Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Jalan-jalan di Zaandam (Bahagian 1)

Kita kembali dengan siri jalan-jalan ke Eropah Musim Panas ☀️.

Sebelum tu boleh follow siri ni dari awal dekat entri sebelum ni:


Hari kedua di Amsterdam dihabiskan dengan bersiar-siar di luar bandar Amsterdam. Dari Amsterdam Central, kiteorang menaiki tren ke Zaandam. Perjalanan cuma mengambil masa lebih kurang 12 minit dan harga tiket tren pulak ialah €3 sehala.

Sedikit later belakang tentang Zaandam. Ia ialah sebuah bandar di Belanda yang terkenal dengan seni binanya yang unik, yang sering menyerupai "bandar Lego kehidupan sebenar," dan berdekatan dengan Amsterdam. Ia adalah bandar utama perbandaran Zaanstad di wilayah Holland Utara, yang terletak di sungai Zaan, dan merupakan destinasi lawatan sehari yang popular kerana lokasinya boleh diakses dengan menaiki tren. Tarikan utama termasuk kawasan Zaanse Schans yang bersejarah, yang menampilkan kincir angin dan rumah bersejarah, dan Hotel Inntel, yang terkenal dengan reka bentuk yang bertindan dan berwarna-warni.

OK jom aku bawak korang jalan-jalan di Zaandam 😄:


Zaandam
Keluar dari stesen tren Zaandam terus nampak tulisan besar ni

Zaandam
Bangunan di sini betul-betul macam bangunan LEGO 😅

Zaandam
Bangunan rumah canal di sepanjang terusan di sini

Bandar ni terkenal dengan seni bina modennya, dengan banyak bangunan yang mempunyai rupa yang tersendiri, berwarna-warni dan seperti mainan Lego sehingga mendapat jolokan sebagai “real life LEGO City”. Setiap sudut tempat ni memang cantik kalau nak ambik gambar estetik.


Zaandam
Tingkap atas bumbung yang berwarna-warni

Zaandam
Kalau dah sampai sini wajib la ber posing bagai 🤭

Zaandam
Posing dengan kasut clog iaitu kasut tradisional masyarakat di negara Belanda ni

Dalam banyak-banyak bangunan di sini, bangunan yang paling unik ialah Hotel Inntel yang terkenal dengan reka bentuk yang bertindan dan berwarna-warni.


Zaandam
Hotel Inntel. Harga semalam boleh tahan mahal jugak la, lepas campur cukai dan caj lain, harganya mencecah RM600+ semalam. Tapi kalau setakat nak merasa pengalaman duduk di hotel ni boleh je cuba

Zaandam
Hotel ni sengaja direka bentuk seakan-akan bangunan rumah yang disusun bertindan. Mengingatkan aku dengan Howl’s Moving Castle 😄

Zaandam
Pemandangan hotel ni dari dekat

Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Zaanse Schans, kiteorang singgah bersarapan pagi di Bagels & Beans, tak jauh dari stesen tren Zaandam.


Zaandam
Kafe Bagel & Beans

Bagel & Beans
Aku pesan hot chocolate (€3.75) dengan whipped cream (+€0.50) dan Mozzarella di Bufala vegan bagel (€7.75)

Kafe ni menawarkan beberapa jenis roti bagel (white, sesame, whole wheat, tomato-raisin, vegan dan everything). Cream cheese tu pun boleh pilih jugak (plain, chives, Thai sweet chili, walnut-honey, pesto & sundried tomatoes) dan kesemuanya ialah vegan cheese. Total sarapan pagi di sini ialah €12.

Dah setel isi perut, moh ler kita gerak ke destinasi seterusnya. Ke manakah? Tunggu next entry ye 🤭

Post a Comment

30 Comments

  1. Cantik bangunannya memang macam lego. Terletak elok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Zaandam bandar yang paling cantik di Amsterdam yang saya pernah pergi. Macam bandar LEGO je hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Boleh tu Sodep, Insha Allah. Start dengan Hat Yai ke, Batam ke 😄 Sislin sibuk mengajak ke Batam tahun depan. Boleh dah start menabung dari skrg hehe

      Delete
  3. agaknya salah satu impian peminat lego adalah datang ke sini... ;-)

    tak dinafikan memang cantik dan warna cat pun mainkan peranan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies dulu sempat tak ke Zaandam? Dekat je dgn Amsterdam, tak sampai 15 minit naik tren dah sampai sini

      Delete
  4. Wahh dah lain sangat dari dulu. Makin cantik dan bertambah binaan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, agaknya macamana la rupa masa Kak Mulan pergi dulu ye? 😅

      Delete
  5. Wah…cantik menarik sangat seni binanya. Rasanya setiap sudut nak dipotretkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Ujie. Habis semua spot kiteorg amik gambar. Ni sikit je saya tunjuk kat blog hihi

      Delete
  6. Seperti hampir takde awan... macam tak percaya

    ReplyDelete
  7. Cantiknya bandar ni! The real Lego town. Warna warni, tak jemu nak berposing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis. Semua sudut nak ambik gambar. Teringin nak stay dekat Hotel Inntel tu tapi mahal harga duduk dekat situ 😅

      Delete
  8. Cantik bangunan dan pemandangan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat cantik Eyma. Tak menyesal pergi ke sana.

      Delete
  9. subahallah biru sungguh langitnya takde tompok2 awan! bangunan pun cantik betul senibinanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim panas langit cerah je. Senibina di Zaandam ni mmg unik sangat Ana.

      Delete
  10. Betul² macam Lego..terasa macam mainan pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kalau tak silap dekat situ ada kedai LEGO yg besar jugak.

      Delete
  11. Bestnya dapat jalan-jalan tempat orang macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Kak Sue, rezeki dapat jalan2 ke tempat orang. Semoga yg lain pun dapat merasa rezeki yg sama 🤗

      Delete
  12. lawanya bandar ni! moga2 ada rezeki i nak jejak kaki ke sini thn dpn. hotel Inntel tu sgt lah awesome! ur OOTD pulak matchy2 dgn hotel tu. perfect sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully MZ dapat sampai ke sini jugak! Tak susah nak ke sini, selang 2 station je kalau tak silap. Keluar je dari train station terus nampak bangunan LEGO ni

      Delete
  13. Subhanallah cantiknya..ye la macam lego dan Carneyz pun match the colour outfitnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kebetulan pulak SA 😅 padahal tak Google pun rupa bandar ni sbb itinerary Amsterdam mmg serah bulat2 dekat kawan saya hehe

      Delete
  14. Setidaknya setelah baca ini dan melihat aneka foto nya, saya tahu harus pakai outfit warna apa kalau kesana. Jangan sampai warna baju sama dengan warna bangunan 🤣.

    Cantiiiiik sangat kotanya, bangunannya ❤️❤️. Raka yg pernah kesini dulu, saat masih tinggal di Bonn, Jerman. Krn tak jauh dari Belanda kan. Saya mau ajak anak2 kalau nanti ke Belanda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur baju saya walaupun sama2 warna hijau tapi masih kelihatan dalam gambar 😅
      Ya, Zaandam ni cantik sangat, tak menyesal sampai ke sini 😍

      Delete
  15. Bestnya travel ni..nak cakap Subanahanallah segalanya indah ciptaan Allah..ukiran seni bina pada akal manusia yang cerdik pandai walau limited..Luasnya Dunia ni..macam2 panorama .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya alhamdulillah dikurniakan rezeki dan nikmat travel melihat dunia luar yang sangat asing dari suasana di negara sendiri ☺️

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .