Setiap kali aku bukak laci dapur, rasa serabut betul tengok isi laci ni. Dengan pelapiknya yang dah tercabut, sudip dan pisau berterabur... I is kenot. Mulalah perangai OCD aku ni menghasut aku untuk bukak Shopee cari jalan penyelesaian kepada masalah mata aku yang semak memandang laci ni!
![]() |
| Keadaan laci dapur yang berselerak sebelum kita makeover kan dia... |
Dan lepas scroll bahagian kitchen organiser di Shopee, maka aku pun terbeli la organiser:
![]() |
| Keadaan selepas. Boleh la, nampak kemas sikit. Sudu garpu pakai buang tu akhirnya aku keluarkan terus dari laci dan simpan dalam bekas plastik sebab nampak menyemak pulak. |
OK la, berbaloi la bayar RM30+ untuk drawer organiser ni. Kot-kot ada siapa yang menghadapi masalah yang sama dengan aku ni, boleh la letak kod ni dekat bahagian Search di Shopee: AJE-ZET-TFU atau tekan link ni 😉.


30 Comments
memang nak kena makeover jugak ni my kitchen drawer..nak kena cari masa laaaa
ReplyDeleteNi pun saya asyik bertangguh jugak nak buat padahal Home Manager 😝 dah tahap semak sangat tu yg beli drawer organiser buat makeover. Puas hati!
DeleteNampak lebih kemas, good job 👍🏻
ReplyDeleteTerima kasih sis 😄 ni lepas bertangguh sekian lama baru buat hihi
DeleteWah.. Mantaplah.. Berbaloi dengan harga.. Terus nampak kemas..
ReplyDeleteTu la keluar kos sikit tapi puas hati dgn hasilnya 😄
Deletepakai buang aje.. sudip ngan sendok pon pakai buang aje... thehehehe
ReplyDeleteKaya bebenor camtu hehe
Deletebila kemas gitu cantik mata memandang
ReplyDeleteYe kak. Nak cari barang pun senang
DeleteWahhh.. dah nampak kemas tu, Carneyz. Senang nak capai apa yg kita nak gunakan.
ReplyDeleteBetul tu SK. Dah tak tercari2 barang dalam ni. Lipas kecik2 pun dah takde tempat menyorok hihi
DeleteRasa lapang dada melihat yang serabut sudah nampak kemas.
ReplyDeleteSangat, Kak Amie. Sebelum ni serabut je mata tengok berselerak je dalam laci ni. Lepas ni nak buat untuk laci barang2 baking pulak 😄
Deletenak kena beli juga nanti nie.
ReplyDeleteUkur dulu lebar dan dalam laci tu sbb saya punya laci tak dalam sangat jadi kena susun mcm ni jadi ada lagi ruang kat tepi tu.
Deletenamapk lebih tersusun dan mudah nak cari barang. capai je
ReplyDeleteItulah mencapai objektif bendalah ni hehe
DeleteNampak tersusun rapi tu..rajin ya bersihkan.. anak2 suami sayang ni ..
ReplyDeleteKalau tak semak mata memandang laci berselerak, cikgu hehe
DeleteMata pun tak sakit dah bila tengok tersusun elok macam ni.
ReplyDeleteya, nak cari pun senang sis Ezna. Capai je terus 😄
DeleteSedap mata memandang lepas dah susun semula!
ReplyDeleteNampak helok ler sikit dari sebelum ni hehe
Deletebla dah kemas ni siap laa... macam2 resepi baru akan muncul kat blog ni😁😁 gurau jeee
ReplyDeleteIdok nyer hehe. Tu ikut mood jugak, tapi mmg kena masak hari2 pun cuma malas nak update kat blog sbb selalu masak simple2 je hehe
DeleteSaya pun suka gemaaaas kalau liat barang2 terlalu banyak sampai berantakan. Tp biasanya, saya akan buang yg memang tak terpakai 😅. Biar tak penuh sangat, dan hanya menyimpan yg dipakai saja 🤭
ReplyDeleteNi pun saya dah kemas dan buang mana yang tak elok / dah uzur sangat. Yang sudu garpu pakai buang tu saya simpan sebab utk jamuan di sekolah anak2
Deletenampak kemas tersusun, nice!!
ReplyDeletetulah kak nohas, tapi kecewa sikit sebab saiz dekat shopee tu tak berapa accurate igtkan muat nak letak menegak tapi tak muat pulak, jadi terpaksa letak melintang dan ada ruang sikit dekat hujung tu.
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .