Terlalu Dekat Memori FB...

Salam Khamis kawan-kawan,

Aku sebenarnya kan, dah tak aktif kat FB. Cuma aku sayang nak delete akaun sebab banyak kenangan masa anak-anak masih kecik yang aku coret di FB zaman aku dah tak aktif blogging. Sekali-sekala aku bukak jugak FB cuma untuk tengok memori lama. Jadi kalau request jadi friend di FB, minta maaf la ye, aku memang tak akan accept sebab dah tak aktif. Jangan pulak korang kecik hati tau 😅.

Anyway, memori masuk akhbar The Star ni lalu dekat wall FB aku bulan ni. Dah lama pun sebenarnya, lebih dari 10 tahun lepas. Eh, tak sangka dah 10 tahun aku dan Suami Terchenta konvo sesama! 😱 Cepatnya masa berlalu...


MBA graduate
Keratan akhbar ni kiteorang simpan lagi sampai sekarang, bukan selalu muka masuk surat khabar kan? 😂

Pengalaman ambik Masters dengan pregnant 2x, beranak 2x, tangguh semester 2x, fuuhhh! Memang takkan dilupakan! Pernah berlari keluar dewan exam gara-gara morning sickness dan nak termuntah tengok soalan exam 🤣. Beberapa kali kena pecut balik KL dari outstation business trip sebab kena masuk kelas malam tu (ambik part-time dan kelas weekdays sebelah malam setiap hari). Tu belum lagi struggle menyiapkan final research project sambil bekerja, terpaksa korbankan masa tidur siapkan report sebelum deadline untuk hantar ke supervisor. 

Tipu la kalau kata takde rasa nak give up langsung sepanjang tempoh tu. Banyak kali nak give up! Tapi aku selalu ingatkan diri-sendiri kiteorang buat ni untuk anak-anak. Untuk jadi motivasi dieorang bila dah besar kelak.

Alhamdulillah, dapat lecturers yang memahami kekangan pelajar yang dah berkeluarga macam kiteorang masa tu. Dan jugak boss yang memahami, bagi keluar meeting awal sebab nak berkejar ke kelas. Terima kasih jugak KWSP bagi kiteorang keluarkan duit dari akaun 2 untuk bayar yuran pengajian 😆. Kalau tak, rasanya dah sangkut tengah jalan dan tak dapat la nak graduate 🥹.

OK tu je la nak cerita pengalaman mengusik jiwa sebab penuh pancaroba nak menghabiskan pengajian di UM satu masa dulu 🤭. Semoga menjadi sumber kekuatan anak-anak bila tiba giliran dieorang pulak untuk saambung belajar di peringkat universiti, Ameen YRA! 🤲🏻


Graduation photo
We were in this journey together (yang 2 ketul tu literally 'in me' masa tu 🤣)

40 comments:

  1. Alhamdulillah..tahniah for both of u.. Linda memang salute lah yang sambung belajar sambil bekerja ni, memang hebat... Linda tak tentu boleh buat ke tak..M tu lagi besar.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Linda. Dah lama berlalu... kenangan 10 tahun lepas hehe. Kalau buat sekarang di umur 40an rasanya awal2 dah give up! 😂

      Delete
  2. Wahhh.. share tarikh lahir eh semua anak², sekali dgn anniversary. Kagum betul tengok Carneyz dan suami menghabiskan master tu. Berbaloi penat lelah semua tu. Kita pun jarang dah buka fb kadang seminggu sekali baru buka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, perancangan Allah tu cantik sgt SK. Tunggu punya tunggu rezeki anak 3 tahun lebih tak sampai2, sudahnya pergi register sambung Master, tup2 dpt tau pregnant. Dua2 patut lahir bulan Januari tapi dua2 nak keluar tarikh yg sama 😅 tak kasi can langsung mak pak dieorg nak celebrate anniversary berdua sbb kena ada dieorg jugak sambut birthday sekali 😜

      Delete
  3. waaa so inspiring! congrats on the double convo (u 7 & ur hubby). so u bolehlah sambung buat phd plakkkk!!! uniquenya ur daughters sama bday dgn ur anniversary. rare sgt niiii...memang kena mega celebration every year!

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo no 7 tu hahaah padahal tgh guna lappy ni taip2 komen

      Delete
    2. Mujur buat keputusan sambung Masters sama2, dpt bagi semangat dekat each other hehe. Kalau tak mau give up tengah jalan ni MZ. Tu la, tak sangka betul, dua2 nak keluar tarikh yg sama tak kasi can mak pak dieorg sambut anniversary berdua je sbb kena sambut birthday dieorg sekali 🤣.

      Plan nak buat PhD masa anak2 dah masuk uni (Insha Allah), bagi motivasi dieorg utk belajar bersungguh2 dan supaya ada motivasi utk diri-sendiri habiskan PhD bila sambung belajar dgn anak2 🤭

      Delete
  4. Sama la kita tak aktif dah FB tengok jarang2 je & tengok yang memory tu je. Ada masa upload la jugak gambar untuk disimpan kat FB. Dah tak macam dulu semua nak upload kat FB. Tahniah walaupun banyak cabaran berjaya jugak menggenggam kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg gambar upload kat blog / IG je Cie. Tu pun IG tu jarang2 update, banyak share post tentang 🇵🇸 je.

      Terima kasih Cie 🫶🏻. Betul, banyak cabaran masa tu nak habiskan Masters tapi alhamdulillah Allah bagi kekuatan dan rezeki dapat tamatkan pengajian. Ada kawan yg terpaksa berhenti di tengah jalan sebab dapat anak special needs, jadi suami dia je yg grad. Dia anggap bukan rezeki dia di situ dan dia redha 🥹.

