BIKF). Seramai 160 peserta dari 29 buah negara menyertai BIKF pada tahun ni. Meriah kan?


Pesta Layang-layang Bintulu
Bintulu International Kite Festival 2025 yang berlangsung dari 17 - 21 September 2025

Acara ni diadakan pada bulan September setiap tahun. Tak pasti pulak bila ianya mula-mula dianjurkan, tapi dulu masa aku masih menetap dan bekerja di Bintulu, setiap tahun memang tak pernah fail bawak anak-anak ke BIKF menyaksikan layang-layang dari seluruh pelusuk dunia. 


Bintulu International Kite Festival (BIKF)
Masa ni umur Khadeeja baru setahun lebih, sekarang dah tingkatan satu ☺️

Alhamdulillah tahun ni keadaan cuaca dan angin memberikan kerjasama yang baik walaupun 2-3 hari selepas aku sampai dari KL cuaca asyik hujan je dari pagi ke tengahari 😅. Tapi bila pesta ni bermula, helokkk pulak panas terik dan berangin. Mungkin sebelum penganjur menetapkan tarikh pesta, dieorang dah rujuk dengan pakar meteorologi dan ramalan kaji cuaca terlebih dulu kot.


Bintulu International Kite Festival (BIKF)
Pemandangan layang-layang gergasi berterbangan di langit biru di landasan lapangan terbang lama Bintulu

Bintulu International Kite Festival (BIKF)
Macam-macam binatang ada - ikan paus, cicak, buaya, ikan pari...

Pesta Layang-layang Bintulu
Close-up view

Selain dari pertunjukan layang-layang, ada jugak persembahan layang-layang 'menari' berirama. Yang ni memerlukan koordinasi antara pemain layang-layang untuk membuat pusingan serentak macam kita tengok pertunjukan udara jet pejuang masa acara perbarisan Hari Kebangsaan.


Pesta Layang-layang Bintulu
Layang-layang ni 'menari' mengikut lagu yang dimainkan

Tahun ni ada sedikit kelainan sebab sebelah malam ada pertunjukan layang-layang dengan lampu LED. Tapi kiteorang malas nak keluar tengok sebab dah pergi siang hari. Korang boleh cari je dekat reel Instagram atau Tiktok.


Pesta Layang-layang Bintulu
Ni la masanya nak tengok sotong terbang 😂 Nasib baik bukan lembu atau oink oink terbang!

Pesta Layang-layang Bintulu
Layang-layang ikan pari dengan corak Jalur Gemilang. Berapa lama la agaknya masa diperlukan untuk buat layang-layang gergasi bermacam-macam bentuk ni?

Pesta Layang-layang Bintulu
Di seberang jalan ada banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan terutama makanan dan minuman untuk menarik lebih ramai pengunjung ke BIKF, selain menjana pendapatan peniaga tempatan

Pesta Layang-layang Bintulu
Wide lens view. Alhamdulillah cuaca elok dan langit pun cantik je dengan tompokan awan putih


Pesta Layang-layang Bintulu
Selfie sekeping sebagai bukti kedatangan tahun ni 😄

10 comments:

  1. Kembali ke rutin
    Besttt nya cantikkk layang2

    Teringatt pula zaman kanak2 musim angin aktivitinya mesti majn layang2 buat dgn kertas je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, setiap tahun pesta ni menarik ramai pengunjung yg datang nak tengok layang-layang gergasi. Dulu masa anak2 kecik, rajin ler kiteorang belikan layang2 utk dieorang main sekali dekat situ.

      Delete
  2. Menariknya! Kita tengok layang2 dekat Taman Metropolitan Kepong tu pun dah rasa meriah, ini kan pula festival macam ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh, baru teringat Taman Metropolitan Kepong tu tempat main layang2. Dulu masa anak2 masih kecik pun pernah bawak dieorang main layang2 dekat situ. Suasana dekat Pesta Gudi. ni memang meriah setiap tahun sis 😄

      Delete
  3. Replies
    1. Seronok tengok macam2 rupa & gaya layang2 dekat pesta ni 😄

      Delete
  4. teringat tahun lepas saya mai bintulu tgh berlangsung pesta layang-layang ni.. tapi tak singgah, tengok sambil lalu je dari dalam kenderaan. sebab otw nak masuk ke long mekapan.. done follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok sambil lalu pun seronok jugak. Kiteorang pun tak lama kat situ sebab cuaca panas terik. Setakat ambik gambar dan tengok persembahan layang-layang terbang berirama je, lepas tu balik 😄

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .