Salam Khamis kawan-kawan,
Aku sebenarnya kan, dah tak aktif kat FB. Cuma aku sayang nak delete akaun sebab banyak kenangan masa anak-anak masih kecik yang aku coret di FB zaman aku dah tak aktif blogging. Sekali-sekala aku bukak jugak FB cuma untuk tengok memori lama. Jadi kalau request jadi friend di FB, minta maaf la ye, aku memang tak akan accept sebab dah tak aktif. Jangan pulak korang kecik hati tau 😅.
Anyway, memori masuk akhbar The Star ni lalu dekat wall FB aku bulan ni. Dah lama pun sebenarnya, lebih dari 10 tahun lepas. Eh, tak sangka dah 10 tahun aku dan Suami Terchenta konvo sesama! 😱 Cepatnya masa berlalu...
![]() |
| Keratan akhbar ni kiteorang simpan lagi sampai sekarang, bukan selalu muka masuk surat khabar kan? 😂 |
Pengalaman ambik Masters dengan pregnant 2x, beranak 2x, tangguh semester 2x, fuuhhh! Memang takkan dilupakan! Pernah berlari keluar dewan exam gara-gara morning sickness dan nak termuntah tengok soalan exam 🤣. Beberapa kali kena pecut balik KL dari outstation business trip sebab kena masuk kelas malam tu (ambik part-time dan kelas weekdays sebelah malam setiap hari). Tu belum lagi struggle menyiapkan final research project sambil bekerja, terpaksa korbankan masa tidur siapkan report sebelum deadline untuk hantar ke supervisor.
Tipu la kalau kata takde rasa nak give up langsung sepanjang tempoh tu. Banyak kali nak give up! Tapi aku selalu ingatkan diri-sendiri kiteorang buat ni untuk anak-anak. Untuk jadi motivasi dieorang bila dah besar kelak.
Alhamdulillah, dapat lecturers yang memahami kekangan pelajar yang dah berkeluarga macam kiteorang masa tu. Dan jugak boss yang memahami, bagi keluar meeting awal sebab nak berkejar ke kelas. Terima kasih jugak KWSP bagi kiteorang keluarkan duit dari akaun 2 untuk bayar yuran pengajian 😆. Kalau tak, rasanya dah sangkut tengah jalan dan tak dapat la nak graduate 🥹.
OK tu je la nak cerita pengalaman mengusik jiwa sebab penuh pancaroba nak menghabiskan pengajian di UM satu masa dulu 🤭. Semoga menjadi sumber kekuatan anak-anak bila tiba giliran dieorang pulak untuk saambung belajar di peringkat universiti, Ameen YRA! 🤲🏻
![]() |
| We were in this journey together (yang 2 ketul tu literally 'in me' masa tu 🤣) |


Alhamdulillah..tahniah for both of u.. Linda memang salute lah yang sambung belajar sambil bekerja ni, memang hebat... Linda tak tentu boleh buat ke tak..M tu lagi besar.. hahaha
ReplyDeleteTerima kasih Linda. Dah lama berlalu... kenangan 10 tahun lepas hehe. Kalau buat sekarang di umur 40an rasanya awal2 dah give up! 😂
DeleteWahhh.. share tarikh lahir eh semua anak², sekali dgn anniversary. Kagum betul tengok Carneyz dan suami menghabiskan master tu. Berbaloi penat lelah semua tu. Kita pun jarang dah buka fb kadang seminggu sekali baru buka.
ReplyDeleteAlhamdulillah, perancangan Allah tu cantik sgt SK. Tunggu punya tunggu rezeki anak 3 tahun lebih tak sampai2, sudahnya pergi register sambung Master, tup2 dpt tau pregnant. Dua2 patut lahir bulan Januari tapi dua2 nak keluar tarikh yg sama 😅 tak kasi can langsung mak pak dieorg nak celebrate anniversary berdua sbb kena ada dieorg jugak sambut birthday sekali 😜
Deletewaaa so inspiring! congrats on the double convo (u 7 & ur hubby). so u bolehlah sambung buat phd plakkkk!!! uniquenya ur daughters sama bday dgn ur anniversary. rare sgt niiii...memang kena mega celebration every year!
ReplyDeletetypo no 7 tu hahaah padahal tgh guna lappy ni taip2 komen
DeleteMujur buat keputusan sambung Masters sama2, dpt bagi semangat dekat each other hehe. Kalau tak mau give up tengah jalan ni MZ. Tu la, tak sangka betul, dua2 nak keluar tarikh yg sama tak kasi can mak pak dieorg sambut anniversary berdua je sbb kena sambut birthday dieorg sekali 🤣.
DeletePlan nak buat PhD masa anak2 dah masuk uni (Insha Allah), bagi motivasi dieorg utk belajar bersungguh2 dan supaya ada motivasi utk diri-sendiri habiskan PhD bila sambung belajar dgn anak2 🤭
Sama la kita tak aktif dah FB tengok jarang2 je & tengok yang memory tu je. Ada masa upload la jugak gambar untuk disimpan kat FB. Dah tak macam dulu semua nak upload kat FB. Tahniah walaupun banyak cabaran berjaya jugak menggenggam kejayaan.
ReplyDeleteSkrg gambar upload kat blog / IG je Cie. Tu pun IG tu jarang2 update, banyak share post tentang 🇵🇸 je.
DeleteTerima kasih Cie 🫶🏻. Betul, banyak cabaran masa tu nak habiskan Masters tapi alhamdulillah Allah bagi kekuatan dan rezeki dapat tamatkan pengajian. Ada kawan yg terpaksa berhenti di tengah jalan sebab dapat anak special needs, jadi suami dia je yg grad. Dia anggap bukan rezeki dia di situ dan dia redha 🥹.
wah...gigih ye Carneyz...kalau SA..x tau la mampu ke tak..dengan lambakkan kerja lagi...
ReplyDeleteMasa tu gigih la SA sebab umur muda lagi hihi. Cuba suruh buat sekarang, mau sekerat jalan je kot 😅 Kerja mmg berlambak tapi alhamdulillah dapat boss yang memahami 😊
DeleteMemori yang berharga muncul kembali.. Tahniah Carneyz..
ReplyDeleteTerima kasih Kak Ana. Kenangan yang tak boleh dilupakan hihi.
DeleteWah…tak tahu kisah ni pun. MasyaAllah hebat Carneyz dapat harungi segala cabaran 👏🏽
ReplyDeleteAkak pun dah tak aktif Fb/Ig. Fokus blog je.
Alhamdulillah, semuanya rezeki Allah tu Kak Ujie 😊 saya ada kawan sama batch register program Masters ni yg sama2 pregnant tapi bukan rezeki dia utk grad sebab anak dia lebih memerlukan perhatian dia. Mungkin Allah bagi rezeki dia dekat tempat lain.
DeleteSama, dah tak aktif FB. Friend request berlambak 😅
ReplyDeleteYou & husband had set the bar high for your children 👍🏻 This gonna be their motivation. Congratulations sis!
Tu la, dah tua2 ni malas pulak nak main FB hihi.
DeleteTerima kasih sis 🫶🏻 Cerita dah lama, 10 tahun lepas. Rezeki dapat grad walaupun macam2 benda kena harung masa tu 😅
Sama belajar masa kerja ni tp kita terkandas sbb di hujung² ..family prob.. sudahnya pk byk kali nak smbg blk ni.. #nangisbucukatil
ReplyDeleteSyabas carney n jun!!
Korang mmg kuat semangat laa
#teamgengSPACEutmkl
Takpe nanti dah retire boleh sambung balik Kak Ret. Dapat la masuk paper warga emas naik pentas masa konvo 😅
DeleteIngat lagi dulu buat group discussion dekat Sasana Kijang 🤭 Tak tau la kafe tu ada lagi ke tak hihi.
Masuk paper! Nak sain tang bahu satu!
ReplyDeleteEleh, Uncle pun masuk paper jugak 🤭 Boleh mintak autograf Uncle jugak hehe
DeleteWahhhh Carneyz....terinspirasi baca blog post yang ini. Kalau anak2 dalam perut masa kita tengah belajar orang kata nanti anak-anak pandai. Bukan senang nak handle semuanya....kalau rasa nak give up tu boleh imagine macam mana.....apa pun Tahniah!!!
ReplyDeleteTQ sis Ezna 🤗 betul, mmg tak mudah dan kalau buat sekarang ni mungkin sekerat jalan je kesudahannya hehe. Umur masih muda masa tu, jadi banyak lagi tenaga nak juggle banyak benda dalam hidup 😅
DeleteWahh really inspiring! Saya baca pun letih. Tgh pregnant nak kena hadap exam. Bekerja sambil belajar, pastu nak uruskan anak kecik lagi. Hebat sangat! Congrats to both of you walaupun convo dah lama berlalu 🥳🥳
ReplyDeleteAah mmg letih sangat. Tapi kesian jugak dekat anak2 masa kecik dieorg terkorban sbb mak pak sentiasa sibuk, weekdays kerja weekend buat assignment. Jadi skrg tgh ganti balik masa dgn anak2 😊
DeleteBangga ngan korang..
ReplyDeleteTQ Sodep. Masa tu tak sempat berjimba sgt dgn korang kan hihi.
DeleteSamaa fb dah x aktif pun
ReplyDeleteLebih pd blog , ig dan tiktok he hee
Tu la, FB kadang2 terlalu toksik bagi saya. Lebih suka IG sbb tgk gambar2 dan reel je. TT tak install dan tak rasa nak buat akaun.
DeleteAmazing, awak berdua benar benar SUPER Duper..tahniah demi masa depan kan..apa ja diharungi..
ReplyDeleteLebih kepada utk kepuasan diri sendiri je cikgu hehe. Tapi bagus jugak, ada memori untuk dikenang di kemudian hari.
Deletesy fahammmm sgt part terkejar2 nak pegi kelas tu sbb sy pun penah alaminya... walaupun x preggy tp bekerja smbl belajar ni... betul la kata org, yg kuat semangat je berjaya tempuh smpi habis... congratulation for both of u wpn dah lbh 10 thn berlalu👍😀
ReplyDeleteYe setuju sangat anies! Kadang2 meeting drag terpaksa mintak kebenaran boss nak keluar awal sbb ada kelas. Tapi kadang2 klu meeting penting sangat atau clash dgn biz trip, terpaksa korbankan kelas huhu.
Deletekenangan mengusik jiwa bila dpt buat MASTER time dh kawin ..nk plak pregnant ..mcm2 dugaan akhirnya convo bersama suami....tahniah..fb ni syok bila kita dpt tgk memori lama walaupun dh tk aktif
ReplyDeletebetul2. Akaun FB ni tak boleh nak padam semata2 sbb ada memori indah dgn anak2 dalam tu.
Deletealhamdulillah.. tahniah keduanya . baarakallahu lakuma.. untuk mendapat kejayaan yang hebat memerlukan usaha yang hebat..
ReplyDeleteAlhamdulillah, Allah permudahkan jugak segala urusan kiteorg walaupun penuh cabaran tapi tak sesukar yang orang lain hadap. Ada jugak yg terpaksa drop out dari program tu sekerat jalan.
DeleteSaluuuuuut lah 👍👍👍👍. Bukan mudah tuh nak ambil master sambil bekerja, apalagi tengah pregnant. Jadi saat graduate pastilah rasanya lega, happy, puas menjadi satu 👍👍👍☺️. Semoga bisa jadi motivasi untuk anak2 saat besar nanti ya
ReplyDeleteBetul Fanny, kalau suruh repeat lagi saya memang taknak! 😂
Deletethe struggle is real but the result is sweet..bagus wartawan yg interview you all berdua...artikel yg menjadi motivasi kpd semua...
ReplyDelete