      Delete
  5. wah...gigih ye Carneyz...kalau SA..x tau la mampu ke tak..dengan lambakkan kerja lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu gigih la SA sebab umur muda lagi hihi. Cuba suruh buat sekarang, mau sekerat jalan je kot 😅 Kerja mmg berlambak tapi alhamdulillah dapat boss yang memahami 😊

      Delete
  6. Memori yang berharga muncul kembali.. Tahniah Carneyz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Ana. Kenangan yang tak boleh dilupakan hihi.

      Delete
  7. Wah…tak tahu kisah ni pun. MasyaAllah hebat Carneyz dapat harungi segala cabaran 👏🏽

    Akak pun dah tak aktif Fb/Ig. Fokus blog je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semuanya rezeki Allah tu Kak Ujie 😊 saya ada kawan sama batch register program Masters ni yg sama2 pregnant tapi bukan rezeki dia utk grad sebab anak dia lebih memerlukan perhatian dia. Mungkin Allah bagi rezeki dia dekat tempat lain.

      Delete
  8. Sama, dah tak aktif FB. Friend request berlambak 😅

    You & husband had set the bar high for your children 👍🏻 This gonna be their motivation. Congratulations sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, dah tua2 ni malas pulak nak main FB hihi.

      Terima kasih sis 🫶🏻 Cerita dah lama, 10 tahun lepas. Rezeki dapat grad walaupun macam2 benda kena harung masa tu 😅

      Delete
  9. Sama belajar masa kerja ni tp kita terkandas sbb di hujung² ..family prob.. sudahnya pk byk kali nak smbg blk ni.. #nangisbucukatil
    Syabas carney n jun!!
    Korang mmg kuat semangat laa

    #teamgengSPACEutmkl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe nanti dah retire boleh sambung balik Kak Ret. Dapat la masuk paper warga emas naik pentas masa konvo 😅

      Ingat lagi dulu buat group discussion dekat Sasana Kijang 🤭 Tak tau la kafe tu ada lagi ke tak hihi.

      Delete
  10. Masuk paper! Nak sain tang bahu satu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh, Uncle pun masuk paper jugak 🤭 Boleh mintak autograf Uncle jugak hehe

      Delete
  11. Wahhhh Carneyz....terinspirasi baca blog post yang ini. Kalau anak2 dalam perut masa kita tengah belajar orang kata nanti anak-anak pandai. Bukan senang nak handle semuanya....kalau rasa nak give up tu boleh imagine macam mana.....apa pun Tahniah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sis Ezna 🤗 betul, mmg tak mudah dan kalau buat sekarang ni mungkin sekerat jalan je kesudahannya hehe. Umur masih muda masa tu, jadi banyak lagi tenaga nak juggle banyak benda dalam hidup 😅

      Delete
  12. Wahh really inspiring! Saya baca pun letih. Tgh pregnant nak kena hadap exam. Bekerja sambil belajar, pastu nak uruskan anak kecik lagi. Hebat sangat! Congrats to both of you walaupun convo dah lama berlalu 🥳🥳

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mmg letih sangat. Tapi kesian jugak dekat anak2 masa kecik dieorg terkorban sbb mak pak sentiasa sibuk, weekdays kerja weekend buat assignment. Jadi skrg tgh ganti balik masa dgn anak2 😊

      Delete
  13. Replies
    1. TQ Sodep. Masa tu tak sempat berjimba sgt dgn korang kan hihi.

      Delete
  14. Samaa fb dah x aktif pun
    Lebih pd blog , ig dan tiktok he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, FB kadang2 terlalu toksik bagi saya. Lebih suka IG sbb tgk gambar2 dan reel je. TT tak install dan tak rasa nak buat akaun.

      Delete
  15. Amazing, awak berdua benar benar SUPER Duper..tahniah demi masa depan kan..apa ja diharungi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kepada utk kepuasan diri sendiri je cikgu hehe. Tapi bagus jugak, ada memori untuk dikenang di kemudian hari.

      Delete
  16. sy fahammmm sgt part terkejar2 nak pegi kelas tu sbb sy pun penah alaminya... walaupun x preggy tp bekerja smbl belajar ni... betul la kata org, yg kuat semangat je berjaya tempuh smpi habis... congratulation for both of u wpn dah lbh 10 thn berlalu👍😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye setuju sangat anies! Kadang2 meeting drag terpaksa mintak kebenaran boss nak keluar awal sbb ada kelas. Tapi kadang2 klu meeting penting sangat atau clash dgn biz trip, terpaksa korbankan kelas huhu.

      Delete
  17. kenangan mengusik jiwa bila dpt buat MASTER time dh kawin ..nk plak pregnant ..mcm2 dugaan akhirnya convo bersama suami....tahniah..fb ni syok bila kita dpt tgk memori lama walaupun dh tk aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. Akaun FB ni tak boleh nak padam semata2 sbb ada memori indah dgn anak2 dalam tu.

      Delete
  18. alhamdulillah.. tahniah keduanya . baarakallahu lakuma.. untuk mendapat kejayaan yang hebat memerlukan usaha yang hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Allah permudahkan jugak segala urusan kiteorg walaupun penuh cabaran tapi tak sesukar yang orang lain hadap. Ada jugak yg terpaksa drop out dari program tu sekerat jalan.

      Delete
  19. Saluuuuuut lah 👍👍👍👍. Bukan mudah tuh nak ambil master sambil bekerja, apalagi tengah pregnant. Jadi saat graduate pastilah rasanya lega, happy, puas menjadi satu 👍👍👍☺️. Semoga bisa jadi motivasi untuk anak2 saat besar nanti ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fanny, kalau suruh repeat lagi saya memang taknak! 😂

      Delete
  20. the struggle is real but the result is sweet..bagus wartawan yg interview you all berdua...artikel yg menjadi motivasi kpd semua...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .