Terlalu Dekat Memori FB...

Salam Khamis kawan-kawan,

Aku sebenarnya kan, dah tak aktif kat FB. Cuma aku sayang nak delete akaun sebab banyak kenangan masa anak-anak masih kecik yang aku coret di FB zaman aku dah tak aktif blogging. Sekali-sekala aku bukak jugak FB cuma untuk tengok memori lama. Jadi kalau request jadi friend di FB, minta maaf la ye, aku memang tak akan accept sebab dah tak aktif. Jangan pulak korang kecik hati tau 😅.

Anyway, memori masuk akhbar The Star ni lalu dekat wall FB aku bulan ni. Dah lama pun sebenarnya, lebih dari 10 tahun lepas. Eh, tak sangka dah 10 tahun aku dan Suami Terchenta konvo sesama! 😱 Cepatnya masa berlalu...


MBA graduate
Keratan akhbar ni kiteorang simpan lagi sampai sekarang, bukan selalu muka masuk surat khabar kan? 😂

Pengalaman ambik Masters dengan pregnant 2x, beranak 2x, tangguh semester 2x, fuuhhh! Memang takkan dilupakan! Pernah berlari keluar dewan exam gara-gara morning sickness dan nak termuntah tengok soalan exam 🤣. Beberapa kali kena pecut balik KL dari outstation business trip sebab kena masuk kelas malam tu (ambik part-time dan kelas weekdays sebelah malam setiap hari). Tu belum lagi struggle menyiapkan final research project sambil bekerja, terpaksa korbankan masa tidur siapkan report sebelum deadline untuk hantar ke supervisor. 

Tipu la kalau kata takde rasa nak give up langsung sepanjang tempoh tu. Banyak kali nak give up! Tapi aku selalu ingatkan diri-sendiri kiteorang buat ni untuk anak-anak. Untuk jadi motivasi dieorang bila dah besar kelak.

Alhamdulillah, dapat lecturers yang memahami kekangan pelajar yang dah berkeluarga macam kiteorang masa tu. Dan jugak boss yang memahami, bagi keluar meeting awal sebab nak berkejar ke kelas. Terima kasih jugak KWSP bagi kiteorang keluarkan duit dari akaun 2 untuk bayar yuran pengajian 😆. Kalau tak, rasanya dah sangkut tengah jalan dan tak dapat la nak graduate 🥹.

OK tu je la nak cerita pengalaman mengusik jiwa sebab penuh pancaroba nak menghabiskan pengajian di UM satu masa dulu 🤭. Semoga menjadi sumber kekuatan anak-anak bila tiba giliran dieorang pulak untuk saambung belajar di peringkat universiti, Ameen YRA! 🤲🏻


Graduation photo
We were in this journey together (yang 2 ketul tu literally 'in me' masa tu 🤣)

7 comments:

  1. Alhamdulillah..tahniah for both of u.. Linda memang salute lah yang sambung belajar sambil bekerja ni, memang hebat... Linda tak tentu boleh buat ke tak..M tu lagi besar.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. share tarikh lahir eh semua anak², sekali dgn anniversary. Kagum betul tengok Carneyz dan suami menghabiskan master tu. Berbaloi penat lelah semua tu. Kita pun jarang dah buka fb kadang seminggu sekali baru buka.

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. share tarikh lahir eh semua anak², sekali dgn anniversary. Kagum betul tengok Carneyz dan suami menghabiskan master tu. Berbaloi penat lelah semua tu. Kita pun jarang dah buka fb kadang seminggu sekali baru buka.

    ReplyDelete
  4. waaa so inspiring! congrats on the double convo (u 7 & ur hubby). so u bolehlah sambung buat phd plakkkk!!! uniquenya ur daughters sama bday dgn ur anniversary. rare sgt niiii...memang kena mega celebration every year!

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo no 7 tu hahaah padahal tgh guna lappy ni taip2 komen

      Delete
  5. Sama la kita tak aktif dah FB tengok jarang2 je & tengok yang memory tu je. Ada masa upload la jugak gambar untuk disimpan kat FB. Dah tak macam dulu semua nak upload kat FB. Tahniah walaupun banyak cabaran berjaya jugak menggenggam kejayaan.

    ReplyDelete
  6. wah...gigih ye Carneyz...kalau SA..x tau la mampu ke tak..dengan lambakkan kerja lagi...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .